Latest News

MELAWAT ANWAR: BAGAI MANA TUN DR MAHATHIR POLITIKKAN

TERLALU mudah bagi Tun Dr Mahathir mendapat liputan, sehinggakan TPMpun turun memberi rekasi.

Sebelum ini, Menteri komunikasi dan Multimedia- Datuk Seri Salleh Said menerusi blog beliau DISINI yang bertajuk Perdana Menteripun Perlu Mengikut Undang-undang.

Tun M cukup cekap mendapat perhatian, sehinggakan melawat banduan pun menjadi tajuk berita.

Dalam era persepsi/gossip masa kini, isu-isu begini, boleh menggamit pemikiran rakyat, apatah lagi jika disenasikan oleh media.

Tajuk laporan media, seperti di muka depan DAILY EXPRESS- surat khabar tempatan Sabah yang membawa tajuk "Mahathir barred from visitang Anwar" membawa makna, berbeza, jika barred diganti dengan "prevented" atau "disallowed". Perkataan itu membawa makna, jikapun mantan PM itu memohon kebenaran, tidak akan dibenarkan melawat bekas stru beliau itu.

Kini mantan PM itu menggambarkan, kepada rakyat dan dunia, bahawa rakyat di Negara langsung tiada kebebasan, membawa makna, bahawa amalan demokrasi dalam Negara, hanya lakonan, bukanlah Negara yang mengamalkan system demokrasi.

Mantan PM itu, menyamakan, melawat seseorang yang "merdeka" tidak sama dengan melawat banduan. Mungkin beliau terpengaruh, apabila DS Najib Razak melawat Anwar di HKL, maka beliupun ikut cara yang sama.

Beliau terlupa, bahawa DS Najib melawat pemimpin PKR yang sedang dipenjarakan itu kerana kesalahan liwat, melalui proses biasa, menerusi kebenaran Pengarah penjara.

Terlihat benar, bagaimana "sindrom mabuk kuasa" masih melekat pada PM itu, kerana tindakan beliau "walk-in" di Hospital Cheras, seolah-olah beliau tidak boleh disentuh undang-undang.

Rakyat Negara ini perlu membuka mata, jika pemimpin seumpama ini dibenarkan berkuasa lagi, maka akan memperkatikkan semula, tindakan menghalalkan cara.

0 Response to "MELAWAT ANWAR: BAGAI MANA TUN DR MAHATHIR POLITIKKAN"

Blog Archive