Sunday, October 22, 2017

Dana RM7.5bilion KKLW: Hak Rakyat Luar Bandar Dinafikan

1. Siasatan SPRM terhadap dana RM7.5bilion KKLW hampir “full circle”. Mereka yang pernah menjadi “inner circle” rata-rata sudah ditahan reman. Kalau melihat modus operandi penahanan, memang terlihat bahawa target utama adalah Datuk Shafie Apdal.

2. Dalam skandal sebesar ini, memang sah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kuasa. Memang daripada segi argumentasi, Shafie tidak melakukannya seorang, akan tetapi, beliau mendapat nasihat modus operandi dari seseorang atau kumpulan orang, bagai mana mempergunakan SOP yang berkuat kuasa. 

3. Satu kejayaan Shafie adalah, beliau berjaya mengumpul para individu yang mempunyai “kepala” yang sama, sebab itulah, LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA, tidak dapat mengesan apa yang berlaku.

4. Kalau bukan kerana keluhan rakyat luar bandar Sabah, tidak mungkin skandal RM7.5bilion dana KKLW yang dikatakan tidak kurang RM1.5bilion telah diselewengkan menjadi perhatian SPRM.

5. Cuba bayangkan berdekad lamanya rakyat luar bandar menunggu bekalan air bersih, bekalan elektrik, jalan raya kampung.

6. Apabila mereka mengetahui bahawa kerajaan telah memperuntukan berbilion ringgit untuk penyediaannya, namun malang sungguh selepas semua wang itu habis dibelanjakan, meraka tidak merasakan kemudahan asas tersebut.

7. Ramai pemimpin pembangkang termasuk Tun Dr Mahathir mempersoalkan, apa kah siasatan terhadap dana itu bakal dilakukan, jika Datuk Shafie Apdal masih bersama Umno? Soalan tersebut membawa makna bahawa siasatan SPRM terhadap mantan menteri KKLW itu bermotifkan politik.

8. Pengerusi parti PPBM itu cuba mengelirukan rakyat, kononnya jika Shafie masih bersama Umno, maka SPRM tidak akan bertindak. Namun, pada masa yang sama, beliau lupa, bahawa ramai juga pemimpin yang disiasat malah telah dihadapkan ke mahkamah, walaupun mereka masih bersama Umno.

9. Dakwaan pembangkang, jika seseorang pemimpin menyertai pembangkang, maka bersedialah berdepan dengan SPRM atau siasatan daripada pihak berkuasa. Namun, mereka tidak memberi tahu rakyat, bahawa ramai juga pemimpin Bn dan Umno telah keluar daripada parti, seperti Datuk Wilferd Bumburung, Datuk Lajim Ukin, tidak juga berdepan dengan SPRM atau sebarang siasatan.

10. Bumburing dan Lajim merupakan mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah, mantan menteri, malah Lajim semasa keluar daripada Umno tahun 2012, masih berjawatan Timbalan Menteri Persekutuan dan AMT Umno.

11. Siasatan terhadap projek-projek KKLW daripada Tahun 2009-2015, sebenarnya didorong oleh keluhan rakyat luar bandar yang diperkuat oleh wakil-wakil rakyat di kawasan-kawasan di mana projek-projek itu sepatutnya telah dirasai rakyat.

1 comment:

Unknown said...

Dia patut beli gelaran "Tun.." supaya kebal .

Blog Archive