Wednesday, August 12, 2015

Kemelut 1MDB: Tindakan Kerajaan Yang Mengundang Persepsi Negatif

1. Sudahlah persepsi negatif terhadap 1MDB yang menggunung, beberapa tindakan kerajaan yang mengundang persepsi negatif menambah parah lagi persepsi negatif terhadap 1MDB.

2. Tindakan memecat Peguam Negara- Tan Sri Gani Patil yang mengetuai Pasukan Khas menyiasat syarikat Kementerian Kewangan tersebut merupakan tindakan yang amat tidak popular, apatah lagi, pengganti beliau memansuhkan Pasukan Khas.

3. Siasatan Polis terhadap beberapa pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan menambah minyak pada api yang sedang marak. Oleh kerana persepsi negatif terhadap kerajaan bertambah-tambah kerana tindakan polis tersebut, maka IGP mengumumkan menangguhkan operasi agensi tersebut terhadap SPRM, selain itu, tindakan menukar dua pegawai kanan agensi pencegah rasuah tersebut yang ditukar sertamerta terpaksa dibatal pada Isnin.

4. 1MDB menjadi kemelut di negara ini, ekoran beberapa laporan negatif terhadap syarikat gergasi tersebut yang dibuat oleh agen Barat Sarawak reports dan surat khabar pro pembangkang The Age Malaysia. Oleh kerana laporan-laporan dua buah media itu, Sarawak Reports disekat untuk dibaca di Malaysia, manakala penerbitan bercetak The Age digantung 3 bulan.

5. 1MDB mendapat liputan meluas ekoran masalah kewangan yang dihadapi syarikat tersebut yang bermula hujung tahun lalu, kerana beberapa kali gagal membayar hutang sesuai dengan masa yang ditentukan. Oleh kerana masalah aliran tunai, maka syarikat yang berhutang RM42bilion tersebut terpaksa meminta bantuan RM2bilion daripada Ananda Khrisnan dan RM970juta daripada kerajaan.

6.1MDB yang ditubuhkan pada Februari 2009 bermodalkan RM1juta, namun atas jaminan kerajaan berjaya mendapatkan pinjaman daripada berbagai pihak termasuk meneribitkan bond jangka panjang. Tujuan pinjaman dan peberbitan bond tersebut adalah untuk membeli beberapa IPP yang dikuasai individu tertentu di Malaysia selain membayar beberapa bidang tanah milik kerajaan dan swasta di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

7. Pembelian IPP yang berjumlah RM18bilion dikatakan terlalu mahal, malah didakwa berlakunya "top-up price" untuk tujuan "kicks back". Dakwaan ini, sedang disiasat Ketua Audit Negara, PAC, dan pihak polis.

4 comments:

Anonymous said...

1.Letak jawatan najib

2.segala kemelut boleh diselesaikan jika letak jawatan

3.pilih lah sesiapa pun di kalangan ummo

4 .rakyat menanggung beban sekarang ni

5.umno tidak terkubur pada PRU akan datang

6.najib masih ada maruah jika letak jawatan hari ini

7.persiapan umno untuk pru akan datang bermula hari ini

8.majoriti rakyat minta najib letak jawatan

9.hanya rosmah dan golongan pengampu sahaja yang masih berdegil

10.lagi sekali, najib sila letak jawatan, pilihlah di kalangan umno sebagai PM baru!

Anonymous said...

Aku baca sana sini... baca penjelasan 1mdb dll....

Baru.paham ..... sebenarnya najib ada semua jawapan....

Tp yg pelik bin ajaib naper najib x mau jawab....

Kalau jawab stail.penerangan detail 1mdb tu...tu penerangan utk.org korporat... org korporat jaa yg paham....

Tp diversion dari pembangkang ni ada pada semua.level.dan lapisan rakyat...

Msia kini...msian insider...srwak report... the edge.. ohbulan.. dan mcm2 portal lg yg mewakilkan setiap level pemikiran dan intelektual rakyat...

Tp penerangan bn cuma sehala dan x veriety.... message tetap x sampai ke grass root...

Org umno sendiri baca msia kini dan like... tp baca bn fb dan najib fb x like... sbb apa?? Sbb berita siyok sendiri....

Mula2 tu cuba la jawab isu yg tgh panas yg dimainkan portal2.pembangkang.... lepas tu serang plak...

Ni x ceredik.langsung....

Bila najib x pandai jawab pd org kg.... maknakata najib bukan pemimpin msia yg baik...

dia cuma pandai jawab pd teknokrat saja... ala2 stateman bckap bibiq merahh.... kikiki...

Najib kene ingat dia pemimpin setiap.lapisan masyarakat msia... baik teknokrat... pekerja kilang... pekerja swasta... buruh... penoreh getah... bdak felda...dan penjual berger...

Jgn jadikan isu yg ada jawapan sebagai polimik politik yg boleh back fire...

Najib bukan pemimpin umno saja.... tp.pemimpin pd rakyat msia yg neutral dan x berpati juga...



Unknown said...

Masih tak boleh nampak lagi game Najib?Sedih!Aku tak tahu nak cakap apa lagi.

Anonymous said...

Admin ni nak panaskan balik perkara2 yg dah ada jawapan nampak. Dah x de idea ke? Tulis pula tu sebelah yg nampak negatif je. Ini x adil, jawapan kerajaan patut ditulis sekali. Kerajaan tentu ada rasional dibelakang tindakan yg diambil yg mana telah dipaparkan dimedia massa dan diblog2 yg lain. Adakah anda mahu mengkorup minda pembaca tanpa rasa berdosa?

Blog Archive