Setelah menganggap berjaya memaksa Datuk Raymnod Tan Timbalan ketua Menteri Sabah yang mengwakili kaum cina dalam kabinet Negeri Sabah memasuki salah satu parti komponen barisan nasional, parti LDP pula memberi arahan kepada Datuk Musa Aman agar supaya jawatan ketua menteri yang disandang oleh Raymond Tan diberikan kepada parti MCA.
Datuk Najib sebelum mengakhiri lawatannya di Sabah, apabila ditanya mengenai isu perlantikan jawatan ketua menteri yang sekarang ini disandang oleh Raymond Tan pun tidak dapat menjawab dengan pasti, kerana perlantikan jawatan TKM adalah dibawah bidang kuasa Datuk Musa Aman sebagai Ketua Menteri.
Melihat gelagat parti LDP akhir-akhir ini, seolah-olah parti ini mempunyai kuasa penuh terhadap kedudukan jawatan TKM yang mengwakili kaum cina dalam kabinet Musa. Musa seolah-olah berketuakan LDP, seandainya bukan demikian, tidak mungkin parti ini menyuarakan secara lantang mengenai isu TKM kaum cina dalam kabinet beliau.
No comments:
Post a Comment