Latest News

PAU Tahun Ini Tidak Meriah?

1. Setiap Perhimpuan Agung Umno (PAU) diserikan sebelum ucapan penggulungan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Ketua-Ketua sayap diberikan ruang dan masa untuk berucap, walaupun cara itu tidak tertulis dalam perlembagaan parti.

2. Pada PAU kali ini, perasmian sayap-sayap parti tidak dirasmikan oleh Timbalan Presiden, sebaliknya oleh Ketua setiap sayap atas permintaan masing-masing sayap . Tindakan itu, tidak melanggar perlembagaan parti kerana tidak tertulispun dalam perlembagaan parti status perasmi setiap persidangan. 

3. Memang telah menjadi amalan/tradisi dan sebagai penghormatan kepada Timbalan Presiden., maka setiap PAU, Timbalan Presidenlah yang menjadi perasmi. Demikian juga ucapan-ucapan Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Ketua-Ketua Sayap sebelum Ucapan Penggulungan Presiden, bukanpun sebahagian daripada Pelembangaan parti, hanya ianya merupakan amalan atau tradisi. Ertinya, jika amalan/tradisi itu tidak diteruskan, tidakpun bercanggah dengan perlembagaan, dan tidakpun mencercatkan perjalanan persidangan atau PAU. Cuma, ianya menampakan persidangan itu tidak meriah???

4. Jika pada PAU kali ini, ditiadakan ucapan-ucapan daripada para pemimpin yang disebutkan, tidakpun melanggtar perlembagaan parti 

5. Tindakan di luar daripada amalan parti dalam setiap PAU, sebenarnya ada pro dan kontranya. Melihat keadaan sekarang, bagi meredam keadaan, sebaiknya dikurangkan percakapan termasuk berbagai ucapan. Memadai ucapan Presiden, dan kemudian ucapan dan dasar itu dikembangkan oleh Ketua-Ketua Bahagian atau pengerusi Perhubungan bagi setiap negeri kecuali Sarawak apabila pulang ke negeri atau bahagian masing-masing. 

6. Adalah lebih baik satu visi yang dikembangkan yang bersumber daripada ucapan dasar dan penggulungan Presiden, yang dikembangkan oleh Ketua-Ketua Bahagian di kawasan masing-masing, kerana ianya lebih berimpak kerana sesuai dengan sistem demokrasi negara, di mana setiap bahagian diwakili seorang MP. Selain itu, melalui cara itu, mengurangkan berbagai pergeseran pendapat, kerana punca kepada visi, yakni seorang- Presiden parti.

7. Namun, bagi mereka yang biasa menyertai PAU, ketiadaan ucapan-ucapan daripada para pemimpin yang biasa diberi peluang berucap, seolah-olah keadaan PAU tidak meriah, kerana tidak banyaknya, pendapat untuk percambahan minda. Bagi AYT, untuk masa sekrang dengan situasi dan kondisi yang tidak mengizinkan adalah lebih baik memberi penekanan kepada visi yang diutarakan oleh Presiden untuk tujuan percambahan pendapat, berbanding, berbagai ucapan- yang saling bercanggah dan seterus membawa percambahan pendapat yang berimpak negatif kepada parti.

8. Dalam zaman internet ini, setiap ucapan boleh sahaja diputar belit, mengikut selera masing-masing, dan memangpun berlaku. Kata orang, kalau tidak mahu banyak membuat salah, maka kurangkan bercakap. Lebihkan kepada tindakan, kerana tindakan yang membawa pengertian pembelaan lebih berimpak kepada rakyat. Atas sebab itu, untuk PAU kali ini, memadai, hanya Presiden yang berucap. 

9. Mesej yang disampaikan oleh Presiden melalui Ucapan Dasar dan Penggulungan, sudah memadai, sebagai asas kuat untuk parti berdepan dengan PRU-14.

4 Responses to "PAU Tahun Ini Tidak Meriah?"

Anonymous said...

Masyarakat pula rasa dunia bloger ni akan lagi meriah tanpa penulisan tuan yg satu sen pun takde nilai nyer pun

Anonymous said...

Setuju..1000%

Anonymous said...

masyarakat akan lebeh gembira tampa kamu
(00.58/07.00

Anonymous said...

Masyarakat lebih gembira tanpa kamu 07:16

Blog Archive