Latest News

Boleh Kah DS Najib Bertahan?

1. Cabaran kepada DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri, hanya kemelut 1MDB dan wang derma yang dimasukan ke akaun peribadi beliau. Hanya dua faktor tersebut yang berlegar-legar pada kedudukan PM ke-6 itu. Hanya kerana faktor itu, berbagai pihak termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mendesak beliau meletakkan jawatan.

2. Kalau mengimbas kembali cabaran yang dihadapi Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, sebenarnya cukup genting. Cabaran pertama apabila pada Tahun 1987, melalui pemilihan jawatan dalam Umno, beliau dicabar bagi jawatan Presiden Umno. Jika pencabarnya menang, Mahathir akan secara automatik kehilangan jawatan, kerana lajimnya, Presiden Umno menjadi Perdana Menteri.

3. Dr Mahathir dicabar oleh Tengku Razalegh Hamzah, dan sepasukan dengan MP Gua Musang tersebut, adalah Tun Musa Hitam, masa itu berkedudukan sebagai Timbalan Presiden Umno, walaupun sebelumnya sebagai Timbalan Perdana Menteri, namun meletakkan jawatan. Pada masa itu, gandingan Mahathir-Musa dikenali sebagai 2M. 

4. Sebelum hari pengundian, ramai ahli akar umbi Umno yakin, bahawa Dr Mahathir bakal kecundang, namun selepas pemilihan itu, Tun Dr Mahathir mengekalkan jawatan Presiden Umno dengan kelebihan 42 undi, manakala Tun Abdul Ghafar Baba mengalahkan Tun Musa dengan kelebihan 41 undi.

5. Akibat pertandingan tersebut, Umno diharamkan, kerana didapati lebih 80 orang perwakilan datangnya daripada cawangan-cawangan yang tidak didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan. Kumpulan 11 yang merujuk parti kepada pihak mahkamah, menyebabkan mahkamah mengistiharkan Umno adalah pertubuhan tidak sah.

6. Ekoran pengharaman tersebut, tertubuhlah Semangat 46 (S-46) yang diketuai oleh KULI, namun salah seorang pemimpin daripada pasukan B, Tun Abdullah tidak ikut serta, sebaliknya Tan Sri Rais Yatim yang menjadi Timbalan Presiden S-46.

7. Selepas penubuhan S-46, parti itu bergabung dengan Pas, membentuk Angaktan Perpaduan Ummah, dan pegambungan S-46-DAP-PBS melalui Barisan Alternatif (BA) pada PRU-1990. Walau bagaimanapun, BN masih menang dengan majoriti 2/3 di dewan rakyat, walaupun kehilangan Kelantan.

8. Cabaran kedua Tun Dr Mahathir adalah pada tahun 1998, apabila memecat Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada era reformasi tersebut dan tertubuhnya parti Keadilan (ADIL), kemudian bergabung dengan DAP dan Pas melawan BN pada PRU-1999, walau bagaimanapun, Bn tetap menang kuasa 2/3 di dewan Rakyat, selain gagal di Kelantan dan kehilangan Negeri Terengganu.

9. Melihat kepada cabaran yang didepani Tun Dr Mahathir yang begitu hebat, yang bermula melalui pemecatan sebagai ahli Umno oleh Tunku Abdul Rahman putera Al-haj, perbalahan dengan Tun Hussein Onn, berbalah dengan Musa Hitam dan KULI, menyebabkan beliau menjadi Perdana Menteri terlama dalam negara.

10. Melihat kepada cabaran yang didepani Tun Dr Mahathir semasa Perdana Menteri, adalah tindakan untuk menjatuhkan beliau daripada kedudukan Perdana Menteri. Sebagai contoh pada pemilihan Umno Tahun 1987, pemilihan yang begitu sengit kerana melibatkan seluruh jajaran Umno. kerana melalui pemilihan tersebut, dalam AMT misalanya, Team A yang diketuai Tun Dr Mahathir hanya menang 16 daripada 25, manakala 9 dimenangi kumpulan Team B.

11. Oleh kerana cabaran-cabaran demi cabaran khususnya daripada Umno sendiri, parti pembangkang yang kuat, kerana pengelibatan Anwar dan Kuli sebagai pembangkang kepada Bn, telah menyebabkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri terlama.

12. Bagi DS Najib, cabaran beliau kini seperti mana disebutkan di awal tulisan ini, iaitu kemelut 1MDB dan wang derma sebanyak RM2.6bilion. yang menyebabkan persepsi negatif luar biasa, sehingga Majlis Raja-Raja Melayu memberi kenyataan kebimbangan baginda sekalian berkaitan syarikat milik kementerian kewangan yang mempunyai liabiti RM42bilion bagi selang masa 6 tahun.

13. Walaupun DS Najib telah meminta tempoh selama 6 bulan untuk menyelesaikan kemelut 1MDB melalui rasionalisasi syarikat tersebut, khususnya mengurangkan beban hutang, untuk memudahkan syarikat tersebut berdaya maju.

14. Apa yang menyedihkan melalui kenyataan Baginda Sekalian (Majlis Raja-Raja), ada pihak tertentu memterjemahkan kenyataan tersebut sebagai desakan kepada DS Najib meletakkan jawatan. Kenyataan Baginda Sekalian, bagaikan pukul anak sindir menantu, kerana Baginda Sekalian sama sekali tidak merujuk kepada diri Perdana Menteri.

15. Dalam kedudukan DS Najib sekarang ini, faktor yang boleh membantu beliau adalah penyelesaian kemelut 1MDB serata penjelasan telus berkaitan wang derma RM2.6bilion.

1 Response to "Boleh Kah DS Najib Bertahan?"

diny said...

Dari mula lagi Najib sudah bercakap bohong , tidak ikhlas , tipu sana tipu sini !!
Di tambah lagi punya isteri yang bolih di kategorikan sebagai Imelda Marcos the second .....!!!!

Blog Archive