Monday, November 09, 2015

Sandiwara Anwar Di Penjara

1. 7 Mac 2015, merupakan hari pertama Dato Seri Anwar Ibrahim kembali ke Penjara Sungai Buloh, untuk kesalahan yang kedua kalinya, meliwat. Tindakan beliau menafikan hukuman bersalah, mengambil masa yang sangat panjang, bermula daripada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Mahkamah Persekutuan.

2. Perbicaraan Liwat II, walaupun mengambil masa yang sangat panjang dengan penaguhan yang sukar dikira, akhirnya Mahkamah Tinggi, melepas beliau daripada kesalahan liwat, atas sebab teknikal, namun di Mahkamah rayuan, para hakim mendapati, bahawa keputusan hakim mahkamah tinggi tersilap. Keputusan mahkamah rayuan menghukum Anwar 5 tahun penjara dikekalkan oleh mahkamah persekutuan, maka masuklah Anwar dalam penjara.

3. Jika pada kali pertama Anwar masuk penjara, sandiwara beliau apabila diperlihat kepada umum, sudah sinonim dengan leher yang dicanggah dan kerusi roda, namun pada kali kedua, sandiwara itu, tidak terlihat lagi, namun pihak keluarga dan peguam serta penyokong beliau yang riuh rendah di luar, kononnya Anwar mengalami kesakitan luar biasa di bahu kanannya, kerana akibat kecederaan. Malah, para penyokong mantan Ketua Umum PKR itu, mengaitkan kecederaan itu bahawa Anwar bakal lumpuh dan mati pucuk. Bagi mereka yang mengaji ilmu perubatan, sudah tentu akan tersengeh mendengar dakwaan itu, kerana tiada hubungkait antara sakit bahu dengan kelumpuhan dan mati pucuk.

4. Apa yang malangnya, kenyataan para penyokong serta keluarga Anwar itu, tidak disokong oleh keadaan fizikal Anwar, setiap kali hadir ke mahkamah, malah kelihatan mantan MP Permatang Pauh itu cukup sihat dan segar, walaupun kelihatan kurus sedikit. Malah dalam satu kejadian bulan lepas yang dimuat naik melalui youtube, suami kepada Presiden PKR itu sempat bergurau dengan MP Batu Tian Chua, dengan gurauan, "hang kurus sangat sangat, banding saya dalam penjara".

5. Meskipun Anwar dalam penjara, namun admin tweeter beliau kerap diupdate, malah beliau boleh membuat kenyataan akhbar, termasuk membidas penguatkuasa undang-undang negara yang menyiasat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

6. Tweeter isteri beliau, senantiasa memaparkan jumlah hari suaminya itu berada dalam penjara, dengan menafikan sebab musabab mengapa suaminya itu dipenjara, sebaliknya menulis bahawa Anwar sebagai tahanan politik.

7. Untuk menyegarkan kembali ingatan pembaca dan rakyat negara ini, Anwar dibebaskan daripada penjara pada tahun 2004. Walaupun tidak bertanding pada PRU-2008, namun beliau mengetuai parti-parti pembangkang semasa PRU tersebut, dan kemudiannya meminta isterinya mengosongkan parlimen Permatang Pauh untuk beliau bertanding. Selepas beliau menang PRK Permatang Pauh, beliau mecanangkan bahawa akan berlaku perubahan kerajaan Persekutuan pada 16 September 2008, kerana lebih 30 MP BN akan melompat menyokong Pakatan Rakyat. Pada PRU-13 juga, Anwar mengetuai Pakatan Rakyat berdepan dengan pilihanraya tersebut, di mana pembakang mendapat undi popular walaupun jumlah kerusi yang sedikit berbanding Bn.

8. Melihat kepada kebebasan Anwar dalam berpolitik, termasuk mengetuai barisan pembangkang yang mahu mengalahkan Bn, tidak ternampak alasan, mengapa Wan Azizah boleh mengatakan, bahawa Anwar dipenjara atas sebab politik, malah Anwar dikatakan sebagai tahanan politik. Sedangkan Anwar dipenjarakan selepas rakyat membuat keputusan melalui PRU yang menolak parti-parti yang dikemudi Anwar. Jika Anwar dipenjarakan sebelum sebarang PRU, bolehlah penanahan itu boleh dianggap sebagai tahanan politik, akan tetapi Anwar masuk penjara, apabila semua hak demokrasinya diberikan kepadanya, termasuk haknya membela diri di mahkamah.

9. Rakyat kena ingat dan perlu membaca, sandiwara Anwar, keluarganya serta penyokongnya, agar supaya tidak tertipu.

No comments:

Blog Archive