Friday, February 19, 2016

Pembekuan Buruh Asing- Pencari Kerja Perlu Ambil Peluang- Salleh

ISU membawa 1.5juta buruh daripada Bangladesh, untuk sementara hanya tinggal cerita, sebabnya, Timbalan Perdana Menteri pada Jumaat pagi mengumumkan membekukan membawa masuk buruh asing, termasuk daripada Bangladesh.

Isu kemasukan buruh Bangladesh telah menjadi rungutan berbagai pihak di dalam negara, termasuk mengaitkan kehadiran warga asing itu akan menambah kadar jenayah dalam negara selain merebut peluang pekerjaan rakyat tempatan.

Menanggapi pengumunan Timbalan Perdana itu, salah seorang Menteri kabinet, iaitu Menteri Komunikasi dan Multimedia- Datuk Dr Salleh Tun Said menyifatkan ianya satu pekembangan yang baik. Bersandarkan kepada pengumuan itu, maka rakyat tempatan menurut Salleh  perlu mengambil peluang itu dengan sebaik-baiknya.

Rakyat perlu melihat keputusan membekukanmembawa masuk buruh asing dengan serta merta, menunjukkan bahawa kerajaan memandang berat pandangan dan rungutan berbagai pihak berkaitan dengan tindakan membawa masuk buruh asing.

Buruh asing di bawa masuk, kononnya atas sebab, rakyat tempatan enggan berkerja di sektor yang bersifat 3D (kotor, bahaya dan susah), namun sebenarnya, alasan itu adalah permainan sektor yang berkenaan, semata-mata untuk mengelak membayar gaji lebih kepada tenaga buruh tempatan atau yang telah ada.

Sejak sekian lama, permasalahan buruh dalam negara dihubung kaitkan dengan keenganan rakyat tempatan bekerja dalam sektor yang bersifat 3D, malah pihak-pihak tertentu dalam sektor yang memerlukan ramai buruh, mendakwa, bahawa tenaga kerja tempatan adalah pemalas. Namun, apabila buruh asing di bawa masuk akhirnya, ramai yang menjadi PATI (pekerja asing tanpa izin) atas sebab majikan-majikan yang memperkerjakan tenaga asing itu melepaskan mereka, kerana masalah upah.

Adalah biasa, mengikut masa dan pengalaman, maka menuntut pembayaran upah yang lebih tinggi. Oleh kerana tenaga buruh yang sudah bekerja lama dan sudah menimba pengelaman, menuntut gaji lebih, maka majikan tidak mahu memberi mereka kerja, sebaliknya memberi berbagai alasan kepada kerajaan, untuk membawa masuk buruh yang “fresh” meskipun perlu membayar levi sehingga RM10,000 seorang, kerana menurut perkiraan mereka adalah lebih menguntungkan mengaji buruh “fresh” berbanding yang sudah berpengelaman.

Diperkirakan seramai 6juta buruh asing dalam negara termasuk yang berstatus PATI.

Melalui keputusan kerajaan membekukan kemasukan buruh asing, maka sektor yang memerlukan buruh, mahu atau tidak perlu mempergunakan tenaga buruh yang ada, malah jika dicampur dengan buruh tempatan, ianya bisa mencapai 8 juta.

Berasaskan kepada pembekuan pengambilan buruh asing, maka mereka yang mengaitkan tindakan itu, kononnya untuk dijadikan sebagai pengundi, seperti mana dakwaan penyokong pembangkang, perlu menghentikan dakwaan itu. 

Pada PRU-13 lalu, pihak pembangkang di ambang pembuangan undi telah mengisukan, kononnya 40,000 pengundi Bangladesh di bawa masuk untuk mengundi Bn. Tujuan kepada dakwaan itu, agar pengundi negara ini marah. Benar juga, akibat pembohongan pihak pembangkang itu, Bn kehilangan undi popular, kerana kawasan-kawasan yang bermajoriti kaum cina “full force” mengundi calon-calon Pembangkang.

Keputusan kerajaan membekukan membawa masuk buruh asing, sekurang-kurangnya meredakan putar belit pembangkang yang menghubungkaitkan kedatangan buruh asing untuk dijadikan pengundi. Apa yang malang, mengapa setengah rakyat boleh percaya kepada dakwaan itu, kerana sememangnya, perkara demikian sukar berlaku. Sebabnya, hanya warganegara sahaja yang boleh mendaftar sebagai pengundi.

Keputusan kerajaan membekukan membawa masuk buruh asing, setidak-tidak satu penyelesaian kepada buruh yang berada dalam negara. Selain itu, membuka peluang kepada rakyat tempatan. 

AYT sangat menunggu, apa kah melalui keputusan ini, buruh asing yang bertugas di Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur atau KLCC bertukar kepada rakyat tempatan, kerana kerja-kerja di tempat itu bukanpun termasuk dalam kategori 3D.

No comments:

Blog Archive