Thursday, August 20, 2015

Rupanya Azmin Ali Lagi Hebat

1. Harta negeri Selangor berjumlah RM30bilion boleh ditadbir oleh dua orang yang tidak dikenali mengunakan syarikar RM2.- yang mempunyai nama glamour DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG).

2. Kedudukan harta RM30bilion sebelum ini diketahui di bawah pengurusan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) rupanya selepas Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar, aset dalam MBI dipindah ke DEIG.

3. Pendedahan berkaitan aset RM30bilion itu dilakukan oleh wakil rakyat Pas Saari Sungip dalam sesi soal jawab di Persidangan Dun Selangor.

4.Pemindahan aset MBI ke dalam DEIG merupakan satu tindakan luar biasa kerana sebuah syarikat bermodalkan RM2, dan dikontrol oleh dua orang boleh mengakibatkan aset milik rakyat negeri Selangor tersebut hilang atau lesap begitu sahaja, kerana ianya bukan lagi di bawah kawalan Kerajaan Negeri.

5. Tidak diketahui apa motif MB Selangor memindahkan aset MBI yang begitu besar kepada satu syarikat? kerana penjelasan mengenainya akan diketahui pada persidangan DUN akan datang.

6. Malangnya, melalui tindakan pemindahan aset MBI tersebut tidak menjadi isu kepada para pemimpin pembangkang seperti Tony Pua, Rafizi Ramli atau Lim Kit Siang. Atau dengan kata lain jika pembangkang melakukan tindakan seperti itu, dikira betul dan tanpa cacat, namun, mereka begitu bising sekali bercakap berkaitan 1MDB, sedangkan syarikat milik kementerian kewangan tersebut hanya melibatkan RM1juta wang rakyat.

No comments:

Blog Archive