Sunday, November 18, 2018

DANA KKLW UNTUK SABAH RM7.5BILION, SPRM KATA RM1.5BILION LESAP!!!

DSSA dalam babak filem
Tahun 2016, semua pihak heboh, baik mereka yang duduk-duduk di kaki lima sampai lah ke peringkat VVIP, SPRM bertindak, mengeledah, menangkap, mereman, malah membuat dakwaan di mahkamah berkaitan dana KKLW untuk pembinaan kemudahan asas Luar Bandar Sabah daripada tahun 2009-2015 seperti Bekalan Air Bersih Luar Bandar(BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Jalan raya Luar Bandar (JRLB).

SPRM menjumpai beratus juta wang tunai disimpan di almari pejabat, di rumah di akaun-akaun bank dalam dan luar negara.

Rupanya semua itu hanya lakonan dalam sebuah filem. 

Semasa penggambaran filem itu, SPRM sebagai pengeluar filem memilih beberapa individu sebagai pelakon, malah meminta mantan menteri KKLW Datuk Shafie Apdal sebagai pelakon utama.

Shafie sebagai pelakonan utama, benar-benar tidak menghampakan pengarah filem, apabila beliau menunjukkan bakat semulajadi beliau, termasuk naik ambulan kerana darah naik dan kurang sihat.

Walaupun filem itu melibatkan hampir 100 crew daripada SPRM, namun penyiapan filem itu terbantut, tidak dapat diteruskan kerana kekurangan dana. Pemberi dana terpaksa menghentikan penyaluran dana, kerana berdepan dengan hutang RM1trlion (jumlah hutang yang dipush ke atas untuk mengaburi mata pengarah filem agar percaya, bahawa penyiapan filem perlu dihdihentikan kerana memang tiada dana).
Wang Dirampas SPRM di Sabah

Meskipun operasi SPRM itu hanya cerita fiksi sebuah filem, ironinya, rakyat Sabah khususnya di luar bandar, benar-benar merasakan, memang betul kemudahan asas seperti itu masih dalam keadaan daif. 

Di sesetengah tempat, bekalan air memang belum sampai meskipun batang paip telah dipasang, bekalan elektrik belum sampai walaupun tiang elektrik tanpa wayar tegak berdiri, jalan-jalan kampung yang dibina meskipun jarang-jarang dilalui, akhirnya rosak kerana pengaruh alam.

Sebenarnya, jika betul lah ada wang KKLW 7.5bilion selama 6 tahun, bermakna purata RM1.25bilion setahun, jumlah itu merupakan 78.13% daripada RM1.6bilion royalti minyak yang diterima Sabah setahun. Jika dikaitkan dengan Bajet tahun 2019, jumlah itu lebih 30% daripada RM4.16bilion.

Rupanya, sejak tahun 2009-2015, KKLW hanya menulis diatas kertas, jumlah RM7.5bilion untuk luar bandar Sabah, bukan betul pun. Kerana amaun itu, hanya di atas kertas, maka war-war dalam filem keluaran SPRM yang mengatakan RM1.5bilion telah lesap atau diselewengkan hanya cerita rekaan.

Mereka yang kurang pasti berkaitan pembuatan filem itu, malah ada yang percaya, bahawa ianya benar-benar kejadian yang betul. Untuk memastikan bahawa cerita itu tidak betul, Pengerusi Parti Warisan Sabah, Datuk Liew Vui Keong memberi tahu dewan rakyat, bahawa pembuatan filem itu NFA!!!! (no further action).

2 comments:

Anonymous said...

Artikel mu ini MEMENINGkan!

Ini yg. lebih JELAS tentang kes RASUAH/PENGGUBAHAN WANG HARAM (sbb. tu shafieeHOMO dan adik dia, boleh sampai ada 23 SYARIKAT - mcm. anak2 madey PAR*A tu sampai ada hampir 100 syarikat) $1.5 BILLION oleh shafieeHOMO warisanANJING-KULI DAPbangkai ANJING Zionis - yg. dah diTUTUP sewenangnya oleh syukriHOMO BANGKAI PARASIT-si PENJAHANAM SP*M yg. makin TAK GUNA ni! Lihat juga SAKSI yg. hanya kerja sbg. timbalan setiausaha yg. TERLIBAT dlm. kes RASUAH/PENGGUBAHAN WANG HARAM ni boleh ada samapi §29 JUTA dlm. AKAUN dia!

Lihat di - https://malaysiachoice.wordpress.com/2018/07/06/shukri-sprm-arah-kes-shafie-apdal-ditutup-saksi-miliki-akaun-rm29-juta-dibebaskan/

Shukri SPRM arah kes Shafie Apdal ditutup, saksi miliki akaun RM29 juta dibebaskan

Malaysia Choice

July 6, 2018

Anonymous said...

Lihat TUAN si shafieeHOMO ni, si rejim PENJAJAH PARASIT Zionis madey kerala/DAPbangkai ANJING JIJIK Zionis CIA/MOSSAD-IS(IS)rael/SOROS keparat - yg. nak MELOMBONG Arang Batu (mungkin juga EMAS dan KAYU2 BALAK) di "The Lost World of Borneo", MALIAU BASIN/LEMBANGAN MALIAU/MALIAU BASIN Conservation Area, HUTAN SIMPAN TROPIKA liar yg. amat INDAH dan sebesar SINGAPURA, serta penuh MISTERI di Pantai Timur Sabah tu!!

Lihat di - Demi Arang Batu Kerajaan Warisan bakal korbankan Maliau Basin?

SabahKini2
Sep 27, 2018

Blog Archive