Tuesday, April 14, 2009

Memancing

Memancing: Ada yang kata memancing ikan. Ada yang kata memancing undi. Ada yang kata hanya memancing. Di Bukit Gantang, ramai yang memancing. Wang Kerajaan hampir sejuta telah mengalir kerana termakan upan pancing. Apabila pancing ditarik, ikan tak dapat, tetapi umpan tersisa sedikit di mata kail. Kemudian, apabila sipemancing melatah, kelompok yang sama,menjawab: jangan layan kami sebagai pengemis, apabila ada pilihanraya saja baru dapat derma. Nampaknya ikan yang dipancing dah tahu sebelumnya, bahawa dalam umpan itu ada mata kail. Untuk mengambil umpan, terpaksa berhati-hati, makan umpan sedikit-sedikit , apabila mata kail terselak, tarik kulit umpan, seolah-olah kail dah ditelan. Sipemancing dengan tangkas menarik joran pancing, alangkah kecewanya si pemancing, ikan rupanya terlepas.

Pengalaman sipemancing, dahulukala apabila umpan ditabur pasti ikan makan pancing, Malah jumlah ikan yang dapat didaratkan sama banyak dengan jumlah umpan yang ditaburkan.

Kemudian........................

Si kaki pancing pulang dengan rasa geram, menyampah, risau, kecewa, mengumit-umit mulut: Umpan dah ditabur, tapi tak dapat ikan. Si kaki pancing walaupun rasa kecewa, tetap pulang ke rumah menenangkan fikiran. Ah katanya, umpan habis habislah, umpan dari ah chong juga. Bukan saya yang beli. Nanti kalau saya memancing lagi, saya akan minta umpan dari si ah ling pula. Si Rajoo pun banyak umpan, Si Abu juga ada umpan, ah nanti saya minta pada mereka. Kalau mereka tak bagi, nanti saya arahkan kilang umpan bekalkan saya umpan yang berlipat ganda banyaknya; kalau boleh jumlah umpan lebih banyak dibanding ikan yang dipancing. Berterusanlah umpan mengumpan, pancing memancing, yang akhirnya; Penat, rupanya cara saya ini tidak betul. Tiada guna menghambur umpan, rupanya umpan yang saya tabur tak berbaloi langsung,kerana ikan yang dipancing adalah ikan peliharahan yang terlatih mengupas umpan dari mata pancing.

Jawapannya Satu............................

Kalau nak ikan yang makan pancing, cipta umpan yang tak perlu mata kail. Umpan yang baunya wangi, menarik dipandang, menggahirahkan dan membuka nafsu. Umpan yang tak boleh busuk, tahan lama, kalau umpan ini tak dapat dimilki, maka sangat kerugianlah ikan itu. Atau ciptalah umpan yang aneh, sebaik saja umpan ditabur ikan akan terus terhayal seperti terumpit P. Ramlee dalam Filem Pendekar Bujang Lapok.


Jawapan Dua.................................

Kan dah tahu,ikan yang dipancing adalah ikan peliharahan orang lain. Sudah tentu ikan itu dah kenyang dengan makanan dari tuannya. Jangan ditabur umpan lagi, tunggu makanan dari tuannya habis. Biarkan penghuni ikan-ikan itu kurus kering, biarkan ukuran kepalanya besar, sedangkan badannya memanjang seperti lipan. Saingi si tuan ikan, pelihara juga ikan-ikan yang sukar makan umpan dari orang lain. Tunjukkan kepada si tuan ikan saingan kita itu, bahawa ikan-ikan kita lebih sehat, cepat membesar dan cergas.
Jangan ganggu ikan-ikan perliharaan orang lain, jika ada ikan yang terlepas ke sangkar kita, tapis betul-betul, takut-takut ikan itu jenis predator. Peliharalah ikan-ikan kita selagi nyawa dikandung badan.

Jawapan Tiga.............................

Menjelmalah seperti ikan-ikan yang ingin dipancing. Ikut bernang seperti mereka. Ikut berduyun-duyun seperti mereka. Dalam keikutsertaan itu, pengaruhilah mereka supaya jadi yang setia. Beritahu ikan-ikan itu, jika sanggup menerima,maka sanggup juga memberi. Jika ada yang berbudi, maka sanggup juga membalas budi. Beritahu ikan-ikan itu,makna kacang lupakan kulit, beritahu juga ikan-ikan itu dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Beritahu juga ikan-ikan itu, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri.

No comments:

Blog Archive