Saturday, September 05, 2015

Disebalik Cemburunya Tun Dr Mahathir Terhadap DS Najib Razak

1. Pada masa ini, selain pemimpin pembangkang, juga pemimpin veteran yang diketuai Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad melakukan berbagai cara bagi mendesak DS Najib Razak meletakkan jawatan.

2. Berbagai isu yang timbul ditokok tambah, diberi rempah ratus, agar kenampakan hebat dan jelek bagi memberi gambaran negatif kepada Perdana Menteri.

3. Isu 1MDB direkayasa, ditokok tambah, diberi ramuan berbagai rempah ratus, seolah-olah syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut yang juga penubuhannya merupakan ilham Perdana Menteri, selain Perdana Menteri juga merupakan penasihat kepada lembaga Pengarah syarikat tersebut.

4. Selain isu 1MDB ditambah lagi dengan wang RM2.6bilion, derma penderma budiman daripada Timur Tengah bagi keperluan jentera barisan nasional berdepan pilihanraya umum ke-13.

5. Kedua-dua isu yang diwar-warkan, digembar-gemburkan tersebut, tidakpun membabitkan wang negara mahupun wang rakyat, tidak satu senpun melibatkan wang pembayar cukai, kecuali RM1juta saham kerajaan dalam 1MDB semasa penubuhan syarikat tersebut.

6. 1MDB meskipun mempunyai hutang RM42bilion, akan tetapi berbentuk pinjaman yang berupa Bond atau sukuk, dan semua wang tersebut dipinjam untuk mendapatkan harta RM52bilion. Harta yang dibeli itu masih ada dan berpotensi membawa pulangan berbilion ringgit dalam masa jangka pendek dan panjang.

7. Sebuah syarikat seperti 1MDB yang bermodalkan RM1juta, bagaimana boleh mengumpul kekayaan? jika tidak melakukan pinjaman!!!. 

8. Seharusnya rakyat negara ini termasuk pemimpin seperti Tun Dr Mahathir merasa bangga, kerana sebuah syarikat yang bermodalkan RM1juta, akan tetapi diberi kepercayaan oleh pemilik modal sehingga 42ribu kali. Mengapa berlaku demikian? sebabnya kepercayaan pemberi modal kepada Kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib Razak.

9. Malangnya, kepercayaan pemberi modal kepada 1MDB dicemburui Tun Dr Mahathir, kerana selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, belum ada pihak yang begitu percaya kepada beliau, sehingga sebuah syarikat negara apa kah GLC ataupun swasta mendapat kepercayaan seperti mana diberikan kepada 1MDB. 

10. Demikian juga, derma RM2.6bilion kepada DS Najib daripada penderma budiman, tidak pernah berlaku kepada Tun Dr Mahathir, sehingga menjadi salah satu faktor mendorong mantan Perdana Menteri itu cemburu kepada DS Najib.

11. Oleh kerana dakwaan dan kritikan terhadap DS Najib difikirkan berasas kepada faktor cemburu, atas sebab itu majoriti pemimpin Bn, Umno berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, atas sebab para pemimpin itu membuat keputusan berasaskan fikiran rasional, bahawa DS Najib tidak membuat sebarang kesalahan baik kepada rakyat mahupun kepada negara.

12. Sebenarnya majoriti rakyat bangga dengan Perdana Menteri, kerana mampu mendapat kepercayaan daripada pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan modal bagi maksud perniagaan bagi sebuah syarikat negara, tanpa menkotak katik kewangan negara.

13. Demikian juga, dalam dana Parti, DS Najib tidak mahu terikat dengan syarikat-syarikat besar dalam negara seperti mana belaku sebelum beliau, kerana cara itu boleh menjadikan syarikat-syarikat itu menjadi syarikat monopoli dalam negara, seperti mana belaku di masa lalu, sehingga membebankan rakyat dan negara. Sebagai contoh, Bernas, syarikat itu seharusnya membantu rakyat menurunkan harga beras, malangnya, harga beras tidak pernah turun, malah semakin meningkat.

14. Rakyat negara ini, perlu berfikir secara matang dan rasional, cubaan menurunkan DS Najib Razak akan merugikan rakyat secara keseluruhan. Terlihat bagaimana pihak luar terlibat menghancurkan negara seperti mana yang diperlihatkan oleh pengerusi TI Jose Ugaz daripada negara Peru yang menganjar Malaysia bagaimana mengatasi rasuah, sedangkan negaranya berada jauh ke bawah berbanding kedudukan Malaysia dalam persepsi indeks rasuah dunia (Malaysia berkedudukan 50 daripada 174, manakala Peru 85).

15. Para pemimpin antarabangsa yang mengeritik DS Najib majoritinya daripada negara-negara yang bermasalah dan kedudukan negara yang mereka wakili lebih teruks berbanding Malaysia, contohnya Mazoor Hussien daripada Bangladesh, atas merit apa Mazoor bercakap mengenai DS Najib???

16. Pengeritik DS Najib khususnya para pemimpin veteran dalam negara tidak dapat menerima kemampuan DS Najib, kerana dalam keadaan persekitaran ekonomi dunia yang tidak menentu, pertumbuhan ekonomi negara masih kukuh, masih berada di atas 4 peratus, malah perdagangan negara terus bertambah, pada julai 2015 meningkat 4.6 peratus, benbanding bulan yang sama tahun-tahun sebelumnya.

17. Dalam keadaan sekarang, meskipun berbagai pihak mendesak menurunkan DS Najib meletakkan jawatan, tiada siapa yang boleh berbuat demikian, kerana Perdana Menteri masih mendapat sokongan padu daripada berbagai lapisan pemimpin di semua peringkat.

19 comments:

ramlan aziz said...

Haha...nak tegelak baca citer nih....haha...

Anonymous said...

syok sendiri memang macam ini...
sampai bila pun rasa tak bersalah...

Anonymous said...

Wajah sebenar dh nampak. Sangat jelas... dlu mcm x percaya jugak... lg2 isu 2.6 b msk acc individu. X sokong dah. menakutkn... perjuangan utk melayu??? Melayu 'BANGSAWAN'??? yg kaya terus kaya..... yg miskin bagi gula2.

Unknown said...

ramlan aziz,
kau baca citer ni NAK tergelak kau ckp,abis baca je terus tergelak sakan aku sampai senak perut.

Unknown said...

adib, aku terus cari tong sampah.. muntah hijau

Anonymous said...

Melayu kaya aku lagi suka. Tahniah najib. Cina kaya kita tak kecoh pula. Bodoh punya melayu.

Anonymous said...

Kebanyakkan dana najib dah dilaburkan kpd blogger2 kot. tu yang benang basah pun urut sampai tegak...hahaha...

Anonymous said...

dah sampai masanya bagsat cina diMalaysia di ajar dengan apa cara sekalipun

Anak Malaysia said...

bila otak dah tak betul berfungsi...ginilah jadi nya yang hitam dia kata putih..sian tuan punya blog..

jgn jadi bodoh!!! said...

hahaha..lawak2!! satu lagi klu betul jawab je la apa yg ditanya jgn lari mcm lagak Aljuburi!! usul undi tidak percaya pada PM tidak mnjatuhkn kerajaan BN!! yg jatuh PM dan kabinet jibby!!

#selamatknUmno

aku melayu said...

yang sokong najib macam nak rak ada apa2 ....tegar najib cakap najib tolong melayu....jh lo tu cinakan....yang buat rumah rumah mampu milik 200 ribu najib cakap tu lojik ke melayu mana yang bole beli rumah harga tu ...kalau macam tu nampak sangat nak halau melayu keluar kuala lumpur macam ada perancagan najib dgan cina .yang bawak duit lari duit bank negara tu cina....sp setia bos dia cina.....perasan tak sign board skarang ni semua tulisan orang putih....banyak lagila,,,ada perasan orang asing makin belambak kt malaysia dia orang ni yang bagi bertambh la ringgit jatuh lepas tu najib nak tambah dorang lagi...macam tu lah pm korang sokong tu pikir.....yang paling nampak salah dia cakap 2.6 b derma pun percaya kah,,kah....kaah....tak sangka......tak sangka.....ada gak percaya,,,,,,kah,,kah,,kah

Anonymous said...

Aku setuju dengan dasar Najib, x membela kroni. Kroni nilah yg sebat berbilion duit petronas kerana subsidi elektrik sebab kroni ni yg punya IPP. Ini kroni, hisab darah rakyat sejak berpuluh2 tahun yang lalu. Bayangkan setahun balun rm18 bilion, 30 tahun dah berapa?

Eluklah 1MDB ambil alih IPP tu, untuk kekalkan harga tariff yg rendah. Kalau 1MDB untung, rakyat juga yg dapat manfaatnya. Tiap2 tahun boleh hantar beribu2 orang pergi haji percuma. Kroni untong cekik sendiri.

Membela kroni ni banyak bahaya. Selain menyebabkan monopoli, ada kemungkinan juga pemimpin berkenaan terus jadi balaci kroni sepanjang hayat. Hmmmm...malang2.

Anonymous said...

Nk percaya apa lg kt najib ni. Start dr cash>aset>unit smpailh 2.6 bilion. X sanggup nk percaya lagi.

Anonymous said...

Aku lebih percaya Najib daripada percaya pemfitnah tu. Pemfitnah macam orang yg dah rosak akhlak dan hopokrit serta x boleh dipercayai langsung kerana hidup dia penuh dengan lakunan sahaja.

qayla said...

Kekal najib!

Anonymous said...

Jilat jgn tak jilat...kfc sehingga menjilat jari hewhwe

Anonymous said...

Apa yg jadi masalah ni pro YTL? Kenapa takut sgt YTL lingkup? Kenapa takut sangat kerajaan tak bantu proton walaupun bukan hakmilik khazanah lg? Isu 2.6 tu sudah terjawab. Pemimpin pembangkang pun sudah tahu sbb sudah dpt keterangan cuma dgn rakyat biasa secara am je yg pro YTL ni pulak tak habis2 berkokok di internet. Semua page pro Umno ko tibai. Ada jugak aku copy paste bodo utk sekor2 ni.

Anonymous said...

Penyelewengan 22 tahun Mahathir dlm plbagai jenis urusniaga dan kejatuhan syarikat2 kroni tidak langsung di sebut oleh macai2. Tun Mahathir menggunakan perang psikologi yg amat dahsyat kepada minda rakya dengan bertubi2 mengulangi fitnah supaya akhirnya fitnah itu dikatakan betul bila tiada serang balas bertubi2 dari pihak yang dituduh

Tun Mahathir juga menggunakan kedaan ini untuk menutup penyelewengan lampaunya sebagai serampang dua mata selain tujuan utama mahu jatuhkan Najib. Tidak kita bayangkan Tun boleh bergaduh dengan Najib sebegini rupa, sedangkan dia juga yang memilih Najib.

Tun jenis manusia yang tak peduli soa hati perasaan dan dosa pahala, baginya matlamat menghalalkan cara. Wang PETRONAS di jadikan 'tabung' bail out syarikat2 kepunyaan anaknya dan kroni2 politiknya.

Tapi amat hairan tiba2 si penyamun tua ini menunjukkan 'alim' kucingnya padahal dosa2 lamanya menyeleweng pelbagai sektor pengurusan wang negara tidak dibersihkan.

Hanya dengan melaung2kan Mahathir membawa kemajuan kepada rakyat maka seluruh rakyat di perang saraf dan di doktrinkan supaya mesti patuh cakap Mahathir.. jangan sentuh peribadi dan dosa2 lampau Mahathir..jika persoal atau melawan seruan Mahathir puak2 ini akan melabel kita sebagai 'pencacai/penjilat/balaci' Najib..

mahathir cukup bijak berperang saraf..22 tahun dia menjadi PM..dia sudah hazam bagaimana mahu menawan kepala minda rakyat.. dia yg membuka langit media dan dia juga yang mengajar kita menjadi biadab..


YTL ialah company kroni taikun cina yg pro Mahathir- Francis Yeoh, selain dr Vincent Tan yg merupakan kroni besar Mahathir yg bergayut di lengan Mahathir untuk mendapatkan macam2 kelebihan kontrak dan tanah2 di Langkawi, serata Malaysia dengan MUDAH!

Dasar pemimpin Melayu yg bukan mamak, perkara baik yg ditinggalkan akan ditruskan, maka Pak Lah dan Najib tidak mencatas bersih tinggalan2 hantu2 Mahathir.. dengan harapan mereka ini terus menyumbang dan tidak mengigit tuan.. sayang sekali mereka ini menjadi hantu raya kepada Mahathir..dan mahathir menjadi penyerang..

Terlalu banyak masalah penswastaan dan kroni-kroni korup zaman mahathir yang ditinggalkan selepas persaraan mahathir demi menjaga kelangsungan kekayaan dan kuasa..

Najib sepatutnya mencantas awal2 proksi2 Mahathir dalam kerajaan dan GLC2 serta kontrak2 besar kerana ibarat memberi makan anjing yang akan mengigit selepas kenyang

Anonymous said...

Bapak penyamun bergabung dgn raja perompak buat kali terakhir menyabung kronism, tak pa tunggu ja di peti undi.

Blog Archive