Latest News

Pembangkang Tidak Suka Umno- Tetapi Pilih Mantan Pemimpin Umno!!!

SUDAH sangat jelas, pembangkang tidak suka Umno, hanya olok-olok, bukan betul pun. Bukti nyata, daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini Tun Mahathir, dua-duanya tamat sekolah dalam Umno.

Oleh kerana pembangkang ketandusan pemimpin, sebab itu DAP (Lim Kit Siang) berdekad-dekad lamanya sanggup menunggu pemimpin yang disekolahkan Umno.

Demikian juga Gerakan Reformasi, 20 tahun membenci Tun Dr Mahathir, sehinggakan ditubuhkan parti PKR, untuk menjatuhkan Mahathir dan melantikan Anwar sebagai Perdana Menteri, kini, menerima Mahathir sebagai pemimpin utama.

Bagi rakyat pula, telah mengikuti cara kepemimpinan, sebab itu, parti Anwar, hanya diterima pada PRU 2008 dan 2013, sebabnya pun nyata, kerana sokongan padu Pas.

Pada PRU-14, baik PKR, DAP, PPBM, Amanah, tidak mendapat sokongan PAS, makna kata, jalan ke Putrajaya bukan sahaja berliku, tetapi berdepan dengan jalan buntu.

Impian PH merampas Putrajaya, hanya tinggal angan-angan, dan akan mengikuti slogan Pakatan Rakyat pada PRU-13, INI KALI LA, kepada LAIN KALI LA, malah dengan menjadikan Tun Dr Mahathir sebahagian daripada pembangkang, akan ikut apa yang dilakukan perwakilan Umno Kubang Pasu, apabila menolak Tun Mahathir, apabila mahu kembali dalam arena politik menerusi bahagian yang pernah beliau terajui lebih 20 tahun.

0 Response to "Pembangkang Tidak Suka Umno- Tetapi Pilih Mantan Pemimpin Umno!!!"

Blog Archive