Friday, October 27, 2023

APABILA HILANG KEMAMPUAN BERBAHASA INGGERIS

KINI, kemampuan penulis bercakap bahasa inggeris hanya 20 peratus, penulisan yang betul 10 peratus, pemahaman 80 peratus. Mengapa berlaku? sedangkan penulis daripada kelas peralihan sehingga senior cambridge menggunapakai bahasa inggeris, kemudian menyambung pelajaran di universiti luar negara berbahasa inggeris.

Puncanya berlaku demikian, kerana sejak pulang ke tanah air, telah berhenti menggunakan bahasa asing itu dalam semua urusan, tambahan lagi, penulis menulis dalam bahasa melayu.

Bayangkan jika penulis berkesempatan berurusan dengan pihak luar yang hanya menerusi bahasa inggeris mempermudah urusan? Apa kah peluang penulis berbanding dengan mereka yang fasih mengunakan bahasa asing itu, baik daripada segi berkomunikasi, melalui penulisan dan pemahaman? Tentunya penulis kalau pun ada peluang, akan tetapi amat kecil.

Jika urusan surat menyuarat, bahasa yang mudah difahami oleh semua pihak, maka adalah pendekatan betul, akan tetapi, jika berkaitan cadangan yang melibatkan pihak asing, tentunya bahasa antarabangsa diperlukan.

Bagaimana menghasilkan cadangan yang baik dalam bahasa inggeris jika kemampuan menulis hanya 10 peratus? Sebab itu, akan berlaku dalam acara antarabangsa, kita pernah dengar ada menteri pernah bercakap “ Elephant and Elephant Fight Grass Will Suffer”.

Bahasa asing, oleh kerana bukan bahasa ibunda, maka mudah terlupa, jika tidak digunakan berterusan, seperti mana dialami penulis. Mengembalikan penguasaan seperti mana yang dahulu, tidak lagi tercapai, walaupun penulis masih membaca berbagai buku, novel dalam bahasa inggeris.

Penulis tidak terbayangkan, pada mereka yang tidak terdedah di peringkat awal dalam bahasa asing itu, kemudian berkerja di persekitaran yang tidak menggunakan bahasa itu, sejauh mana penguasaan mereka dalam bahasa asing itu?

Pada masa ini, penulis bertanya pada diri sendiri, apa kah hadiah pada penulis, apabila hilang kebolehan bahasa inggeris? kerana sehingga kini, BAHASA tidak juga terkinja-kinja menghantar sijil penghargaan. Fikir-Fikirkan.

1 comment:

pg slot said...

pg joker vip เงาะป่า เป็นหนึ่งในเกมสล็อตที่ได้รับความนิยมและเป็นที่รู้จักอย่างกว้างขวางในวงการพนันออนไลน์ pg slot ด้วยคุณภาพของเกมที่มีความสวยงามและน่าตื่นเต้น รวมถึงรางวัลและโบนัส

Blog Archive