Latest News

Pembersihan Nama Perdana Menteri- Peguam Negara Bertindak Betul

SANGAT jelas Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan Peguam Negara kuasa budi bicara mutlak dalam soal memulakan pendakwaan jenayah.

Mengapa Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberishkan DS Najib Razak berkaitan dana RM2.6bilion? sebabnya dana itu diberikan kepada Perdana Menteri sebagai ketua sebuah parti politik. Dana itu bukan sumbangan kepada kerajaan.

Berkaitan dengan dana RM42juta daripada SRC International. Syarikat itu telah membuat perakuan, bahawa wang itu adalah berbentuk CSR (corporate sosial responsibilities) dan disumbangkan kepada Umno.

Perlembangaan Umno membenarkan Presidennya menerima sumbangan untuk keperluan aktiviti parti.

Berasaskan kedudukan dana yang dipertikaikan yang telah dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, tidak melanggar mana-mana undang-undang negara. Disebabkan, dua isu itu tidak melanggar undang-undang, maka tindakan Peguam Negara membersihkan nama Perdana Menteri adalah tindakan betul. 

Mereka yang mempertikaikan keputusan Peguam Negara itu, hanya sekadar permainan politik, bukan didorong oleh undang-undang.

Mereka yang mengeritik keputusan Tan Sri Apandi Ali hanya bersandarkan kepada meminta seseorang itu menjelaskan bahawa dia tidak bersalah hanya disebabkan prinsip ‘seseorang dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Mereka yang mahu mendakwa DS Najib tahu, apabila pendakwaan dilakukan, maka nama beliau akan terjejas dan tidak dapat dipulihkan, walaupun kemudiannya, pihak mahkamah mendapati, bahawa DS Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan. Lagipun isu yang dibabitkan dengan Perdana Menteri tidak mempunyai asas yang kukuh untuk pendakwaan jenayah, atas sebab itu peluang untuk tidak memanggil membela diri adalah sangat besar.

Oleh kerana DS Najib terpaksa meletakan jawatan, atas sebab dihadapkan ke mahkamah, maka apabila kemudiannya didapati, bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan, maka selamanya, nama beliau tidak dapat dipulihkan, termasuk jawatan beliau sebagai Perdana Menteri tidak akan kembali kepada beliau. Berasaskan kepada keadaan inilah, salah satu sebab, mengapa Peguam Negara tidak bersetuju dengan pendakwaan jenayah kepada DS Najib, kerana akan berlaku ketidak adilan.

Banyak sudah berlaku di negara ini, Pendakwaan tanpa kes yang kukuh, kemudiannya mahkamah membebaskan mereka. Nama-nama pemimpin seperti Tan Sri Kasitah Gadam, Tun Ling Liong Sik, Dato Saidin Thamby, Tan Sri Muhammad Mohammad Taib dan ramai lagi. Kesudahannya, meskipun mereka-mereka itu didapati tidak bersalah, akan tetapi kedudukan mereka tidak lagi dapat dipulihkan. Tan Sri Apandi Ali, tidak mahu menjadi segolongan dengan mereka yang bertindak semberono, di mana ketidak adilan berlaku.

1 Response to "Pembersihan Nama Perdana Menteri- Peguam Negara Bertindak Betul"

Anonymous said...

Setuju dengan artikal ini dan setuju dengan peguam negara. Pembangkang dan geng anti Najib ni buang masa dan wang rakyat mencipta fitnah terhadap Najib yg x de salah apa pun. Merekalah yg sebenarnya bersalah menghasut rakyat dan memfitnah. Najib cuma mahu membangunkan negara cara beliau, x perlu nak ikut telunjuk orang lain, lebih2 lagi yg berpaksikan kroni.

Blog Archive