Latest News

Lebih 20 Tahun PKR Menipu

KEMUNCAK, mereka yang menjatuhkan Tun Dr Mahathir pada tahun 1998, sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan TPM. Bermula daripada saat itu wujud reformasi. Tujuan reformasi mesti menjatuhkan Dr Mahathir, kerana menurut mereka, Malaysia hanya selamat, kalau mahafiraun, mahazalim dijatuhkan.

DAP dan PAS menyertai mereka, walaupun daripada penubuhan dua parti itu, mahu menggantikan kerajaan BN, siapapun pemimpinnya. Berbeza dengan Gerakan Reformasi, tujuan utama, wajib menjatuhkan Dr Mahathir, dan menggantinnya dengan Anwar Ibrahim.

Untuk menjatuhkan Dr Mahathir, maka perlu menjatuhkan Bn. Kerana tujuan itu, sehingga kini mereka tidak berjaya.

Jika pada tahun 1998, kempen perlu menjatuhkan Dr Mahathir. Bermula tahun 2006, kempen menjatuhkan DS Najib Razak yang digerakan Tun Dr Mahathir. Mantan PM itu berusaha melalui Umno dan Bn, akan tetapi gagal. Kerana gagal, maka tiada cara menjatuhkan Najib, caranya mesti mengalahkan Bn.

Kini, mereka yang mahu menggantikan kerajaan Bn, bergabung dengan mereka yang hanya mahu menjatuhkan Najib. Di pilih lah Tun Dr Mahathir sebagai "top dog" dan seterusnya bakal PM.

Penyokong reformasi, menelan ludah, menelan kahak, malah menjilat najis-najis yang dilemparkan kepada musuh utama mereka- Dr Mahathir. Kini, musuh mereka itu, merupakan pemimpin mereka, bakal menjadi PM mereka.

Natijah yang diperolehi daripada Gerakan Reformasi adalah selama 20 tahun mereka menipu rakyat yang menyokong mereka. Apabila penipuan mereka itu sudah terdedah, apa kah masih lagi percaya kepada kepimpinan mereka? Jika ya, ertinya mereka itu, tergolong manusia yang tidak rasional, tidak menggunakan akal, sebaliknya tergolong kepada kumpulan buta tuli.

Kumpulan Reformasi seharusnya, tidak sama sekali hanyut dengan tindakan Tun Dr Mahathir, kerana mantan PM itu, hanya satu VISI, menjadikan anaknya Perdana Menteri. Penyokong reformasi akan gigit jari, jika mengharapkan pemimpin idola mereka, Anwar Ibrahim, bakal menjadi PM. Para penyokong reformasi, akan menyaksikan Wan Azizah, bakal mengikuti apa yang berlaku, pada Tun Musa Hitam, Tun Abdul Ghafar Baba dan Anwar sendiri.

0 Response to "Lebih 20 Tahun PKR Menipu"

Blog Archive