Latest News

RAKYAT SABAH AKAN KENANG PENGKHIANTAN UPKO: PAIRIN

Ucapan terakhir Tan Sri Pairin Kitingan sebagai Presiden PBS pada hari ini, mengingatkan ahli PBS khasnya dan rakyat Sabah amnya, bahawa pengkhiantan UPKO dan Presidennya Datuk Madius Tangau selepas PRU-14 akan tercatit dalam sejarah Sabah dan bakal diingati sampai bila-bila.

Dalam "tune" yang amat beremosi,Pairin memberi tahu para perwakilan parti itu, tiga parti yang melibatkan PBS, UPKO dan PBRS membuat perjanjian menerusi Presidential Council (agreement), a partnership between three political parties sebelum PRU-14, namun Madius memilih menikam belakang dengan menyertai Parti Warisan Sabah, bagi menafikan Kerajaan yang ditubuhkan hasil keputusan PRU-14.

Pairin mengakui, walaupun diperingkat Persekutuan Bn masa itu kalah, namun diperingkat negeri keputusannya adalah berbeza, Bn masih mendapat kerusi terbanyak daripada semua parti yang bertanding termasuk parti Warisan Sabah yang hanya menang 21 kerusi.

Tindakan Madius dan UPKO menyebabkan kerajaan yang dibentuk pada 10 Mei, 2018 kehilangan majoriti, sehinggakan menyebabkan krisis Perlembagaan dan kes itu masih diperingkat rayuan di Mahkamah rayuan.

Adalah fakta, selepas PRU-14, Bn menang 29 kerusi sementara PWS, DAP dan PKR juga mempunyai jumlah kerusi yang sama, sementara STAR 2. Oleh kerana STAR memilih Bn, maka Kerajaan Bn Plus dibentuk pada 10 Mei, dan seterusnya Tan Sri Musa Aman dan kabinet beliau mengangkat sumpah di depan TYT Sabah pada malam 10 Mei, 2018.

Senario lompat katak dan pengkhinatan beberapa ADUN yang menyebabkan sebuah kerajaan tumbang, adalah kesilapan moral yang tidak boleh dimaafkan, selain merosakan sistem demokrasi.

Kerajaan Sabah hari ini, sebenarnya bukan kerajaan pilihan rakyat, melainkan pilihan beberapa wakil rakyat KATAK!!!

0 Response to "RAKYAT SABAH AKAN KENANG PENGKHIANTAN UPKO: PAIRIN"

Blog Archive