Latest News

Tan Sri Muhiyiddin- Umno Totok Telah Sirna

1. Semalam, apabila melihat kerusi Timbalan Presiden kosong, semasa sesi Taklimat Presiden menjelang bermulanya PAU, membuktikan Tan Sri Muhiyiddin Yassin memencilkan diri daripada Parti. Umno Totok telah sirna.

2. Muhiyidddin memutuskan silaturahim dengan perwakilan Umno yang datang daripada seluruh pelosok negara, kecuali Sarawak. 

3. PAU parti saban tahun, sebenarnya selain mendengar berbagai ucapan, berbagai lentingan, berbagai jenaka, berbagai kontraversi, juga sebagai wadah silaturahim antara ahli parti dan pemimpin. Muhiyiddin melepaskan peluang itu, apabila beliau tidak hadir pada sesi taklimat Presiden.

4. Sebagaimana kita tahu, pada malam sebelumnya (malam Isnin), di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur, Timbalan Presiden itu mengadakan perhimpunan beliau sendiri yang disertai oleh mantan Presiden dan Perdana Menteri terlama- Tun Dr Mahathir bersama dengan salah seorang Naib Presiden yang sedang ada "feud" dengan Presiden- Datuk Shafie Apdal. 

5. Pada perjumpaan itu, inti sari ucapan daripada mereka yang berucap, hanya satu- DS Najib Razak wajib meletakkan jawatan, dengan berbagai andaian yang bersifat meneka-neka.

6. Ketidak hadiran Muhiyiddin, mungkin, beliau telah menghidu, taklimat Presiden, akan meliputi kupasan, berkaitan dengan ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri itu malam sebelumnya. Untuk menghindar, tindakan booo daripada perwakilan yang hadir, merupakan punca utama beliau tidak menghadirikan diri.

7. Taklimat Presiden, menurut beberapa AMT, jika melihat kepada gerak badan para perwakilan, taklimat Presiden diterima dengan lapang dada, termasuk isu panas 1MDB dan wang RM2.6bilion.

1 Response to "Tan Sri Muhiyiddin- Umno Totok Telah Sirna"

Anonymous said...

satu lagi sebab nak acu test.... nak nengok manakan taubdia bleh nampak drama daam siarkan TV beransur meninggalkan dewan tanda soladiriti atas ketidak hadiran beliau..... aleh2 nengok2... perwakilan seronok sebab dah nampak sahaya di hujung terlapang...DSSapdal pun tak lama lagi Berbahagia Mohon maaflah tu...nampak dah...kena main ngan Tun ajer...

Blog Archive