Sunday, July 05, 2015

Benarkah DS Najib Terima RM2.6 bilion?- Ambank Perlu Buat Kenyataan!!!

1. Dakwaan sebelum ini, bahawa sebahagian wang pinjaman 1MDB telah lesap, namun apabila sedikit demi sedikit penjelasan yang dilakukan berbagai pihak yang ada hubungan dengan syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut merungkai dakwaan tersebut, kini-mereka yang mahu DS Najib meletakkan jawatan, terpaksa membuat dakwaan peribadi yakni beliau menerima wang melalui akaun peribadi di Ambank berjumlah USD700 milion aka RM2.6bilion pada Mac 2013, menjelang PRU-13. 

2. Pihak pendakwa menyertakan akaun peribadi dengan nombor akaun sekali, dan seterusnya, menyatakan bahawa akaun peribadi tersebut telah ditutup pada Desiember tahun yang sama.

3. Nampak tak bagaimana penipuan itu berlaku? masa yang dibincang adalah mac 2013, yang dihubungkan dengan satu akaun, kemudian akaun itu telah ditutup, ertinya menyelusuri akaun tersebut untuk pemeriksaan sukar dilakukan oleh pihak ketiga. Hanya melalui kenyataan Ambank, bahawa nombor akaun yang dimaksudkan tidak pernah wujud. Itulah cara menghilangkan persepsi negatif kepada Perdana Menteri.

4. Hingga setakat ini, belum ada apa-apa kenyataan daripada pihak Ambank, sehingga persepsi atau anggapan, memang DS Najib menerima wang tersebut.

5. Para pemimpin UBN atau sesiapa sahaja termasuk Datuk Salleh Tun Said, perlu menggunakan networking mereka, untuk meminta Ambank mengeluarkan kenyataan, antara lain berhubung dengan Tan Sri Azman Hashim, untuk membantu merungkai nombor akaun tersebut, agar supaya tidak menjadi faktor yang benar-benar menyebabkan DS Najib "snook" tanjung.

6. Kenyataan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa satu siasatan terperinci, daripada SPRM, polis, dan Peguam Negara perlu dilakukan, hanya kenyataan politik, sebaliknya jawapan kepada isu ini hanya terletak kepada Ambank!!!

12 comments:

Anonymous said...

Najib patut menyaman pihak yang menuduh beliau menyonglap wang hutang 1MDB sebanyak RM 2.63 bilion jika Najib berada di pihak yang benar.

Hingga kini tak ada kenyataan rasmi dari AmBank bagi menafikan hal ini, malahan Najib hingga kini tak berani menyaman Sarawak Report, Wall Street Journal serta Tun Dr. Mahathir yang dituduh oleh Najib sebagai pihak yang berkonspirasi untuk menjatuhkannya.

Hal ini sangat serius, jika Najib tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak tersebut, maka benarlah Najib menyonglap wang hutang 1MDB itu.

Rakyat menunggu dan memberi masa kepada Najib hingga minggu hadapan untuk menyaman pihak-pihak yang berkaitan jika Najib di pihak benar. Jika tidak, memang benarlah Najib telah menyamun wang hutang 1MDB dan pihak berkuasa perlu tangkap dan soal siasat Najib serta heret Najib ke mahkamah untuk pertuduhan salah guna kuasa, menyeleweng, menipu, merompak, menyamun, mencuri wang hutang 1MDB berjumlah RM 2.63 bilion itu.

Sila ambil tindakan jika dipihak benar, bak kata orang tua-tua, berani kerana benar, takut kerana salah, kita lihatlah samada Najib berani atau takut untuk menjelaskan samada dia tak bersalah, atau dia seorang penyamun yang sangat dahsyat.

Anonymous said...

Pembetulan:

Najib patut menyaman pihak yang menuduh beliau menyonglap wang hutang 1MDB sebanyak RM 2.63 bilion jika Najib berada di pihak yang benar.

Hingga kini tak ada kenyataan rasmi dari AmBank bagi menafikan hal ini, malahan Najib hingga kini tak berani menyaman Sarawak Report, Wall Street Journal serta Tun Dr. Mahathir yang dituduh oleh Najib sebagai pihak yang berkonspirasi untuk menjatuhkannya.

Hal ini sangat serius, jika Najib tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak tersebut, maka benarlah Najib menyonglap wang hutang 1MDB itu.

Rakyat menunggu dan memberi masa kepada Najib hingga hujung minggu ini untuk menyaman pihak-pihak yang berkaitan jika Najib di pihak benar. Jika tidak, memang benarlah Najib telah menyamun wang hutang 1MDB dan pihak berkuasa perlu tangkap dan soal siasat Najib serta heret Najib ke mahkamah untuk pertuduhan salah guna kuasa, menyeleweng, menipu, merompak, menyamun, mencuri wang hutang 1MDB berjumlah RM 2.63 bilion itu.

Sila ambil tindakan jika dipihak benar, bak kata orang tua-tua, berani kerana benar, takut kerana salah, kita lihatlah samada Najib berani atau takut untuk menjelaskan samada dia tak bersalah, atau dia seorang penyamun yang sangat dahsyat.

Anonymous said...

Datuk Jahara Abdul Hamid, ADUN Teluk Air Tawar di Penang telah saman Lim Guan Eng kerana Lim Guan Eng memfitnah beliau sebagai nenek rasis.

Datuk Jahara berani bertindak menyaman Lim Guan Eng kerana beliau yakin beliau di pihak yang benar dan beliau pasti yang Lim Guan Eng memfitnah dirinya.

Malahan mahkamah pun dah memerintahkan Lim Guan Eng membayar RM 500,000.00 sebagai gantirugi kepada Datuk Jahara di atas jenayah fitnah oleh Lim Guan Eng itu.

Apakah Najib mempunyai kebenarian seperti Datuk Jahara, sedangkan Datuk Jahara ni hanyalah seorang perempuan. Sama-samalah kita nantikan hingga hujung minggu ini, kita lihat apakah Najib seorang Pahlawan Bugis seperti yang dicanangkan atau sekadar Pondan Tua Berkepala Botak yang pengecut dan seorang penyamun yang sangat sadis.

amanasyanti said...

Kepada yang suruh menyaman,
Tolong berikan prosedur kerja secara terpeinci bagaimana hendak menyaman dalam kes begini. Apakah bahan yang diperlukan? Berikan masa yang diperlukan untuk setiap proses.

Anonymous said...

Itu kerja lawyer Najiblah.

Anonymous said...

amanasyanti, itu kerja Najib dan lawyer dialah, sebelum ni pun dia dah saman Harakah pasal isu wang 1MDB, dia saman Harakah sebab dia tau Harakah tu jenis bengong, tulis guna nafsu, tak reti guna akal, sebab tu Najib berani saman Harakah, tapi sekarang ni pihak yang dituduh oleh Najib sebagai pihak yang memfitnah dan berkonspirasi nak jatuhkan Najib itu mereka ada banyak bukti, Najib pastinya takut nak kemukakan saman kerana dia bimbang makin banyak terbongkar.

Mungkin sebelum ini juak-juak Najib riang ria bila Xiaver Andre Justo ditangkap, malahan Najib pun berangan-angan nak lena dengan aman, tapi tiba-tiba terbongkar lagi pula kes baharu, itulah, perbuatan buruk tak akan diredhai, dan akan menerima pembalasannya.

Komen juak dan balaci Najib ni mencerminkan mentaliti low class mereka, tapi memang Najib cari manusia bodoh dan dungu, sebab senang dipergunakan, tapi Najib tak terfikir pula kot yang si dungu dan si bodoh yang jadi balaci dan pecacainya ni tak akan mampu nak bantu dia buat 'jawapan' bagi menjawab soalan yang diutarakan itu.

Anonymous said...

Nak saman pun kena ada bukti berfakta jugak..bukan boleh main hentam saja. Baru boleh menang....mahkamah perlukan fakta bukan andaian..mungkin DS Najib perlukan sedikit masa untuk para peguamnya kumpul bukti. Sabar sikit..

Anonymous said...

Anon 5 July 2015 at 18:05, kalau Najib saman Sarawak Report, Wall Street Journal, dan Tun Dr. Mahathir yang dituduh oleh Najib sebagai pihak yang bersekongkol untuk menjatuhkan dan memfitnah Najib, maka Najib hanya perlu kemukakan penyata bank, kemukakan pengakuan berkanun, malahan AmBank pun patut mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu, kemudian buat pengakuan berkanun, dan berikanlah bukti yang ada untuk menafikan hal ini.

Selainnya adalah tanggungjawab Sarawak Report, Wall Street Journal, dan Tun Dr. Mahathir untuk mengemukakan bukti-bukti bagi membela apa yang mereka nyatakan itu, dan Najib tentunya ada jawapan bagi setiap persoalan itu jika Najib benar-benar tidak menyamun wang hutang 1MDB yang berjumlah RM 2.63 bilion itu melalui akauan banknya di AmBank.

Jangan nak putar lagilah, patutnya esok pun Najib dah boleh kemukan saman, tapi saya yakini bahawa Najib takut untuk mengemukakan saman itu, dan ini akan menyerlahkan lagi integriti Najib memang tak boleh dipercayai dan Najib perlu ditangkap dan dibicarakan di mahkamah, kerana dia sendiri tak dapat kemukakan bukti yang dia tak songlap wang itu melalui penafian yang konkrit seperti penyata bank dan pengakuan berkanun serta tidakan menyaman pihak yang dia tuduh berkonspirasi untuk memfitnah dan menjatuhaknnya.

Berani kerana benar, takut kerana salah, kita lihatlah sampai hujung minggu ini, apakah Najib akan bersikap berani kerana dia dipihak yang benar, atau dia akan lari menyorok ketakutan seperti Program Nothing To Hide kerana dia memang bersalah menyamun wang hutang 1MDB itu.

Anonymous said...

Najib nak saman setelah siasatan selesai. Masa tu semua bukti dah diperolehi.

Anonymous said...

Kalau tuduh org berzina siapa kena bawa bukti n saksi? Kalau tuduh org mencuri or menipu siapa kena bawa bukti ? Cukupkah sekadar tuduhan tanpa bukti ? Kalau tipu disebut fitnah. Dosa besar seperti bunuh orang pada penuduh dan penyampai....

Anonymous said...

Anonymous said...
Kalau tuduh org berzina siapa kena bawa bukti n saksi? Kalau tuduh org mencuri or menipu siapa kena bawa bukti ? Cukupkah sekadar tuduhan tanpa bukti ? Kalau tipu disebut fitnah. Dosa besar seperti bunuh orang pada penuduh dan penyampai....

6 July 2015 at 10:38

-----------------------------------------

Dalam isu ini, pihak Wall Street Journal dah mempunyai bukti mengenai dokumen yang berkaitan, malah terdapat dokumen yang dipercayai terlibat dengan kegiatan penyonglapan ini telah disita dan dirampas oleh pihak pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh Pejabat Peguam Negara.

Najib menafikan pun kena ada bukti jugalah, macam kes berzina tadi, dia kena buktikanlah yang dia tak buat seperti pada masa dituduh itu, dia tak ada ditempat kejadian, dia di pejabat sedang mesyuarat, contohnya.

Dalam isu penyonglapan wang RM 2.63 bilion ini pun samalah juga, Najib perlu kemukakan bukti tak ada penyonglapan itu berlaku dengan pembuktian melalui kenyataan rasmi oleh pihak AmBank yang menafikan sebarang transaksi penyonglapan itu. Malahan Najib dan CEO AmBank patut ke Pejabat Pesuruhjaya Sumpah untuk membuat pengakuan berkanun bahawa semua tuduh itu dan benar.

Apakah Najib dan pihak AmBank berani melakukan tindakan ini? Hingga sekarang mereka hanya diamkan diri terutama AmBank. Kalau di pihak yang benar, sila ambil tindakan seperti yang saya terangkan tadi.

Anonymous said...

Diaorang tahulah apa nak buat. x payahlah nak kalut2, bukannya membantu tambah mengusutkan ada.

Blog Archive