Latest News

Disebalik Pemecatan TS Muhiyiddin Yassin

Dato Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno memerlukan masa hampir setahun bersetuju memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin.. Demikian juga, beliau mengambil masa yang sama menggantung Datuk Seri Shafie Apdal dan memecat Dato Seri Mukhirz Mahathir daripada parti.

Sebenarnya, langkah awal ke arah pemecatan tersebut bermula, apabila pada julai 2015, Muhiyiddin dan Shafie dipecat daripada jawatan kabinet. Memang, ramai yang menganggap, tindakan itu adalah tindakan memotong leher dua pemimpin itu, namun cara memotong, tidak menyebabkan kematian, hanya cedera. Kecederaan itu masih boleh dirawat. Dalam kedudukan cedera parah itu, individu yang yang bertindak mencederakan kedua-duanya, datang “menghulurkan” perdamaian. Huluran perdamaian itu diucapkan oleh pencedera melalui PAU Umno pada Disember 2015.

Di pihak yang melakukan kecederaan, yang terpaksa beliau buat, atas sebab tingkah laku yang dicedera, agar melalui kecederaan itu, maka yang tercedera perlu bermuhasabah diri dan kembali ke pangkal jalan, sesuai dengan matalamat dan perjuangan parti yang perlu diikuti dan dipegang oleh sesiapa sahaja di semua peringkat. Namun, apa yang berlaku, mereka yang dicederakan, tidak sanggup berpatah balik, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pengkal lengan. 

Huluran tangan perdamaian DS Najib Razak ditolak. Muhyiddin Yassin dan Mukhriz bertambah garang menyerang, termasuk sepentas dengan pembangkang semata-mata untuk menyerang kepimpinan DS Najib Razak. Kononnya hanya melalui peletakan jawatan Perdana Menteri, maka parti Umno terselamat daripada kekalahan pada PRU-14. 

Melalui serangan mereka terhadap DS Najib, mereka cuba memisahkan jawatan DS Najib dengan parti. Mereka mendakwa, menyerang DS Najib secara individu, bukan menyerang Parti. Menyerang DS Najib, kononnya memperkuat parti. Mereka mendakwa, menurunkan DS Najib dengan kerjasama pembangkang, dapat memperkuat parti. Tindakan mereka itu, seolah-olah satu pendekatan baru, meminta bantuan daripada musuh untuk mengalahkan seteru. 

Tiada siapa yang boleh menerima tindakan tiga pemimpin itu, terhadap seorang Presiden. Sokongan terhadap Presiden bagi menyahut gesaan itu, ditunjukkan oleh oleh lebih 150 bahagian Umno , walaupun baki daripada ketua-ketua bahagian bersifat tidak menyebelah. Juga, sokongan Ahli Majlis Tertinggi parti tidak berbelah bahagi terhadap Presiden. Tiada AMT yang menentang Presiden, kecuali dua orang, iaitu yang dipecat dan yang digantung.

Kesabaran, DS Najib Razak ada hadnya. Setiap mesyuarat AMT, ada sahaja cadangan, agar mereka yang menyerang Presiden itu dipecat. Namun, DS Najib hanya bersetuju menggantung jawatan Timbalan Presiden pada Februari lalu. DS Najib juga tidak bertindak terhadap Shafie dan Mukhriz, walaupun kedua-duanya agresif mendesak agar Perdana Menteri melepaskan jawatan. Tujuan DS Najib tidak bertindak drastik, membuka ruang seluas-luasnya supaya tiga pemimpin kembali ke pangkal jalan.

Sebenarnya, ada dua peluang, tiga pemimpin itu (TS Muhiyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Dato Seri Mukhriz Mahathir) kembali ke pangkal jalan, iaitu melalui PRN Sarawak pada Mei dan pada dua PRK pada 18 Jun. Seperti kata MP Johor baharu- Tan Sri Shahrir Samad, meskipun mereka itu tidak suka Presiden, oleh kerana parti sedang berperang, maka syogiannya, jika mereka cintakan parti, maka mereka sepatutnya turut sama berjuang mempertahankan parti. Apa yang berlaku, mereka turut sama bersama musuh, mahu mengalahkan parti. Dengan tindakan demikian, maka telah sah, bahawa tindakan mereka, sebenarnya bukan sahaja tidak suka Presiden, akan tetapi juga mahukan parti kalah. Apa yang mereka lupa, apabila sesebuah parti kalah, tidak mudah untuk kembali semula. Banyak sudah bukti, jika sesebuah parti kalah, samada memerlukan masa yang panjang untuk kembali seperti mana dialami Parti Kongres, India dan Parti LDP, Jepun, manakala Parti Golkar, Indonesia, sehingga kini tidak kembali lagi. Sementara di Sabah, Parti Berjaya yang pernah berkuasa di Sabah, kini nisanpun telah tiada. 

Sehingga kini, memang satu tanda tanya besar, mengapa pemimpin seperti Muhiyiddin dan Shafie terjebak menentang Presiden dan Perdana Menteri. Kalau Mukhriz, menang dapat diteka, kerana tindakan ayahnya sendiri.

Muhyiddin selama lebih 22 tahun sebagai pemimpin Umno, tidak terdengar menentang Umno. Menentang pemimpin memang pernah berlaku, pertama semasa melawan mantan Menteri Besar Johor- Tan Sri Othman Saat bagi jawatan ketua Bahagian Pagoh, kedua apabila menyertai Team wawasan yang diketuai DS Anwar Ibrahim menentang Tun Abdul Ghafar Baba dan ketiga mendesak Tun Abdullah meletakan jawatan.

Sebelum Muhyiddin Yassin dipecat daripada kabinet, tiada desas desus, bahawa beliau tidak sehaluan dengan Perdana Menteri dan Presiden parti. Belang beliau hanya diketahui melalui ucapan di Bahagian Umno Cheras dan kemudian disusuli di Janda Baik, Pahang. Kedua-dua ucapan itu, mensasarkan kepada Perdana Menteri, berhubungan dengan kemelut 1MDB. Kemelut 1MDB, yang dijadikan asas oleh pembangkang dan kempen Anti Najib (ANC) yang diketuai Tun Dr Mahathir, ternyata dikongsi oleh Muhyiddin dan Shafie. Di antara sekian ramai Menteri Kabinet, hanya Muhyiddin dan Shafie sahaja yang membuat kenyataan tidak jelas berkaitan 1MDB, sedangkan maklumat berkaitan syarikat gergasi itu telah dikemukakan kepada kabinet, termasuk “fact sheet” syarikat yang mengandungi maklumat termasuk aliran kewangan syarikat tersebut.

Melihat kepada keadaan yang menyelebungi Muhyiddin dan Shafie, adalah ketamakan. Mereka mungkin terpengaruh, melalui tindakan menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden parti. Memang, umum mengetahui, bahawa Muhiyiddin dan Mukhrizlah yang terlibat langsung menjatuhkan Abdullah, selain mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir. Umum mengetahui, sebaik sahaja keputusan PRU-13 diketahui, Mukhirz menulis surat kepada Abdullah untuk mempertanggungjawab kehilangan kuasa 2/3 Barisan Nasional di Dewan rakyat. Kemudiannya, Muhyiddin bertindak sambil mempengaruhi AMT Umno agar menolak kepimpinan Abdullah. Melihat kepada kejayaan menurunkan Abdullah, maka Muhiyiddin dan Shafie terjebak melalui ANC. Mereka yakin, DS Najib Razak dapat didesak untuk letak jawatan. Jika DS Najib berjaya diturunkan, maka tradisi Umno, Timbalan Presidenlah yang dilantik menggantikannya. Pengelibatan Shafie, adalah, sebagai Naib Presiden Umno, maka beliau boleh dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Inilah sebenarnya “kertas kerja” yang dikemukakan oleh ANC yang diketuai Tun Dr Mahathir. Team ANC telah menetapkan bahawa Julai 2015, adalah masa menggantikan DS Najib. Berbagai rancangan telah dibuat, termasuk menubuhkan Pasukan Khas menyiasat 1MDB, termasuk pengkapan DS Najib pada 29 Julai semasa Mesyuarat Kabinet sedang diadakan dengan alasan rasuah membabitkan SRC International, anak syarikat Kementerian Kewangan Malaysia.

Niat jahat, tetap sahaja niat jahat. Rancangan yang disusun ANC, gagal ditengah jalan. Kegagalan itu, sebenarnya, titik pengakhir kepada ANC, namun ketua perancangnya Tun Dr Mahathir masih meneruskan rancangannya. Pucak kepada semua itu, termasuk beliau keluar daripada parti Umno. 

Meskipun, ANC sudah game over, namun penggerakan ANC, masih mahu mengelabui mata rakyat, termasuk menubuhkan Deklarasi Selamatkan Malaysia, mengumpul tanda tangan, dan puncaknya apabila berkempen agar supaya pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, menjadikan dua PRK berkembar itu sebagai refendum menolak kepimpinan DS Najib.

Kejayaan Bn Sarawak pada PRN-11 negeri itu, dikatakan oleh Team ANC, bukan ada kaitan dengan DS Najib, melainkan kemenangan Bn Sarawak, hanya faktor Tan Sri Adenan Satem. Atas sebab itu, Team ANC mempergunakan dua PRK berkembar Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kekalahan calon Umno, adalah matalamat utama mereka, sebabnya melalui kekalahan, maka mereka menggunakannya sebagai asas membuktikan, bahawa penyebabkan kekalahan itu adalah DS Najib Razak.

Rakyat atau pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah menjawab keinginan Team ANC, bahawa pengundi berdiri teguh pada parti Umno/Bn, dengan memberi kemenangan luar biasa kepada calon Bn. Calon Bn yang diwakili parti Umno menang dengan majoriti 9,191 di Sungai Besar, lebih 20 kali ganda berbanding majoriti pada PRU-13, manakala di Kuala Kangsar calon Umno/Bn menang dengan majoriti 6,969, di mana majoriti itu lebih 6 kali ganda berbanding majoriti kemenangan pada PRU-13.

Teori Team ANC, sudah terbukti auta, pertama melalui PRN melalui PRK Teluk Intan, Perak, PRK Rompin, Pahang, PRN-11 Sarawak dan PRK berkembar pada 18 jun. 

Puncuk pimpinan Parti Umno, melihat kepada keputusan-keputusan yang disebutkan, bahawa teori Team ANC hanya merupakan khayalan, maka pada 23 Jun, memutuskan, memecat Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Dato Seri Mukhriz Mahathir dan mengangantung keahlian Datuk Seri Shafie Apdal.

1 Response to "Disebalik Pemecatan TS Muhiyiddin Yassin"

Anonymous said...

If you dont like the boss, remove yourself not the boss. TSMY di mana2 pun akan jadi laibiliti kerana skendalnya dengan isteri orang yg sudah pun terdedah.

Blog Archive