Showing posts with label Skandal Mara. Show all posts
Showing posts with label Skandal Mara. Show all posts

Saturday, June 27, 2015

Dudley International House: Siapa Dalang?

1. Diketahui bahawa broker pembelian Dudley International House di Timur Caufield, Melbourne, Australia adalah anak kepada Azizi Yom Ahmad, Erwin Azizi. Erwin merupakan salah seorang pengarah Biosis bhd, di mana pengerusi syarikat tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairul Azwan Harun (Azwan Bro).

2. Erwin seorang pemuda pencinta kereta mewah Porsche anak kepada Azizi salah seorang pemaju Dudley International house. 

3. Isu pembelian Dudley International House menjadi perhatian, apabila kontraktor yang membina bangunan 5 tingkat tersebut diistiharkan muflis, kerana tidak mendapat bayaran daripada pemaju.

4. Menurut The Age, harga asal bangunan tersebut adalah USD17.8 milion, namun dijack up kepada AUD22.5 milion. Tindakan ini digambarkan oleh surat khabar tersebut, sebagai tindakan "super kaya" oleh tiga individu daripada Malaysia, dan menyebut Pengerusi Mara Inc- Mohd Lan Allani, Ceo syarikat tersebut Dato Halim Abdul Rahman dan seorang peniaga Yusof Gani.

5. Apa yang pelik, menurut Pengerusi Mara yang baru- Tan Sri Annuar Musa, melalui lawatan beliau pada mei 2014, beliau meneui "sesuatu yang pelik" dan penemuan itu beliau telah laporkan kepada Lembaga Pengarah Mara, atas sebab laporan tersebut, maka satu siasatan dalaman telah bermula, namun tidak diketahui hasil siasatan tersebut, sehinggalah The Age membuat laporan eklusif.

6. Kini, keadaan kelam kabut berlaku, sehingga cara menjawab isu itu juga kelam kabut. Malah, Annuar cuba memperlahan isu, dengan menggambarkan, bahawa MARA tidak mengalami kerugian melalui pembelian tersebut, meskipun dibayar berasas "jack up", kerana nilai bangunan itu telah meingkat kepada AUD27milion.

7. Annuar juga memberitahu, bahawa penilaian pihak ketiga terhadap bangunan tersebut sebelum dibeli adalah AUD26milion, dan pembelian AUD22.5milion tidak dicabar oleh pemberi pinjaman perbankan antarabangsa.

8. Annuar juga mengakui, bahawa MARA tidak mengetahui berlakunya "jack up" price, kerana melihat kepada penilaian bangunan tersebut berbanding pembelian, sebenarnya MARA INC membeli pada harga di bawah harga pasaran.

9.Apa yang dilihat kini, apa kah benar, berlaku "kicks back" sepertimana laporan The Age dan wang tersebut disalurkan pada satu akaun yang mencurigakan milik pembuat kek perkahwinan di Singapura. Wang "kicks back" tersebut dibayar dikatakan berpunca daripada tagihan daripada syarikat dari Malaysia di mana bayaran tersebut berbentuk bayaran "introduction and consultancy fees".

10. Apa kah dakwaan The Age akan serupa dengan rekayasa Sarawak reports berkaitan 1MDB? sama-sama kita tunggu hasil siasatan SPRM.

Friday, June 26, 2015

Dudley International House: Dalang Dikenal Pasti

1. Pihak MARA sekurang-kurangnya sudah mengenal pasti dalang "jack up" harga pembelian Dudley International House di Timur Caufield, Melbourne oleh anak syarikat MARA- Mara Inc Sdn. Bhd. Namun, ianya perlu disiasat terperinci oleh pihak SPRM.

2. Dalam pekembangan yang sama Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa menyerahkan beberapa dokumen berkaitan pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh anak syarikatnya tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

3. Beliau yang hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 12.10 tengah hari, Jumaat untuk menyerahkan dokumen itu kepada Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Jamidan Abdullah, bagi membantu siasatan kes tersebut.

4. Dalam kenyataan ringkas Annuar berkata pihaknya sudah mengenal pasti dalang di sebalik kes itu, 

5. Pembelian bangunan 5 tingkat tersebut menjadi isu apabila Akhbar Australia, The Age melaporkan seorang pegawai tinggi Mara, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.

6. Menurut akhbar itu 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

7. Ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan itu dikenali 'Dudley International House', daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

8. Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli oleh Mara yang menyediakan biasiswa pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.

9. Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar Mara di Monash University.

Thursday, June 25, 2015

Dudley International House: Menteri Jaga MARA Berdiam Diri?

1. Kalau bukan laporan The Age Australia, rakyat Malaysia tidak akan tahu, bahawa satu bangunan lima tingkat di beli di Melbourne, Australia bernilai RM65 juta (AUD22.5 milion). 

2. Pembelian bangunan lima tingkat itu menjadi kontraversi, apabila berlaku "jack up" harga daripada AUD17.8 milion harga asal, di mana harga tersebut dipersetujui Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Lembaga Pengarah Mara, dan juga Menteri yang menjaga MARA.

3.Hanya kerana kontraktor yang membina bangunan lima tingkat tersebut tidak mendapat bayaran, dan diistiharkan muflis, walaupun penjualan bangunan tersebut mencatit rekod penjualan mahal bagi hartnah serupa di kawasan di mana bangunan itu berlokasi.

4. Oleh kerana kontraktor bangunan itu di bawa ke mahkamah, maka terdedah berbagai transaksi yang berkaitan penjualan bangunan tersebut.

5. Antara transaksi tersebut adalah bayaran "kicks back' pada satu akaun misteri yang dimiliki pembuat kek perkahwinan di Singapura berjumlah AUD4.75 milion, yang dikaitkan dengan Pengerusi MARA Inc- Mohd Lan Allani, CEO syarikat tersebut- Dato Halim Abdul Rahman dan dua peniaga Malaysia Yusof Gani dan Ahmad Azizi serta dua anaknya Erwin dan Erwan Ahmad.

6. Mohd Lan merupakan mantan ADUN Sulabayan Sabah dan Bendahari Umno Semporna yang diketuai Datuk Mohd Shafie Apdal, yang juga Menteri yang menjaga MARA.

7.Dengan terbongkarnya skandal pembelian Mara Inc pada 23 jun, hanya Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa dan Perdana Menteri memberi komen berkaitan urusniaga tersebut.

8. Semalam dalam satu sidang akhbar yang diadakan Pengerusi MARA tersebut, menyatakan bahawa satu siasatan dalam sudah berjalan sejak dua minggu lalu, manakala laporan The Age merupakan satu maklumat tambahan. Annuar juga memberitahu, siasatan dalaman tersebut ada hubungan dengan lawatan beliau pada Mei tahun lepas terhadap bangunan tersebut, dan melalui lawatan tersebut beliau "mendapat' sesuatu maklumat yang "tidak betul".

9. Sebagai rekod, pembelian bangunan lima tingkat tersebut, berlaku sebelum Annuar dilantik sebagai Pengerusi MARA. Pengerusi MARA sebelum itu Dato Idris Jusoh, kini Menteri Pendidikan-II.

10. Menurut Annuar dalam sidang akhbar pada Rabu, pembelian bangunan tersebut diluluskan pada akhir Tahun 2012, dengan harga AUD17.8 milion, namun pertambahan AUD4.75milion tidak diketahui Lembaga Pengarah MARA. Jika demikian, siapa yang meluluskan tambahan tersebut? Biasanya, jika sesuatu pembelian diputuskan dengan jumlah tertentu, jika ada tambahan, maka hanya Menteri yang menjaga sahaja yang boleh meluluskan bajet tambahan.

11. Bajet tambahan boleh dicadangkan oleh CEO bersama-sama dengan Pengerusi, kemudian cadangan tersebut perlu diluluskan oleh Menteri, jika tidak mahu dihantar kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan. Benar kah senario ini yang ditempoh? Jika benar, maka, pihak SPRM perlu menumpukan siasatan kepada Pengerusi MARA Inc dan CEO syarikat tersebut.

Hartanah Melbourne: Najib Perlu Preemptive

Asrama Pelajar Tajaan MARA-Dudley International House-Timur Caufield, Melbourne
1. Tindakan awal atau preemptive perlu dilakukan oleh Perdana Menteri bagi membuktikan kepada rakyat, bahawa kerajaan tiada kompromi bagi mereka yang melakukan perbuatan menguntungkan diri sendiri.

2. Skandal pembelian Dudley International House di Timur Caulfield, Melbourne, Australia oleh anak syarikat MARA, Mara Inc Sdn Bhd yang dikatakan diunjur naik daripada AUS17.8 milion ke AUS22.5 milion tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah MARA, sepertimana kenyataan Pengerusi majlis tersebut Tan Sri Annuar Musa pada Rabu, menunjukkan satu tindakan "straight Forward" telah berlakunya salah guna kuasa.

3. Laporan The Age, surat khabar Australia satu surat khabar yang mempunyai kewibawaan, yang turut memuatkan bahawa lebihan AUS4.75 million telah dibayar kepada satu akaun mencurigakan di Singapura, di mana akaun tersebut dikaitkan dengan pengerusi MARA Inc dan CEO majlis tersebut selain dua peniaga rakyat Malaysia.

4. Memang undang-undang menyatakan, bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah, namun, dalam hal pembelian tersebut, jelas telah bercanggah dengan keputusan Majlis Ekonomi Negara dan Kementerian kewangan, selain tidak mendapat kelulusan daripada lembaga pengarah.

5. Memang benar, pihak SPRM dan MARA sedang menyiasat, namun satu tindakan drastik perlu dilakukan, demi memelihara integriti kerajaan.

6. Pihak berkuasa perlu bertindak cepat, termasuk menggantung para pegawai yang terpalit daripada tugasan sehingga penyiasatan selesai, jika tidak para pegawai yang terpalit tersebut boleh sahaja bertindak menghapus bukti-bukti atau merakayasa bukti-bukti bagi menunjukkan bahawa tindakan mereka betul.

Wednesday, June 24, 2015

Skandal Mara Di Australia- Apa Peranan Datuk Shafie Apdal?

1. Empat nama disebut surat khabar The Age Australia, Pengerusi Mara Inc- Mohammad Lan Allani yang juga mantan ADUN Sabah, Ketua Eksekutif Mara Dato Halim Abdul Rahman, Yusof Gani, Ahmad Azizi dua-duanya peniaga yang diberi gambaran mempunyai kekayaan luar biasa kerana membeli apatment lima tingkat di atas harga tawaran AUD 17.8 milion dengan membayar AUD23.5 milion.

2. Bangunan lima tingkat dengan nama Dudley House Apartment tersebut dijadikan untuk penempatan pelajar tajaan MARA yang belajar di Universiti Monash.

3. Transkasi pembelian hartanah tersebut berlaku pada Mac 2013, sebelum PRU-13 dijalankan.

4. Ekoran pendedahan The Age, Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan pada Rabu mengatakan bahawa pendedahan tersebut merupakan maklumat tambahan, kerana pihak MARA sendiri sedang menjalankan siasatan dalaman berhubungan dengan pembelian tersebut.

5. Annuar juga memberi tahu media, bahawa Perdana Menteri telah meluluskan pembelian harta oleh MARA Inc melalui Tindakan Ekonomi negara termasuk pembelian Dudley House di Melbourne, Australia.

6. Melihat kepada transkasi tersebut, menurut Annuar nampak memang tidak berlaku sebarang salah laku, kerana proses pembelian tersebut telah melalui proses biasa, di mana ianya terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, kemudian diluluskan oleh Ahli Lembaga MARA dan kemudian diluluskan oleh Menteri yang bertanggung terhadap MARA- Datuk Mohd Shafie Apdal.

7. Melihat dokumen awal, menurut Annuar, MARA berfikir telah membeli hartanah tersebut dengan keuntungan kerana ditawarkan pada harga di bawah harga pasaran berasaskan laporan penilaian pihak ketiga berkaitan hartanah tersebut.(Laporan pihak ketiga tersebut tidak pula diumumkan).

8. Isu pembelian MARA tersebut menjadi pertikaian ekoran muflisnya pihak yang mendapat kontrak membina hartanah tersebut, kerana pihak pemilik hartanah yang menjual hartnah tersebut tidak membayar kepada John Bond sebagai kontraktor.

9. Melalui tindakan Bond, terdedahnya jaringan yang melibatkan dua peniaga Malaysia Yusof Gani dan Ahmad Azizi. Juga melalui pencarian Bond terbongkar bagaimana Ahmad Azizi dan dua anak beliau Erwin dan Erwan memandu Porche and Ferrari dan menjadi anggota club dua jenis kereta tersebut di Kuala Lumpur.

10. Bond juga dalam pencarian, mengapa beliau tidak mendapat bayaran yang menyebabkan beliau jatuh muflis, menemui bahawa satu syarikat dimiliki pembuat kek perkahwinan di Singapura dimana akaunnya digunakan sebagai akaun penyaluran "kicks back" pembelian Dudley House berjumlah AUD4.75milion.

11. Bukti akaun pemilik pembuat kek Singapura tersebut ditemui melalui penemuan agen Bond ( Odie Henzel) satu e-mail " Among a cache of documents, Henzel discovered a strange email. It was dated March 8, 2013 and sent by a man purportedly working for Malaysian government officials. It stated that in return for the Malaysian government agency MARA buying Dudley House, a payment of "AUS$4,785,000 in the form of introduction and consultancy fees" would have to be wired to a mysterious Singapore shelf company."

12. Pihak The Age juga telah menghubugi Mohd Lan, namun mantan Pengerusi MARA INC tersebut, menyatakan tidak beberapa ingat urusniaga tersebut, meskipun hanya berlaku 2 tahun lalu, apa yang mencurigakan, apabila pihak akhbar tersebut bertanyakan berkaitan "kicks back" AUD4.75 milion, Mohd Lan meletakan talian.

13. Jika berasaskan kenyataan Tan Sri Annuar Musa, bahawa pihak SPRM sedang menjalankan siasatan berkaitan urusniaga tersebut, dan seterusnya memberi jaminan, tidak akan berlaku sebarang "cover Up" dan seterusnya akan membawa sesiapa sahaja yang melakukan salah laku akan dihadapkan ke mahkamah.

14. Nampaknya isu pembelian anak syarikat MARA tersebut akan menjadi skandal kewangan bagi negara, selepas 1MDB.
Mohd Lan (Tengah)

15. Keterlibatan Datuk Mohd Shafie Apdal sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap MARA, sebahagian besar akan ditentukan oleh Mohd Lan Allani dan Dato Halim Abdul Rahman, kerana urusniaga yang melibatkan wang MARA di atas RM1juta selain wajib mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan juga wajib mendapat kelulusan daripada Menteri.

16. Sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya, mengapa berlaku pertambahan nilai AUD4.75milion daripada harga yang diluluskan pada Tahun 2012. Angka AUD17.8 yang dikemukakan kepada Perdana Menteri.

17. Annuar juga telah mengesahkan melalui sidang akhbar, bahawa MARA tidak tahu pertambahan bayaran tersebut. Persoalannya, bagaimana MARA boleh membayar lebih daripada AUD17.8milion?

Blog Archive