Kena tengok juga, jika pemimpin memimpin sesuai dengan matalamat penubuhan parti, maka pemimpin itu perlu dipertahankan. Jika pemimpin yang menyertai dan menjadi pemimpin hanya menggunakan parti sebagai landasan untuk kepentingan peribadi, maka sewajarnya jangan dipertahankan.
Daripada sekian ramai pemimpin, kita dapat melihat, kita dapat merasakan, kita dapat membuktikan, bahawa ada pemimpin yang memimpin berasaskan matalamat parti, sementara ramai juga pemimpin hanya mengunakan parti sebagai tapak menjana kepentingan sendiri.
Tuntutan mempertahankan parti, dan sudah tentu bersama pemimpinnya agar parti kekal relevan, menurut Datuk Salleh Tun Said ada 7 prinsip: PERJUANGAN, JANGAN BERPECAH, KENA ADA KETUA, KERJA BERPASUKAN, MEMPUYAI DASAR PARTI YANG JELAS DAN SELARI DENGAN RAKYAT, PENDEKATAN YANG SESUAI DAN BERANI SERTA BIJAKSANA.
Prinsip pertama- Perjuangan. Memang perjuangan merupakan tiang kepada pemuliharaan matalamat parti. Namun perjuangan sahaja tidak cukup, jika perjuangan itu, bagaikan buih-buih laut. Perjuangan itu perlu ada keputusan. Perjuangan itu, tidak seharusnya mengikut rasmi lilin, menerangi kegelapan, sedangkan mereka yang terlepas daripada kegelapan itu, tidak memberi penghargaan kepada sang lilin.
Prinsip perjuangan dalam alam demokrasi apabila semua seperjuangan menterjemahkan erti perjuangan itu secara bersama-sama (TIDAK BERPECAH DAN BERPASUKAN) semasa pilihanraya, atas sebab itu, mereka yang seperjuangan dan kebetulan mewakli yang majoriti, maka calon yang mereka sokong menang dalam pilihanraya.
Mereka yang seperjuangan, berkumpul dan menterjemahkan sokongan KEPADA seorang calon, atau kumpulan calon (KENA ADA KETUA) sebagai wakil untuk meneruskan aspirasi dan seterusnya membela serta menterjemahkan erti perjuangan ke arah satu keputusan, iaitu pembelaan ke arah kesejahteraaan sang penjuang (DASAR PARTI YANG JELAS DAN SELARI DENGAN RAKYAT). Untuk mencapai semua itu, maka SANG PEMIMPIN perlu mempunyai kreteria sebagai pemimpin yang BERANI DAN BIJAKSANA.
Prinsip yang diutarakan Bendahari Umno merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu, sebenarnya sesuatu yang ideal, dan apabila sesuatu yang ideal, memang sukar untuk memenuhinya. Sebabnya, selagi pemimpin itu dinamakan manusia, pasti mempunyai keinginan atau prioriti masing-masing.
Parti Umno, jika membaca perlembagaannya, memang kalau benar-benar dipraktikkan oleh semua pihak, memang tiada cacat celahnya, namun, mengapa berlakukan juga perbalahan? berlaku juga pergeseran? bukan sahaja penentangan, malah ada pemimpin yang berpatah arang!!!. Keadaan ini berlaku, atas sebab ketamakkan, gelojoh, tidak pandai bersyukur, serta tidak mahu memberi peluang pada orang lain.
Apabila kita perhatikan, mereka yang menentang dan berpatah arang dengan parti, adalah mereka yang mendapat peluang seluas-luasnya. Pada masa mereka ditampuk kuasa, seakan-akan tiada lagi satu bendapun bukan dibawah kuasa mereka, kecuali kuasa Tuhan.
Ironinya yang berlaku, para penjuang yang berpaksi kepada BERPASUKAN, yakni berkumpul bagaikan seberkas lidi, dengan bersenjatakan hanya satu suara, apabila tiba pilihanraya memenangkan calon parti, hanya mendapat perhatian 4-5 tahun sekali. Hanya 4-5 tahun sekali diraikan bagaikan raja, akan tetapi tetap setia bagai batu karang di laut, dibadai gelombang bertahun-tahun, tetap tidak berganjak, sedangkan, pada perjalanan hidup mereka, senantiasa berfikir, apa yang perlu dimasak pada tengah hari, apa yang perlu dimakan pada malam hari, demikianlah seterusnya, sehingga masuk ke liang lahad.
Rupanya sifat manusia itu, apabila dalam keadaan tersepit, tidak sanggup kehilangan yang sedikit, atas sebab itulah, kita lihat di negara kita, kawasan-kawasan luar bandar merupakan penyokong tegar Barisan nasional. Seperti mana penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri- Dato Rahman Dahalan- Kerajaan membina berbagai projek di bandar, atas sebab, projek itu boleh memberikan pulangan kepada kerajaan dalam bentuk cukai, dan kemudiannya cukai itu boleh dibelanjakan di kawasan luar bandar, bagi kemudahan penduduk luar bandar pula.
Selama lebih setengah abad, demikianlah amalan kerajaan, atas sebab itu, bagi kawasan bandar, semua keperluan rakyat tersedia, sehingga di setengah kawasan, tiada lagi istilah malam, semua masa seperti di siang hari. Sementara di kawasan luar bandar, meskipun berlaku juga pembangunan, akan tetapi pembangunan itu belum setara dengan tuntutan kehidupan yang hakiki.
Pada persidangan parti Umno di setiap bahagian tahun ini, semua pemimpin, baik yang diundang sebagai perasmi, senantiasa melaungkan PERJUANGAN, SELAMAT BERJUANG, TERUSKAN PERJUANGAN. Memang perjuangan perlu diteruskan selagi masih bernafas, namun perjuangan itu juga perlu ada KEPUTUSAN. Jangan hanya tahu menyatakan PERJUANGAN, akan tetapi, tidak dapat menzahirkan erti perjuangan itu.
Bagi rakyat, apa yang diperlukan mereka, atas imbalan menyertai perjuangan, adalah pengwujudan kemudahan untuk kehidupan, khususnya peluang untuk meneruskan kehidupan. Meneruskan kehidupan sudah tentu melalui peluang mendapatkan pekerjaan, peluang mendapatkan akses kepada sistem perekonomian. Bagi bidang pendidikan, memang diakui, bahawa setiap lapisan rakyat sudah mendapat peluang pendidikan, kecuali mereka yang enggan memanafaatkan peluang itu. Terima kasih ke atas dasar pendidikan negara.
Tiada siapa rakyat yang tidak mahu merebut peluang. Namun peluang itu, seolah-olah dipagari oleh mereka yang tamak. Kerana adanya sifat itu, maka kita menyaksikan, bahawa hanya pihak-pihak tertentu sahaja mendapat peluang, sehingga, hasil daripada peluang itu, semacam tidak berguna pada kehidupan mereka, sehingga kita kerap terdengar ada sebahagian daripada mereka sanggup melanggan pelacur kelas atasan dengan bayaran RM30,000 semalaman.
Kita juga dapat melihat, menyaksikan, mereka yang mendapat peluang yang mengaku sebagai “pemimpin parti” oleh kerana peluang itu melampaui keperluan kehidupan hakiki mereka, maka kelab-kelab malam dengan ditemai GRO-GRO menjadi tumpuan mereka menghabiskan wang, malah kelab-kelab perjudian juga menjadi tempat mereka “menghabiskan” wang.
Keadaan inilah yang menjadi dilema pejuang sebenar, yang berpaksi kepada matalamat penubuhan parti, iaitu perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air (ABATA). Apa kah perjuangan mereka itu, untuk ABATA? atau kah menjelmakan mereka yang terlalu rakus, sehingga tidak menghargai peluang yang diberikan hasil perjuangan MASSA, dengan membelanjakan hasil peluang itu, bukan atas ABATA, akan tetapi memenuhi keperluan nafsu mereka. Fikir-fikirkan lah wahai SANG PEJUANG!!!.
1 comment:
Aku nak Khaborkan kisah sedih di ampang Jjayaselama Pakatan Rakyat @ Pakatan Harapan memerintah Selangor.
Kini hampir dua dekad setelah menang pilihanraya,AIR diberi secara percuma kepada penduduk di negeri Selangorbila di ambil kira jumlah penggunaan
secara purata.Namun indah khabor saja
Masalah utama yg dihadapi sejak pemberian air secara percuma ialah, tekanan AIR akan dikurangkan pada pukul lebih kurang 11.00 malam.
Jadi mana mana penduduk disekitar Ampang Jaya yg tinggal di Apartment, Rumah Flat,Rumah Kedai tidak akan mendapat bekalan air menjelang pukul 11.00 malam sehinggalah pukul 5.30 pagi. Kadang kadang air hanya sampai pada pukul06.00 pagi.
Bila dirujuk pd Puspel dan Syabas,mereka menjelaskan pihak pengurusan meluluskan supaya tekanan air dikurangkan pd waktu malam drp pukul 11.00 malam keatas dan tekanan akan seperti sedia kala menjelang 05.30 pagi.Ini dapat menjimatkan perbelanjaaan dan memaksimakan keuntungan syarikat,begitulah komen pekerja syabas.
Pihak Pengurusan Puspel,Syabas, mahupon Kerajaan negeri atau sesiapa sahaja hanya memikirkan keuntungan,airpon diberi secarab percuma.
Tahukah Pihak Pengurusan Puspel,Syabas dan Kerajaan Selangor, air adalah keperluan asas.Tiada air sangat menyusahkan. Jangan ceritalah paip selalu bocor,tiada air kerap kali berlaku.
Haramjaddah pukimak pihak pengurusan hanya pikir untung,apa jadi pada rakyat pergi mampuslah. YB Zuraaida, Laknatullah tak ambik berat langsung soal kawasan,sibok mengumpulkan kekayaan diridan kroni.
Sila rujuk laporan blog dan siatan SPRM.YB Kassim lagilah seorang YB PAS yg paling takberguna, sekor lagi haramjaddah sibok jaga kepentingan sendiri, kebajikan rakyat tidak diambil peduli.
Berlakon Alim tapi perangai serupa Iblis Syaitan. Waktu korbaan baru nampak BABI Zuraidah, BABI kasim jengok sekejap masjid.
Celaka lah kau Zuraidah, Celaka lah Kau Kassim.
Aku takmahu air percuma, pulihbalikbekalan air, pulih balik tekananair. Aku kerja jurujual,balik rumah pukul 11..00, macam mana nak mandi tak der air.Hari hari mandi air tong.
Celaka pukimak sial haramjaddah YB Zuraidah,YB Kassim,Pengurusan PUSPEL dan SYABAS,semoga engkau menjadi ahli neraka kekalselamam-lamanya di dalam. Engkaau pengkhianat kpd perjuangan.
maaf lah isu iada kena mengena dgn posting, tapi kat mananalagi nak merayu,dah marahlah..
Post a Comment