Latest News

Undi Tidak Percaya Tidak Wujud Dalam Sistem Parlimen Malaysia

1. Undi tidak percaya, sebenarnya tidak wujud dalam sistem Parlimen Malaysia. Ertinya, tidak akan berlaku undi tidak percaya kepada DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Undi tidak percaya bukan sahaja tidak berlaku pada DS Najib, juga mana-mana ahli parlimen.

2. Atas sebab itu, meskipun dalam order paper persidangan parlimen yang bermula pada Isnin, 19 Oktober, terdapatnya senarai usul undi tidak percaya, ianya tidak akan menjadi material.

3. Sebenarnya, MP pembangkang dan 2-3 orang MP veteran daripada Bn yang mahu sangat usul undi tidak percaya, mungkin pura-pura tidak tahu berkaitan peraturan parlimen Malaysia, ataupun mereka langsung tidak faham.

4. Seharusnya para ahli parlimen faham peraturan parlimen negara, jika tidak, ertinya mereka itu, bagaikan bangkai bernyawa, yang tidak mempunyai roh parlimen.

5. Ahli pembangkang termasuk beberapa MP Bn yang mencuba sesuatu diluar bidang kuasa mereka, ertinya, mereka suka-suka mengadakan peraturan sendiri.

6. Keinginan MP pembangkang dan beberapa MP Bn untuk menggulingkan DS Najib melalui apa yang mereka panggil Undi Tidak Percaya, tidak akan berjaya, kerana ianya bukan sebahagian daripada peraturan Parlimen. Speaker Dewan Rakyat, tidak akan boleh bertindak jika tidak sesuai dengan peraturan parlimen.

7. DS Najib hanya akan dapat digulingkan melalui cara Dun Perak atau Sabah, maknanya, ada kumpulan yang berjumpa dengan Speaker bersama dengan senarai anggota Parlimen yang berjumlah tidak kurang 112. Jika itu berlaku, Speaker akan maklumkan kepada Perdana Menteri, bahawa terdapat sejumlah MP menolak beliau. Jika keadaan itu berlaku, maka DS Najib mempunyai dua pilihan. Pertama menasihatkan SPB Agong untuk membubarkan Parlimen bagai maksud pilihanraya umum atau berundur.

11 Responses to "Undi Tidak Percaya Tidak Wujud Dalam Sistem Parlimen Malaysia"

SAYA said...

Ingatlah menjatuhkan pememimpin dengan cara begini takkan berkat. Malah kita akan di landa masalah berpanjangan. Isu 1mdb cukup hebat di spin dan di kosmetikan Najib seperti penjenayah korupsi negara sedangkan 1 sen pun belum dibuktikan Najib menyeleweng dalam isu tersebut. Hutang digembar gemburkan oalh musuh Najib di samakan sepeti gaya Mahathir membuat korek-kambus hutang di zaman kejatuhan ekonomi negara 1997 dahulu

Zaman 1997-1998 amat jelas Mahathir mengambil wang Tabung Haji, KWSP, PETRONAS untuk menyelamatkan syarikat-syarikat besar yang dipunyai oleh beberapa orang sahaja sebagai pemegang saham utama. Menyaksikan merudum teruk pulang atau bonus Tabung Haji dan KWSP kepada pendeposit dan pencarum, itulah bukti jelas bagaimana wang milik rakyat di salah guna

Pada kes 1mdb satu sen pun tak diusik wang pendeposit atau pencarum, tapi telah berjay adi gemburkan Najib 'mencuri' wang.. begitu mudah Mahathir menjatuhkan hukum MENCURI keatas Najib tanpa suatu fakta undang2.

Politik begini amat kotor dan tiada apa yang hendak dibanggakan jika Najib berjaya dijatuhkan dengan undi tidak percaya sekali pun. Kebenaran tidak dapat ditutup dengan konspirasi dan kebathilan.

jgn jadi bodoh!!! said...

ikut suka hg la..yg pasti najib perlu dijatuhkan demi agama,bangsa dan negara!!

#pecatJibby
#selamatkanMalaysia
#akuDarahUmno

jgn jadi bodoh!!! said...

Kata jurucakap SPRM mereka sedang siasat SRC International Sdn Bhd, anak syarkat Kem Kewangan, sekarang. Pada akhir tahun ini SPRM akan selesai dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka yang terlibat. SRC International ini dulunya anak syarkat 1MDB tetapi kini diletakkan dibawah Kem. Kewangan pula. Apa yang menarik hati Najib mendapat RM42 milion yang disalurkan oleh syarikat ini ke dalam akaun pribadinya di Ambank. Rakyat bertanya, penuh kehairanan bin terkejut, apa hal syarikat kepunyaan Kem, Kewangan yang Najib sendiri jadi menterinya, boleh salur RM42 juta dalam akaun pribadi menterinya? Terkejut segala beruk, ungka dan babi montel di hutan dengan mudah menteri kewangan mendapat "derma" dari anak syarikat kepunyaan kementeriannya sendiri!
Pelek bin hairan dua orang pengarah SRC International sudah cabut lari dari Malaysia

Anonymous said...

pagi2 kau bohong kering.. sejak bila pulak hutang bernilai RM42 billion 1mdb yang disorak kan oleh Mahathir itu telah bertukat menjadi TUNAI kemudian masuk dalam akaun Najib?
amboi semakin 'kering' nak wujudkan propaganda menipu demi nak jatuhkan Najib?

Gaya memaksa Najib dijatuhkan tanpa menamakan pemimpin pengganti yang lebih bagus atau berwibawa lebih dari Najib merupakan satu bukti jelas percaturan menjatuhkan Najib ini satu konspirasi besar yang bukan kerana isu 1mdb itu menyeleweng sebaliknya inilah representasi aturcara musuh Najib yang tahu kelemahan Najib lemah dari satu sudut kawalan persepsi.

Beria2 memaksa rakyat terima Najib itu bersalah dan mesti dijatuhkan merupakan satu serangan jahat dan jelas bukan kerana isu 1mdb itu tetapi kerana Najib sudah tidak berguna lagi untuk golongan tersebut meneruskan agenda politik 'bawah tanah' mereka.

Siapakah selepas Najib yang Mahathir namakan?
Mana kah blue print kepada rakyat bahawa dengan jatuhkan Najib dan gantikan pilihan baru Mahathir ini (kita tahu pemimpin yang dilantik tanpa 'restu' Mahathir akan terima padahnya) semua masalah negara terutama isu ekonomi dan matawang itu akan selesai sekelip mata dan tukaran asing negara kembali kepada 2.9/USD seperti Najib pernah capai dulu?

mana dia blue print tersebut?? mana boleh senang2 sembang kedai kopi sahaja.. bodoh sangat kah rakyat hendak dibodohkan sebegitu rupa?

Sudah2 lah kot.. wahai penentang Najib.. kamu semua penuh muslihat dan sebenarnya bukan berjuang untuk rakyat tetapi untuk meneruskan legasi 22 tahun lalu..

Anonymous said...

baca buka mata.......42 juta dari src yang masuk kauan bukan 42 billion! takde org cakap 42 billion masuk akaun.

najib tidak amanah.......mula2 nafikan, kemudian bagi alasan lain.....akhir ada org derma........ini ka sifat org amanah? dalam Islam sendiri, kalau tidak amanah tidak boleh jadi pemimpin! itu pun masih mau sokong??

dan ini bukan fitnah......ini dia sendiri yang mengaku.....apa lagi yang nak dipertahankan????

najib has to go!

izham mohd said...

Balaci mamak berjuang utk jatuhkan melayu..
kejap 42 billion, lepas tu 25billion lesap, then 42 juta.. kait dengan derma pulak..
Mmg penipu jer keje rba mamak.. keje sebar fitnah. Khianat mamak. 100x tkde amanah mamak jd pm dulu.habis disapunya duit rakyat utk s3lamatkan kroni!

MAMAK PENCEN HAS TO GO.. TROUBLE MAKER IN ACTION!

Eyam Gizmo said...

kalau rasa rakyat 3 juta masih sokong BN, apa nak takut..bagi je usul tu..takkan Azalina takut kot..takut jadi menteri kabinet tersingkat dalam sejarah..ha..ha..!!!

Anonymous said...

Salam..
@izham mohd 10.07
- 42juta drp SRC, yg mana 2 org yg disyaki terlibat dah cabut lari, ilang tanpa dpt di kesan..

@jgn jadi bodoh!!! 08:13
- dah dijawab oleh Anon 08:53...
- takde kena mengenanya dgn TDM..isu jd besar hanya bila TDM bangkitkannya..benda ni dah sejak 2011 dimainkan oleh parti2 pembangkang..knp tak jwb & terus kunci segala2nya masa tu..?
- jadi kalau tak tau, baca lagi, amik tau, kalau tak faham jugak , tanya..
- makanya jgn jadi bodoh!!!, janganlah jadi bodoh...
wallahu'alam

berasiam said...

Memang buang masa bersoal jawab dengan orang yang masih terperangkap dalam masa lalu. Hujahnya tidak habis2 bersandarkan Tun Mahathir pun dulu buat jahat. Orang sedang berbincang tentang masa sekarang, PM hari ini. Mereka masih beratib menyebut nama Dr Mahathir seolah-olah beliau masih PM. Dr. Mahathir dah lebih 12 tahun meletak jawatan. Kalau ikut undang-undang pun tempoh itu telah membebaskannya dari semua tuduhan. Jadi tak perlulah mana-mana pihak rasa suka sangat mengata dan mengungkit tuduhan kepada Dr. Mahathir. Tapi pembela regim sekarang cukup suka menzikirkan nama Dr. Mahatbir. Bila disebut duit hilang, suka hati sendiri tuduh orang mencuri. Bila disebut 42 juta dari SRCI masuk ke akaun Najib di Ambank, kata pulak yang 42 bilion tu tak pernah jadi cash. Yang kenal Dr Sam CEO Yayasan 1MDB tu tahulah macam mana orangnya. Tidak hairanlah dia dikatakan menandatangani cek 42 juta yang dipindahkan ke akaun Najib. Memanglah bukti sukar diperoleh kerana yang dikaitkan dengan kesalahan itu masih berkuasa. Jika ikut amalan pemimpin demokrasi, meletak jawatan adalah pilihan yang terhormat. Paling tidak pun bercuti supaya siasatan dapat berlangsung dengan bebas dan telus. Jika memang tidak bersalah bercuti adalah pilihan yang berhemah. Sebaliknya bila kuasa digunakan untuk mendiamkan orang lain memang ketara kejanggalannya. Tatkala kuasa telah tiada, mungkin segala yang tertutup akan terbuka. Jika masih tertutup juga, bolehlah berbangga di dunia.

Anonymous said...

Atas kertas dan logik nya memang begitulah bila seorang PM pencen tak akan disebut lagi. tapi kes Mahathir adakah kamu buta? Dia menyeru hari2 kita jatuhkan Najib..dan pengaruh duit yang dia ada berjaya lakukan pelan yang dikira berjaya untuk melaksanakan agendanya. Siapa Mathias Chang? Siapa dia Kharudin seorang yg muflis dengan hutang besar tiba tiba diangkat mahathir?

apakah ini semua free atau kebetulan? Bukti yang mennujukan Najib menyeleweng masih tak timbul2.. yang timbul hanya tuduhan mahathir. Malangnya mahathir tidak berani pun melaporkan salah laku DS Najib yang konon dia tahu itu di mana mana balai Polis dalam negara mahupun di New York atu di Amsterdam seperti yang di lakukan oleh orang suruhannya?

Lagak Mahathir dlm menjatuhkan Najib amat janggal dan tidak nampak langsung dia berjuang untuk kebenaran atau demi rakyat tapi semakin jelas menampakkan dia dendam politik atas esuatu perkara yang Najib tak tunaikan.

Usah jadi bodoh lah wanai berasiam.. kita semua ada akal.. manusia baik dengan manusia yang banyak penyelewengan wataknya amat berbeza. Najib sentiasa bernai bertemu denganrakyat walaupun di lorong2 yang kotor.. beliau berani berhadapan dengan orang yg di turunkan jawatannya.

Cuba lihat mahathir? dia sendiri takut bersemuka dengan Anwar. Dia juga tak berani bersemuka dengan Najib jika betul mahu betulkan Najib. Dia hanya gunakan proksi dan media.. apakah betul?

Mahathir juga org yang membina negara ini mengikut acuan penswastaan berat sebelah yang kini ditanggung oleh pengganti2 PM selepasnnya. 1mdb di katakan dapat menyelamatkan keadaan ini tetapi malang, hidung musang keparat korporat pro mahathir telah awal2 menghidu pelan besar 1mdb ini.. maka pembunuhan imej imdb dan penghapusan entiti ini perlu dilakukan secara konsisten

Sebab itulah imdb diserang bertubi2 secara luar biasa melebihi serangan trhadap pembangkang DAP atau PKR. Skrg PKR PAS dan DAP seperti terpinga2 kerana Mahathir tolong amil tugas mereka jatuhkan najib..


sorry to say.. berasiam kamu sebenarnya yang terperangkap dengan jajahan minda dan ketaksuban bekas pm tamak haloba ini!

Anonymous said...

Terbaik anon 2220. Zaman Najib 7 juta orang dapat BR1M. Ini baru 6 tahun, kalau 22 tahun? Zaman mantan 22 tahun, hanya beberapa kroni anak beranak yg jadi kaya raya. Beza macam langit dengan bumi yg menunjukkan Najib lebih berjiwa rakyat.

Blog Archive