Saturday, November 17, 2018

UBAH BUKAN BERMAKNA JADI KATAK

Datuk Shafie Apdal sebelum PRU-14, enggan bekerjasama dengan mana-mana parti tempatan Sabah, kerana risau tindakan katak.

Namun Presiden Parti Warisan Sabah itu menelan air ludahnya sendiri, apabila menubuhkan kerajaan kerana tindakan katak.

Prinsipal dalam politik boleh berubah, kerana kuasa.

UPKO dalam upaya menghalalkan cara, berkata, perbuatan lompat katak bukan tindakan khianat, kononnya menyambut keinginan rakyat yang ingin berubah.

Apa yang tidak boleh dijawab oleh UPKO, jika rakyat ingin berubah, mengapa pengundi memenangkan calon-calon UPKO yang mewakili Bn.

Tindakan khianat kepada rakyat yang mengundi lambang Bn, tidak boleh dinafikan begitu sahaja, kononnya ingin menyahut perubahan.

Tiada akal manusia yang normal boleh menerima perbuatan UPKO bukan tindakan khianat. 

UPKO kena sedar, mereka khianat kepada jentera Bn, khianat kerana menggunakan kewangan Bn, khianat kepada penyokong Bn.

Sudah lah BN pada PRU-14 berdepan dengan pengkhinatan daripada ahli-ahli Bn sendiri, selepas keputusan, UPKO dan 4 ADUN UMNO juga khianat. 

Tindakan khianat tidak boleh dibiarkan, dan bukan untuk diwarisi.

Tindakan khianat seperti tindakan beberapa wakil rakyat menjadi katak, bukan sahaja salah daripada segi moral, akan tetapi merosakkan sistem demokrasi.

No comments:

Blog Archive