Latest News

1MDB Akan Terus Menghantui Najib

1. Titah Baginda Raja-Raja pada 6 Oktober berkaitan 1MDB, merupakan perkara serius yang tidak boleh diambil mudah.

2. Persidangan Dewan Rakyat yang bermula esok selama 7 minggu yang merupakan sidang terkahir bagi Tahun 2015, selain mendengar pembentangan Bajet bagi tahun 2016 juga persidangan pada kali ini dihantui oleh usul undi tidak percaya kepada DS Najib sebagai Perdana Menteri.

3. "Order Paper" Parlimen diurutan ke-25 terdapatnya usul undi tidak percaya kepada DS Najib yang diusulkan oleh MP Petalingjaya Selatan Hee loy Sian daripada PKR.

4. Malam ini, di Sri Perdana, Putrajaya, di kediaman Perdana Menteri akan berlangsung pertemuan dengan semua MP BN termasuk senator, perkara biasa sebelum sesi Parlimen bermula.

5. BN mempunyai 134 MP di Dewan Rakyat termasuk Perdana Menteri, manakala Pembangkang 88 termasuk satu ahli bebas.

6. Kemelut 1MDB akan terus menjadi perhatian semua pihak, khususnya para MP pembangkang, selain itu dua tiga orang MP Bn, khususnya Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal. Dua pemimpin kanan Umno itu telah dipecat daripada kabinet pada 28 Julai lalu, kerana kritikan mereka terhadap 1MDB, syarikat gergasi milik Kementerian Kewangan, satu syarikat idea Perdana Menteri.

7. 1MDB dalam tempoh 6 tahun beroperasi dengan modal RM1juta mampu mengumpul pinjaman RM42bilion. 

8. Walaupun lumrah sesebuah syarikat yang tidak mempunyai modal besar untuk berkembang perlu melakukan pinjaman, namun kemuskilan berlaku, pada JV antara syarikat tersebut dengan PetroSaudi, yang dikatakan satu JV yang berunsur skim pemipuan. Pengarah Eksekutif syarikat tersebut Casey Tang telah menipu Lembaga Pengarah, dengan membuat pengakuan palsu, kononnya PetroSaudi milik mantan Raja Arab Saudi- Raja Abdullah, sedang syarikat itu hanya milik beberapa indivdiu.

2 Responses to "1MDB Akan Terus Menghantui Najib"

Anonymous said...

Admin ni berat sebelah pinjaman dan modal disebut dengan jelas, kenapa aset rm52 bilion x disebut?

Andaian admin x boleh dipercayai. Tunggu laporan Audit Negara.

Kalau CEO Cina yg menipu kenapa Najib yg perlu risau? Cina CEO tulah yg patut risau betul tak?

Anonymous said...

Tq. Dah lama aku tak dengar komen yg rasional sperti ini.

Blog Archive