Wednesday, April 15, 2009

Pimpinan Melayu BN Belum Bersatu

Gejolak boikot 10 ADUN Terengganu yang seratusperatusnya melayu kepada kerajaan Melayu BN menampakan melayu BN belum bersatu. Hasil PRU-12, hampir kuasa-kuasa melayu BN di tanah air yang bertuah ini hilang, kerana gejala percakaran dan ketidak satu hatian ini. Apakah gejala ini menanti rekah jadi pecah. Apakah masih ada bibit-bibit api dalam sekam yang sangat membara. Apakah istilah sebatang lidi mudah patah, manakala seberkas lidi, walaupun mudah lentur tetapi liat dan susah patah diketepikan oleh pimpinan melayu BN?. Apakah, pimpinan melayu lupa hasil postmoterm, kekalahan BN di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Pematang Pauh dan Bukit Selambau?


Berasaskan kepada gejolak ini, apakah masyarakat melayu mahu bersandar kepada para pemimpin yang mudah bercakar sesama sendiri kerana perkara remeh yang sebenarnya boleh diselesaikan secara mudah.


Masyarakat di luar sana, sejak PRU-12 dengan tekun memerhati tindak tanduk para pimpinan melayu BN, menganalsia, menilai apakah BN masih mampu memperjuangkan aspirasi mereka. Mereka membanding-bandingkannya dengan pimpinan pakatan, dengan pimpinan BN. Siapakah yang benar-benar iklhlas memperjuangkan rakyat, atau siapakah yang berjuang demi kedudukkan.
Rakyat di luar sana, mahukan suatu parti yang kemas, bersatu, kuat, pemimpin bersatu hati, ibarat kata: Berat sama dipikul ringan sama dijinjing, parti yang menang sorak tapi kampung tak tergadai. Jangan ikut, menang sorak tapi seluruh kampung tergadai.
Berasaskan kepada gejolak di Terengganu, coba tanya diri kita, mahukah kita menyokong pimpinan seperti ini. Mampukah kita mengajak kawan-kawan kita yang telah dan akan meninggalkan kita, untuk ikut kita semula.? Coba tanya kawan kita yang ada di kiri, di depan, di kanan atau di belakang atau sepejabat atau se-lif atau se-bas atau seLRT atau yang semeja, mahukah mereka?.
Gejolak di Terengganu, seolah-olah BN membuka habisan-habisan kelemahan mereka kepada rakyat jelata yang berbilang kaum ini. Mereka menunjukkan tauladan kepada rakyat, bahawa BN tidak boleh mengurus rumahtangganya sendiri, apatak lagi rumahtangga rakyat.

No comments:

Blog Archive