Latest News

Desebalik Deklarasi Mahathir

Betempat pada sebuah ruang di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 4 Mac 2016, julung kalinya berlaku, Tun Dr Mahathir Mohammad, Lim Kit Siang hadir bersama-sama, kononnya untuk menyelamatkan Malaysia.

Cara menyelamatkan negara menurut mereka, hanya satu cara- Dato Seri Najib Razak mesti dipaksa meletakan jawatan. Untuk mencapai tujuan itu, maka ditandatanagi Deklarsi yang kemudiannya dipanggil Deklarasi Mahathir.

Mereka yang menyokong dan menandatangi Deklarasi itu, selain Tun Dr Mahathir, Lim Kit Siang, Mantan Perdana yang dipecat dan digantung jawatan parti- Tan Sri muhiyiddin Yassin, Mantan Menteri Besar Kedah yang kehilangan jawatan, kerana ditolak ADUN Kedah- Dato Seri Mukhriz Mahathir, selain daripada PKR, PAS, Ngo Pro pembangkang, serta beberapa pemimpin veteran Umno seperti Tan Sri Sanusi Junid. Juga dikatakan Dato Seri Shafie Apdal, Tun Daim Zainuddin menyokong deklrasi itu, walaupun tidak hadir pada perjumpaan itu.

Kumpulan yang menyokong deklarasi Mahathir itu, kononnya tidak berkait dengan fahaman politik, akan tetapi atas kesadaran sebagai rakyat, kerana menurut mereka, negara dalam kedudukan yang sangat teruk di bawah pemerintahan DS Najib Razak.

Sehingga tulisan ini dipost, kumpulan yang mengelar diri mereka konon untuk menyelamatkan Malaysia daripada cengkaman DS Najib, tidak mengemukakanpun, sebarang faktor yang menyebabkan negara hancur, rakyat menderita, akibat tindakan DS Najib Razak.

Jika ditilik daripada segi pelaksanaan GST bermula 1 April 2015, kononnya membebankan rakyat, tidak boleh diterima bulat-bulat, tanpa melihatnya dengan terperinci. Kalau GST membebankan rakyat daripada segi apa? Semua makanan asas, bebas GST. Petrol dan diesel bebas GST. Gas masak bebas GST. Beras bebas GST. Gula, tepung, minyak masak, bebas GST. Pengakutan awam bebas GST. Kalau diteliti secara sedar, sebenarnya, pelaksanaan GST, tidakpun membebankan rakyat secara umumnya. 

Argumentasi, kononnya GST membebankan rakyat, hampir sama dengan dakwaan kenaikan harga barang, kononnya kerana kenaikan harga minyak. Namun, selepas harga minyak turun, tiada tanda-tandapun harga barang yang dinaikan diturunkan semula. Ertinya, kenaikkan harga barang, tiada hubungan korelasi dengan kenaikkan harga minyak. Sebabnya, harga minyak bukan lah faktor utama pada penentuan harga barangan. Mereka yang mendakwa, bahawa harga minyak penentu harga barangan, sebenarnya, satu tindakan yang bukan berasas kepada keadaan sebenar.

Dakwaan kononnya isu 1MDB mempengaruhi perekonomian negara, sebenarnya hanya persepsi, kerana tiada indikator ekonomi yang mengarah kepada syarikat itu sebagai penyebab langsung kepada perekonomian negara, apa tah lagi berkesan secara langsung kepada rakyat. 1MDB, hanya merupakan sebuah syarikat. Dan sebagai syarikat baru, sudah tentu berdepan dengan masalah awalan perniagaan. Kini, selepas rasionalisasi syarikat itu, maka kedudukan kewangannya sudah kukuh, dan dapat bergerak ke depan, sebagai sebuah syarikat mencari keutungan. Umum mengetahui, bahawa rasionalisasi syarikat itu, tidak melibatkan kewangan negara.

Bagi isu, wang derma RM2.6bilion (USD681milion) yang disumbangkan kepada DS Najib Razak tidak melibatkan wang rakyat atau negara. Ertinya, tiada sesiapapun yang dirugikan, termasuk Tun Dr Mahathir. 

Berkaitan wang RM42juta CSR SRC International. Kerana wang itu merupakan sumbangan tanggungjawab sosial syarikat itu, maka, apapun caranya, wang itu akan juga dibelanjakan kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan itu, tidakpun merugikan sesiapa, kerana tindakan serupa itu, merupakan tindakan syarikat-syarikat besar, bagi memulangkan sedikit keuntungan mereka kepada rakyat yang memerlukan.

DS Najib Razak, kononnya menyebabkan perekonomian negara tidak berkembang. Namun, apa yang pasti berasaskan data, ianya menunjukkan sebaliknya. Melihat kepada grafik di sebelah kanan, serta grafik peratusan hutang negara (grafik pada permulaan tulisan ini) menggambarkan, bahawa dakwaan berbagai pihak termasuk Tun Dr Mahathir, tidak berpijak di bumi nyata.

Pendek kata, tindakan menurunkan, DS Najib Razak, bukan bersandarkan kepada perekonomian negara atau pemerintahan negara, sebaliknya, hanya memenuhi keinginan peribadi, atas prinsip suka-suka, kerana telah menjadi amalan Mantan Perdana Menteri, untuk menjatuhkan Perdana Menteri. 

Tun Dr Mahathir mahu mengulangi, kejayaannya memaksa Perdana Menteri Pertama dan Kelima meletakan jawatan, selain menimbulkan tekanan kepada Perdana Menteri ketiga, sehingga terpaksa melepaskan jawatan.

Sebenarnya, Deklarasi Mahathir, hanya memenuhi agenda peribadi mantan Perdana Menteri itu, bukanya untuk kepentingan rakyat.

4 Responses to "Desebalik Deklarasi Mahathir"

Anonymous said...

Dalam isu wang RM 2.6 bilion samada wang itu melibatkan wang rakyat atau tidak, tetapi dari segi integriti, dari segi amanah, dari segi moral adalah sangat dipertikaikan.

Siapa pemberi 'derma' itu? Apakah sumber derma itu? Jawapan peguam negara Apandi Ali bahawa siapa pemberi derma dan dari mana sumber derma itu tidak perlu diketahui adalah suatu yang sangat tidak bertanggungjawab.

Ini kerana kita tidak mahu wang yang kononnnya derma itu adalah dari sumber yang haram dan menyalahi undang-undang seperti wang hasil jualan dadah, pelacuran, perjudian, pemerdagangan manusia yang di'cuci' (laundering) dengan alasan derma.

Hingga sekarang Najib tidak memberikan nama penderma itu, dan asyik bertukar, mula-mula raja arab saudi yang dah mati, lepas tu anak raja arab tu pula, sekarang ni siapa yang beri derma itu dan dapatkan pengesahan dari kerajaan Arab Saudi.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

Anonymous said...

Dalam segala isu yg Tun bangkitkan, ia menyerlahkan lagi perangai dan keburukan Tun sendiri serta geng pembangkangnya. Kah3 kuali kata periuk hitam, x sedar sebenarnya kuali lagi hitam legam....itu perumpamaanya.

Anonymous said...

Komen kita sebenarnya bergantung samada kita suka pada org tu atau tidak...

Kalau kita benci org tu, sudah tentu komen semua nya negative.

Kalau kita suka pada org tu, sudah tentu komennya positif.

Kepada A Ba Ta.....yak payahlah jadi hipokrit.

Bagi tahu aku, siapa pemimpin yg tak pernah terima derma???

Master Sgp said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4D angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no 082---> 313 ---> 669 ---> 888
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..



KLIK DISINI 4d 5d 6d




Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: 082---> 313 ---> 669 ---> 888


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D




Blog Archive