Wednesday, August 12, 2015

Kenapa Ada Pemimpin Umno Mahu Umno Terkubur?

1. Perkara utama yang dipungkiri adalah, jika jadi pemimpin maka ada yang dipimpin dan yang menyokong. Namun selepas tidak lagi jadi pemimpin, maka mencuba menjadi pemimpin semula. Melalui percubaan semula atau ingin kembali inilah yang membawa malapetaka kerana membawa matalamat menghalalkan cara. Ada juga pemimpin yang ingin kembali itu bukan bertujuan secara fizikal memimpin, akan tetapi bertindak agar pemimpin yang mewarisi kepimpinan perlu bertindak sebagai proxy atau di bawah remote control.

2. Jika seseorang pemimpin atau kumpulan pemimpin yang merupakan mantan atau mantan-mantan pemimpin mahu kembali semula, namun masa atau waktu atau musim mereka sebenarnya sudah luput di mata penyokong, maka seseorang atau kumpulan itu mencipta berbagai tindakan, antaranya mengungkit, mendedahkan kelemahan, membanding-bandingkan kejayaan, malah mencipta isu buruk agar supaya pemimpin pewaris tersebut terpalit dan mendapat imej buruk.

3. DS Najib Razak misalnya merupakan sasaran berbagai dakwaan. Dakwaan sebagai pak turut kepada Singapura, dakwaan melupakan dasar pandang ke timur, sebaliknya kekiblat ke barat, dakwaan tidak menghargai kepandaian rakyat sendiri selain dakwaan meniru-niru seperti dalam slogan 1Malaysia.

4. Tindakan mencipta keburukan terhadap imej DS Najib antaranya, Perdana Menteri ke-6 itu di bawah kawalan isterinya, malah didedahkan berbagai imej buruk seperti pasangan yang suka berbelanja besar, pasangan yang gemar melawat luar negara, malah didakwa sebagai Perdana Menteri yang tidak perhatin kepada rakyat, kerana sanggup bermain golf di kala rakyat di timpah musibah.

5. Semua dakwaan terhadap Perdana Menteri dan pasangannya, sudah tentunya diwar-warkan oleh musuh-musuh politik khususnya pembangkang, namun beliau tidak mendapat pembelaan, malah disiram dengan petrol oleh para pemimpin Umno sendiri.

6. Mantan Perdana Meneri- Tun Dr Mahathir adalah orang pertama pemimpin Umno mengatakan bahawa jika DS Najib masih sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, maka pada PRU-14 akan datang, UBN akan kehilangan kuasa.

7. Untuk dakwaan tersebut, maka dijadikanlah isu 1MDB sebagai sandaran utama. 1MDB dijadikan sandaran, atas sebab Perdana Menteri merupakan penasihat kepada Lembaga Pengarah syraikat milik Kemneterian Kewangan tersebut. Sebagai penasihat, maka mudah untuk mengumpul imej negatif, kerana 1MDB mempunyai hutang yang sangat besar, sehingga satu ketika tidak dapat membayar hutang yang telah matang.

8. Serangan para pemimpin Umno yang telah luput disertai oleh pembangkang, malah disokong oleh media antara bangsa serta media pro pembangkang, tujuannya untuk menyokong dakwaan bahawa jika DS Najib meneruskan kepimpinan beliau, maka UBN pasti akan tumbang. 

9. Saban hari isu 1MDB diputar dan diputar, sehingga dua orang pemimpin kanan Umno terjebak atau terperangkap, sehingga turut serta dalam permainan. Apabila terikut dalam permainan, maka bertambah rancaklah persepsi negatif kepada Perdana Menteri.

10. Untuk tujuan pukulan maut, maka dibocorkanlah maklumat wang sumbangan bernilai RM2.6bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri. Kebocoran maklumat itu, bukan alang kepalang, dunia di beritahu, kerana di laporkan oleh The Wall Street Journal surat khabar berpengaruh milik Amerika Syarikat.

11. Benar juga, selepas WSJ menyiarkan berkaitan wang sumbangan tersebut, pukulan maut dijangka berjaya dengan mempergunakan aparat kerajaan seperti Jabatan Peguam negara, SPRM, Bank Negara dan Polis untuk merealisasikan rancangan atau tindakan memaksa DS Najib meletakkan jawatan.

12. Walaupun rancangan tersebut gagal, namun imej serta persepsi terhadap DS najib semakin tercalar dan menjunam. Di media sosial misalnya, setiap posting PM itu di facebook dipenuhi oleh hashtag- yang mmencemoh Perdanna Menteri, malah tindakan itu dilapor oleh media antarabangsa, antaranya BBC, Bloomberg, Telegraph dan banyak lagi.

13. Setakat ini, memang mereka yang mahu Najib meletakkan jawatan berjaya memberi imej buruk kepada Perdana Menteri, namun masih ada yang percaya dan yakin, tindakan Perdana Menteri sejak menjadi perdana Menteri pada 3 April 2009, masih banyak kebaikan kepada rakyat secara keseluruhan berbanding keburukan.

14. Salah seorang Menteri Kabinet Persekutuan- Dato Rahman Dahlan pernah berkata bahawa DS Najib merupakan Perdana Menteri terbaik yang pernah ada. kerana tidak pernah berlaku di negara ini, bahawa seorang Perdana Menteri yang dikecam, namun tidak mengambil tindakan terhadap pengecam, malah PM itu senantiasa dalam keadaan bertahan. Jika keadaan yang dialami DS Najib berlaku sebelum beliau, sudah pasti, penjara Kamunting sudah penuh sesak. Tindakan yang pernah dilakukan DS Najib hanya menggunakan mahkamah, di mana sebelum ini tidak pernah berlaku, kerana sebelum itu, jika keadaan itu berlaku, maka jawapannya mudah, amankan pengacau dalam tahanan.

1 comment:

Anonymous said...

Artikel yg. BERNAS AYT!

Si PENGKHIANAT yg. aku syak TAK sabaq tengok anak dia dapat KUASA, KUASA......! Lepas tu bakal diraikan satu lagi, PARTI berKOSTUM yg. dipenuhi BETINA OMPUTIH lagilah oleh vincentPENJILAT dia! Lepas tu, PULAU mana pula no, dpt. si PENJILAT ni KEBAS!

Yg. heran tu. awat si PENGKHIANAT-gila-KUASA ni tak pula minta SPRM buka balik kes Pulau TIOMAN cthnya di mana disyaki tanah kampung BUMIPUTERA Islam/Melayu diPAKSA jual dgn. amat MURAH kat si Pendatang KAPIRDAJAL termasuk SingaPORK dan si PENJILAT si PENGKHIANAT Kedah ni (yg. bukan main lagi begitu galak dok raikan majlis harijadi si PENGKHIANAT ni dgn. BETINA-BETINA omputih berkostum termasuk yg. berbaju-ala-puak-SYAITAN)!

Sudah tiba masanya, para KETURUNAN penduduk kpg. Islam/Melayu kita termasuk di TIOMAN ini berhak dpt. KEADILAN dan PAMPASAN yg. sewajarnya!

Dan SPRM buka juga balik kes ini - lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini psl. si DALANG DUA MUKA PENGKHIANAT-no-1 di http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/08/warkah-buat-tun-mahathir-benarkah.html (walau telah dinafikan VincentPENJILAT tu, kenapa YAB PM kita boleh pula diSIASAT dgn. begitu KEJAM hanya berdasarkan FITNAH-FITNAH palsu berkaitan IMDB):

Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan Derma RM 400 juta Kepada @dapmalaysia?

Amin Yatim, Wednesday, August 5, 2015

Nek Tempoyak.

Blog Archive