Friday, February 19, 2016

Betullah Kata Husin Lempoyang Dalam Filem 3 Abdul- Berdagang Manusia Menguntungkan Berbanding jual Unta

MENGAPA majikan lebih gemar memgimport tenaga buruh? sebabnya, melalui tenaga buruh yang “fresh” lebih menguntungkan berbanding tenaga buruh yang ada, apatah lagi tenaga buruh tempatan.

Boleh nampak kah, mengapa majikan sanggup membayar RM10,000 bagi setiap tenaga asing yang baru? sebabnya tenaga buruh yang baru, lebih menguntungkan berbanding tenaga buruh dalam negara, kerana semuanya berkaitan dengan upah. 

‘Majikan tidak mahu membayar upah yang lebih tinggi, atas sebab itu, mereka gemar memilih buruh yang baru.

Sebenarnya, buruh yang ada dalam negara, asalnya juga buruh asing yang di bawah masuk. Oleh kerana mereka sudah berpengelaman, maka sesuai dengan masa dan pengalaman, maka mereka menuntut gaji yang lebih tinggi. 

Dikatakan buruh asing dalam negara mencecah 6 juta. Mengapa para majikan tidak berminat??? sedangkan para majikan jugalah punca mengapa sebahagian daripada buruh asing itu menjadi Pendatang asing Tanpa Izin (PATI). 

Lumarah manusia, semakin lama bekerja dan pengelaman bertambah, maka bayaran juga perlu bertambah. Namun para syarikat, yang mahu mengaut keuntungan maksimum, tidak gemar memperkerja buruh asing demikian. Atas sebab itu, mempengaruhi kerajaan untuk membawa masuk buruh asing.

Selain itu, akibat tindakan para pelobi, maka pemimpin kerajaan terpengaruh dengan mereka, tanpa memeriksa atau menyiasat apa yang berlaku. Benar setiap tahun, ratusan ribu permintaan dikemukakan kepada agensi kerajaa yang mengurus perburuhan, namun pada masa yang sama jutaan buruh asing dalam negara menganggur, malah menyumbang kepada masalah sosial, termasuk jenayah.

Atas sebab itulah, apabila kerajaan berhasrat membawa masuk buruh daripada Bangladesh, maka berbagai macam bantahan dikemukakan. Bantahan mereka itu, bukan tiada asas, tetapi berasas.

Sebenarnya, membawa buruh Bangladesh merupakan cara majikan mengelak membayar gaji lebih, bukannya atas sebab kekurangan buruh. Kenyataan kerajaan, kononnya rakyat tempatan mengelak kerja yang berbentuk 3D (kotor, bahaya dan susah) sebenarnya kenyataan bukan berasas kepada keadaan sebenar, ianya hanya meminjam kata-kata para majikan.

Apa kah kerja menyusun troli atau perkhidmatan pembersihan di kompleks beli belah seperti KLCC atau Kuala Lumpur Internation Airport termasuk dalam kategori kerja 3D? Mengapa tempat-tempat demikian dipenuhi buruh asing??? sedangkan jika kerja-kerja itu diberikan kepada rakyat tempatan, kata peribahasa bukan sahaja nyiru ditadahkan akan tetapi padang bola.

No comments:

Blog Archive