Friday, September 09, 2016

Gabungan Mahathir-Anwar: Apa Yang Mahu Dibuktikan?

APA yang mahu dibuktikan melalui gabungan antara Tun Dr Mahathir Mahathir dan DS Anwar Ibrahim? Boleh kah dua individu itu mempengaruhi harga minyak dunia naik semula, supaya sumbangan Petronas kepada kewangan negara yang berkisar pada angka 40 peratus, kini 11 peratus, melonjak semula?

Apa yang boleh dilakukan dua pemimpin itu, berkaitan dengan harga barang? boleh kembali kah ke era subsidi? dan pada masa yang sama memansuhkan GST. Sedangkan GST (6%) itu sendiri, lebih rendah berbanding SST (15%) yang diguna pakai negara sejak sekian lama.

Melalui pelaksanaan GST, sebanyak lebih 600ribu syarikat perlu membayar cukai, berbanding dibawah 60ribu sebelum pelaksaaan sistem percukaian baru itu. Bayangkan sebelum pelaksanaan GST, lebih 500ribu syarikat goyang kaki, memperkaya diri sendiri, tanpa membayar cukai. Sebenarnya, mereka inilah yang anti GST, kemudiannya berpakat menaikan harga barang semaunya, supaya kerajaan tunduk.

Perlu dingat, kumpulan peniaga inilah yang menaikkan harga barang secara mendadak pada tahun 2006, apabila kerajaan mengurangkan subsidi minyak, kemudiannya, apabila harga minyak turun semula, harga barang tidak juga turun, malah masih sama. Bukan kah peniaga yang sama, walaupun cukai turun daripada 15% kepada 6%, harga barang, tidak juga diturunkan sesuai dengan penurunan cukai, akan tetapi mempraktikkan cukai berganda, harga barang yang ditambah dengan 15%, kemudian ditambah lagi dengan 6%. Tujuannya, agar supaya, harga barang kelihatan naik kerana sistem percukaian baru.

Dua pemimpin itu, tidak akan mampu berbuat apa-apa, jika alasan mereka mahu menumbangkan kerajaan, kerana kononnya rakyat negara ini sengsara kerana pelaksanaan GST. Apa yang disembunyikan oleh dua pemimpin itu kepada rakyat, bahawa harga barang mula melonjak sejak tahun 2006, bukannya pada 1 April 2014, semasa GST mula dilaksanakan.

Juga, apa yang disembunyikan oleh dua pemimpin itu, pendapatan negara daripada minyak, bukannya kerana pemimpin negara, akan tetapi harga minyak yang turun di pasaran dunia, sehingga sumbangan minyak kepada pendapatan negara merundum, daripada 44% tahun sebelumnya, kemudian berkurangan dan pada tahun 2016, diperkirakan hanya 11 peratus.

Apa yang disembunyikan dua pemimpin itu kepada rakyat, bahawa pendapatan negara membuat rekod tertinggi pada tahun 2013, iaitu lebih RM560bilion. Apa yang disembunyikan pada rakyat, pendapatan negara sebenarnya pada purata RM220bilion setahun sejak tahun 1980.

Dua pemimpin itu menyembunyikan pada rakyat, bahawa pendapatan negara telah bertambah 17 kali ganda berbanding tahun 1986, malah pendapatan negara 3 kali ganda berbanding tahun 2003. Pendapatan megara sebenarnya terus meningkat bermula tahun 2009, sebaik sahaja DS Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Juga disembunyikan pada pengetahuan rakyat, bahawa nisbah hutang negara terhadap KDNK, pernah mencecah diatas 100% semasa Tun Dr Mahathir Perdana Menteri, dan negara tidakpun muflis. Pada angka nisbah hutang negara 103%, negara tidak muflis, bagaimana pula boleh muflis, pada angka 54% nisbah hutang dengan KDNK?

Pertumbuhan negara pada purata 5-4 peratus setahun sejak tahun 2009, sedangkan sebelum itu pertumbuhan adalah negatif, malah semasa DS Najib Razak dilantik, beliau mewarisi pertumbuhan negara negatif 7.4% pada tahun 2009. Jika, kerajaan Najib, tiada keupayaan membangun ekonomi negara, mengapa pertumbuhan negara menjadi positif, dan seterusnya pendapatan negara mebuat rekod pada tahun 2013?

Sebenarnya perekonomian negara berada pada landasan yang betul. Oleh kerana berada pada landasan yang betul, walaupun perekonomian dunia yang tidak menentu, negara masih membentangkan bajet yang kondusif untuk membangun negara. 

Dakwaan pihak-pihak tertentu, bahawa negara akan muflis, akan tetapi, pada masa yang sama negara mampu melaksanakan projek berbilion ringgit, malah minggu lalu, Perdana Menteri mengumumkan projek bernilai RM650juta untuk membina Taman di Ibu Negara.

Sejak DS Najib Razak dilantik, beliau melaksanakan projek-projek mega yang berimpak tinggi terhadap perekonomian negara dan rakyat, seperti pembinaan MRT, keretaapi laju, Pan Borneo serta “Greater Kuala Lumpur”. Tidak seperti yang dilakukan Tun Dr Mahathir dan Anwar, yang hanya bercorak glamour dan pengiktrafan dunia, seperti litar lomba sepang, menara KL, Menara Berkembar Petronas, yang menguntungkan kehidupan “lifestyle”, bukannya memberi manafaat kepada rakyat secara menyeluruh.

Berhubungan dengan tekanan hidup yang didepani kumpulan B40, kerajaan telah melaksanakan BR1M. Melalui pelaksanaan BR1M, daya beli kumpulan sasar meningkat, sehingga memberi pengaruh berganda kepada perniagaan peruncitan negara. Perniagaan peruncitan sebenar enjin kepada perekonomian negara, kerana melaluinya, maka permintaan terhadap produk cepat digunakan semakin meningkat. 

Kekuatan perekonomian negara sebenarnya, terletak pada perekonomian domestik. Atas sebab itu, berbagai tipu helah dilakukan oleh pihak-pihak yang mahu mensabotaj perekonomian negara, agar rakyat jangan berbelanja, sebaliknya menyimpan wang mereka. Sedangkan, mereka itu tidak menjelaskan impak negatif terhadap tindakan itu, iaitu apabila perekonomian domestik lumpuh, dengan sendirinya nilai wang negara akan turun, dan pada gilirannya, wang yang disimpan itu susut nilai, dan kemudiannya merugikan penyimpan. Mereka itu, tidak menerangkan kepada rakyat, bahawa wang akan bertambah nilai, jika ianya dibelanjakan, bukannya disimpan dalam bentuk kertas. Apa yang mereka lupa, sebenarnya wang hanya bernilai apabila berpindah kepada pengguna.

Apa yang mahu dibuktikan oleh gabungan Mahathir-Anwar? Politik? kestabilan politik dalam Barisan Nasional sangat kukuh. Semua parti komponen berdiri teguh di belakang Perdana Menteri. Bebarapa kali pembangkang cuba mempengaruhi kestablian politik tanah air, misalnya melalui ancaman mereka terhadap Bajet 2015, kononnya kalau berjaya, adalah bentuk usul tidak percaya kepada DS Najib Razak. 

Selain itu, tindakan mendesak DS Najib Razak meletakkan jawatan, dengan mempergunakan pemimpin BN, antaranya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Dato Seri Mukhriz Mahathir, termasuk ketua-ketua agensi kerajaan seperti SPRM, Peguam Negara serta Bank Negara, ternyata semuanya gagal. 

Sebenarnya, kepimpinan DS Najib Razak, diterima rakyat, dan penerimaan itu dibuktikan melalui PRN Sarawak dan PRK berkembar, Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Tindakan Tun Dr Mahathir-DS Anwar Ibrahim bergabung, hanya menunjukkan kepada rakyat, bahawa mereka itu adalah ‘political animals” dan pemimpin yang menghalalkan cara.

5 comments:

Anonymous said...

Tuan blogger AYT ni pun dh mcm org meroyan..

Kehadiran TUN ke mahkamah btemu anwar adlh bkisar ttg tentangan terhadap akta MKN 2016..

Yg tuan blogger pening2 dan pusing2 ke isu lain tu buat apa..!!!

Mengarut.. merapu.. meraban dan meroyan tak tentu pasal..

Pelik..!!

Anonymous said...

Adakah dengan akta mkn telah menimbulkan kemaslahatan kepada masyarakat?

Anonymous said...

Rakyat pun sebenarnaya masih blur dengan akta MKN ni. Rasa2nya akta ni dimainkan pembangkang untuk terus relevan di mata rakyat, selepas 1MDB sebenarnya tak de apa isu pun. Kalau untuk menambahbaik keselamatan negara, akta ini sepatutnya bagus. Lagipun ia dah diluluskan oleh parlimen.

Unknown said...

GST dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan pengguna....
SST pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu shj... such as hotel, restauran hotel..ext
jelasnya purata rakyat marhen tidak terkena SST tu...

Unknown said...

GST dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan pengguna....
SST pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu shj... such as hotel, restauran hotel..ext
jelasnya purata rakyat marhen tidak terkena SST tu...

Blog Archive