Friday, April 10, 2009

Reaksi

Sebahagian besar media aliran perdana, tidak ketinggalan bloger-bloger baik yang pro kerajaan maupun yang bukan, menulis tentang kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak. Khairy Jamaludin dalam blognya meminjam pendirian Datuk Mukhriz Tun Mahathir, bahawa jawatan Ketua Pemuda UMNO adalah jawatan sepenuh masa. Pernyataan ahli parlimen Rembau itu berubah dengan pendiriannya semasa kempen merebut jawatan, Khiry mengatakan pada masa itu, bahawa Ketua Pemuda barisan nasional hendaklah dalam kabinet untuk menegenahkan masalah pemuda. Pendirian ketua pemuda BN ini begitu cepat sekali; lari dari pendiriannya; hanya kerana tidak tersenarai dalam kabinet. Apakah pendirian ini, menjadi isu dikhalayak ramai, bahawa menang dalam jawatan parti semata-mata hendakkan jawatan?? sehinggakan dalam masa singkat pendirian boleh berubah.


Seandainya saya KJ, saya hanya komen: Tahniah kepada yang diberi tanggungjawab dalam kabinet. Saya sebagai ketua Pemuda BN dan UMNO terus meneruskan usaha untuk menyatupadukan semua pemuda sepertimana yang diinginkan oleh pemuda Malaysia. Jawatan dalam kerajaan hanya untuk melibatkan diri dalam urusan negara, sedangkan urusan parti adalah urusan yang sangat berat, kerana mengurus manusia.

No comments:

Blog Archive