Latest News

Skandal Mara Di Australia- Apa Peranan Datuk Shafie Apdal?

1. Empat nama disebut surat khabar The Age Australia, Pengerusi Mara Inc- Mohammad Lan Allani yang juga mantan ADUN Sabah, Ketua Eksekutif Mara Dato Halim Abdul Rahman, Yusof Gani, Ahmad Azizi dua-duanya peniaga yang diberi gambaran mempunyai kekayaan luar biasa kerana membeli apatment lima tingkat di atas harga tawaran AUD 17.8 milion dengan membayar AUD23.5 milion.

2. Bangunan lima tingkat dengan nama Dudley House Apartment tersebut dijadikan untuk penempatan pelajar tajaan MARA yang belajar di Universiti Monash.

3. Transkasi pembelian hartanah tersebut berlaku pada Mac 2013, sebelum PRU-13 dijalankan.

4. Ekoran pendedahan The Age, Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan pada Rabu mengatakan bahawa pendedahan tersebut merupakan maklumat tambahan, kerana pihak MARA sendiri sedang menjalankan siasatan dalaman berhubungan dengan pembelian tersebut.

5. Annuar juga memberi tahu media, bahawa Perdana Menteri telah meluluskan pembelian harta oleh MARA Inc melalui Tindakan Ekonomi negara termasuk pembelian Dudley House di Melbourne, Australia.

6. Melihat kepada transkasi tersebut, menurut Annuar nampak memang tidak berlaku sebarang salah laku, kerana proses pembelian tersebut telah melalui proses biasa, di mana ianya terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, kemudian diluluskan oleh Ahli Lembaga MARA dan kemudian diluluskan oleh Menteri yang bertanggung terhadap MARA- Datuk Mohd Shafie Apdal.

7. Melihat dokumen awal, menurut Annuar, MARA berfikir telah membeli hartanah tersebut dengan keuntungan kerana ditawarkan pada harga di bawah harga pasaran berasaskan laporan penilaian pihak ketiga berkaitan hartanah tersebut.(Laporan pihak ketiga tersebut tidak pula diumumkan).

8. Isu pembelian MARA tersebut menjadi pertikaian ekoran muflisnya pihak yang mendapat kontrak membina hartanah tersebut, kerana pihak pemilik hartanah yang menjual hartnah tersebut tidak membayar kepada John Bond sebagai kontraktor.

9. Melalui tindakan Bond, terdedahnya jaringan yang melibatkan dua peniaga Malaysia Yusof Gani dan Ahmad Azizi. Juga melalui pencarian Bond terbongkar bagaimana Ahmad Azizi dan dua anak beliau Erwin dan Erwan memandu Porche and Ferrari dan menjadi anggota club dua jenis kereta tersebut di Kuala Lumpur.

10. Bond juga dalam pencarian, mengapa beliau tidak mendapat bayaran yang menyebabkan beliau jatuh muflis, menemui bahawa satu syarikat dimiliki pembuat kek perkahwinan di Singapura dimana akaunnya digunakan sebagai akaun penyaluran "kicks back" pembelian Dudley House berjumlah AUD4.75milion.

11. Bukti akaun pemilik pembuat kek Singapura tersebut ditemui melalui penemuan agen Bond ( Odie Henzel) satu e-mail " Among a cache of documents, Henzel discovered a strange email. It was dated March 8, 2013 and sent by a man purportedly working for Malaysian government officials. It stated that in return for the Malaysian government agency MARA buying Dudley House, a payment of "AUS$4,785,000 in the form of introduction and consultancy fees" would have to be wired to a mysterious Singapore shelf company."

12. Pihak The Age juga telah menghubugi Mohd Lan, namun mantan Pengerusi MARA INC tersebut, menyatakan tidak beberapa ingat urusniaga tersebut, meskipun hanya berlaku 2 tahun lalu, apa yang mencurigakan, apabila pihak akhbar tersebut bertanyakan berkaitan "kicks back" AUD4.75 milion, Mohd Lan meletakan talian.

13. Jika berasaskan kenyataan Tan Sri Annuar Musa, bahawa pihak SPRM sedang menjalankan siasatan berkaitan urusniaga tersebut, dan seterusnya memberi jaminan, tidak akan berlaku sebarang "cover Up" dan seterusnya akan membawa sesiapa sahaja yang melakukan salah laku akan dihadapkan ke mahkamah.

14. Nampaknya isu pembelian anak syarikat MARA tersebut akan menjadi skandal kewangan bagi negara, selepas 1MDB.
Mohd Lan (Tengah)

15. Keterlibatan Datuk Mohd Shafie Apdal sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap MARA, sebahagian besar akan ditentukan oleh Mohd Lan Allani dan Dato Halim Abdul Rahman, kerana urusniaga yang melibatkan wang MARA di atas RM1juta selain wajib mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan juga wajib mendapat kelulusan daripada Menteri.

16. Sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya, mengapa berlaku pertambahan nilai AUD4.75milion daripada harga yang diluluskan pada Tahun 2012. Angka AUD17.8 yang dikemukakan kepada Perdana Menteri.

17. Annuar juga telah mengesahkan melalui sidang akhbar, bahawa MARA tidak tahu pertambahan bayaran tersebut. Persoalannya, bagaimana MARA boleh membayar lebih daripada AUD17.8milion?

10 Responses to "Skandal Mara Di Australia- Apa Peranan Datuk Shafie Apdal?"

Anonymous said...

Aku ingat kes ni selepas PRU13, masa annuar jadi bos MARA.
Annuar baru je hantar budak melayu 100 orang pergi belajar repair keseluruhan kapal terbang komersial.

Anonymous said...

lepas attack 1MDB dajjal2 ini attack pulak Tabung Haji.. lepas jahanam reputasi Tabung Haji mereka serang dan jahanamkan pula wajah MARA..
kenapa hanya organisasi yang melibatkan Bumi?
Hebat benar jaringan cawangan Dajjal Malaysia ini yg berjaringan seluruh dunia demi mahu menjatuhkan pemimpin Melayu..

Anonymous said...

Itulah orang Melayu kena istiqomah sokong UMNO. Dulu, kini dan selamanya, supaya agen dajal iaitu PR x mendapat tempat.

Anonymous said...

Komen komen pun bila di baca boleh gambarkan mentaliti pembaca blog....

Anonymous said...

Kalau najib berhenti, letak jawatan selesai segala masalah semua masalah mendatang ini adalah bala yg bukan di reka dan bukan di cipta.

Anonymous said...

Aku juga setuju, bala yang datang bukan direka-reka tetapi bala "Najib" sebagai PM kita. Dia mesti letak jawatan PM agar bala yang dibawanya ikut sama dia.

Selagi dia sebagai PM selagi itulah masalah skandal kewangan negara makin berleluasa.

Anonymous said...

Inilah yang berlaku apabila kerajaan yang ada tidak stabil atau tidak mendapat majoriti 2/3 di parlimen. Ramai kakitangan kerajaan peringkat tertinggi berani untuk melakukan perkara yang menyalahi etika kerja dan juga penipuan.
Mengambil kesempatan dan ada juga yang mengugut atas keadaan kerajaan yang tak kukuh. Jika kehendak mereka tidak dipenuhi mereka akan mengalihkan sokongan. Apabila rahsia terbongkar semuanya dihalakan kepada Perdana Menteri.
Semudah itu kita membuat tuduhan hanya berdasarkan persepsi semata-mata. Semudah itulah juga kita terutama orang Melayu mempercayainya tanpa merisiknya terlebih dahulu. Malas untuk berfikir.

Anonymous said...

Apa yg berlaku tu x de kena mengena dengan Najib. Orang lain yg buat orang lain yg kena getah pe hal? 1MDB tu yg urus CEO dan kakitangan dia, Najib cuma chairman. MARA pun sama. Apapun biar siasat dahulu entah2 macam 1MDB ada maklumat palsu. Sekarang zaman dajal. Agennya ialah Pakatan rakyat terutama DAP.

Jeanne Xavier said...

Hi nama saya Jeanne Xavier dan saya seorang wanita dari Kanada, saya bekerja dengan pemerintah Kanada untuk jangka waktu yang sangat lama dan saya mampu untuk mendapatkan begitu banyak uang selama waktu saya di kantor yang dibuat berjumlah $800,000,000. dan karena itu saya memutuskan untuk berinvestasi pada pinjaman pribadi bisnis untuk membantu memecahkan masalah-masalah keuangan saya sesama manusia. saya memutuskan untuk memberikan pinjaman apapun di 2%, jadi jika Anda tertarik untuk mendapatkan manfaat dari perusahaan saya Anda dapat menghubungi perusahaan saya melalui email: jeannexavier111@gmail.com

ezzat said...

Agen dajal pr kepala bapak ko..klu xda pr dedah semua ni. Makin kaya la org besar umno dlm mara tu ..mak bapak ko dpt brim saja

Blog Archive