Sosiologi merupakan kajian tentang masyarkat samada sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan kumpulan sosial dan institusi masyarakat.
Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih yakni sosial sejagad.
Ilmu Sosiologi muncul pada abad ke-19 kerana tindak balas permodenan, apabila dunia semakin kecil dan lebih bersepadu, pandangan hidup manusia tentang dunia semakin mengecil dan tersebar. Ahli sosiologi berharap, melalui ilmu ini dapatlah difahami unsur-unsur yang menjalinkan perpaduan atau mencari persamaan antara masyarakat, dan juga untuk membentuk "penawar" (antidote) kepada perpecahan atau krisis moral masyarakat.
Para sosiologi masa kini menyelidik struktur makro yang membentuk dan seterusnya membuat pemerthatian tentang masyarakat, seperti kaum atau etnik, kelas masyarakt dan peranan jantina dan institusi seperti keluarga; proses sosial yang mewakili lencongan daripada, atau kehancuran, struktur ini, termasuk jenayah dan percerian; dan proses mikro seperti interaksi interpersonal
Ahli sosiologi sering kali bergantung kepada kaedah kualitatif untuk menghurai corak hubungan sosial, dan untuk membina model model yang boleh membantu dalam meramal perubahan sosial dan kesannya kepada manusia. Sesetengah ahli sosiologi pula berpendapat kaedah kuantitatif (seperti wawancara terarah, diskusi berkumpulan, dan kaedah etnografi) mampu memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap proses sosial. Cara yang terbaik ialah menggunakan kedua dua kaedah secara serentak. Keputusan daripada kedua dua kaedah ini boleh digunakan untuk menguatkan hujah antara satu sama lain. Contohnya, kaedah kuantitatif boleh menghurai corak am sosial, manakala kaedah kualitatif pula boleh membantu dalam memahami bagaimana seseorang individu bergerak balas terhadap perubahan sosial.
Istilah ini dicipta oleh Auguste Comte, yang berharap untuk menyatukan semua kajian mengenai manusia -- termasuk sejarah , psychologi dan ekonomi. Skema sosiologinya merupakan yang biasa untuk abad ke-18; dia percaya semua kehidupan manusia melalui tahap sejarah yang jelas berbeza dan bahawa, sekiranya seseorang dapat memahami proses ini, seseorang itu dapat menghasilkan penawar bagi kesemua masalah penyakit sosial. Akhirnya, sosiologi tidak menggantikan sains sosial yang lain, tetapi salah satu dari mereka, dengan penekanan tersendiri pada segi subject matter dan kaedah. Hari ini, kajian sosiologi mengkaji organisasi manusia dan institusi sosial, kebanyakannya melalui kaedah bandingan. Ia memusat terutamanya pada organisasi kompleks masyarakat pengilangan (industrial society).
Dengan memahami konsep dan kaedah ilmu sosiologi, kerajaan melalui kementerian tertentu lebih daripada mampu membiayai kajian mengenai kerosakan sosial yang berlaku dalam negara, seperti gejala mat rempit, gejala bertukar-tukar pasangan dalam melalukan sex, gejala lepak, gejala ragut, gejala penyalahgunaan dadah, gejala penceraian, gejala membuang bayi dan gejala-gejala semacamnya samada gejala bertentangan dengan hukum agama maupun gejala yang bercanggah dengan undang-undang.
Melalui kajian yang bersepadu dan menyeluruh dapat ditemukan titik puncanya penyebab penyimpangan sosial ini dalam masyarakat. Dirasakan data mengenai gejala-gejala ini telah terekod dalam berbagai agensi kerajaan seperti polis, agensi dadah, jabatan agama dan agensi-agensi yang ada kaitan dengan sosial.
Telah bermillion ringgit digunakan dalam mengurus pusat-pusat serenti untuk mencegah penyalahgunaan dadah ( penyalah gunaan dadah terus bertambah), telah berbilion masa digunakan untuk membuat kepongan untuk mencegah kegiatan matrempit (Aktiviti mat rempit bukan berkurang), telah berribu hari telah digunakan untuk melakukan serbuhan mencegah kegiatan maksiat (tiada tanda-tanda kegiatan ini terhapus), sudah beribu-ribu jam digunakan untuk memberi kursus kepada pasangan yang hendak melangsungkan perkahwinan (saban bulan isu percerian terus bertambah). Berasaskan kepada keadaan ini, maka perlu dikaji keberkesanan seluruh tindakan-tindakan ini, kerana jika tindakan-tindakan ini berkesan sudah tentulah gejala-gejala ini ada kecenderungan untuk berkurang.
Kerajaan dengan kemampuannya perlu menggunakan pendekatan sosiologi dalam mencari formula-formula dalam usaha pencegahan maupun pengenyaan gejala yang mencacatkan sistem kemasyarakatan kita yang berpandukan kepada rukun negara bagi negara ini, dan rukun iman bagi agama rasmi kita. Sudah tiba masa bagi kerajaan mempergunakan pakar-pakar sosiologi disamping bantuan pakar-pakar agama dalam mencari rumusan dalam usaha membenteras penyakit sosial di negara ini. Adalah lebih baik berbelanja lebih bagi menemukan titik temu yang berkesan, dibanding tindakan rambang yang kejayaannya dapat dipertikaikan
No comments:
Post a Comment