Thursday, June 25, 2015

Hartanah Melbourne: Najib Perlu Preemptive

Asrama Pelajar Tajaan MARA-Dudley International House-Timur Caufield, Melbourne
1. Tindakan awal atau preemptive perlu dilakukan oleh Perdana Menteri bagi membuktikan kepada rakyat, bahawa kerajaan tiada kompromi bagi mereka yang melakukan perbuatan menguntungkan diri sendiri.

2. Skandal pembelian Dudley International House di Timur Caulfield, Melbourne, Australia oleh anak syarikat MARA, Mara Inc Sdn Bhd yang dikatakan diunjur naik daripada AUS17.8 milion ke AUS22.5 milion tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah MARA, sepertimana kenyataan Pengerusi majlis tersebut Tan Sri Annuar Musa pada Rabu, menunjukkan satu tindakan "straight Forward" telah berlakunya salah guna kuasa.

3. Laporan The Age, surat khabar Australia satu surat khabar yang mempunyai kewibawaan, yang turut memuatkan bahawa lebihan AUS4.75 million telah dibayar kepada satu akaun mencurigakan di Singapura, di mana akaun tersebut dikaitkan dengan pengerusi MARA Inc dan CEO majlis tersebut selain dua peniaga rakyat Malaysia.

4. Memang undang-undang menyatakan, bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah, namun, dalam hal pembelian tersebut, jelas telah bercanggah dengan keputusan Majlis Ekonomi Negara dan Kementerian kewangan, selain tidak mendapat kelulusan daripada lembaga pengarah.

5. Memang benar, pihak SPRM dan MARA sedang menyiasat, namun satu tindakan drastik perlu dilakukan, demi memelihara integriti kerajaan.

6. Pihak berkuasa perlu bertindak cepat, termasuk menggantung para pegawai yang terpalit daripada tugasan sehingga penyiasatan selesai, jika tidak para pegawai yang terpalit tersebut boleh sahaja bertindak menghapus bukti-bukti atau merakayasa bukti-bukti bagi menunjukkan bahawa tindakan mereka betul.

No comments:

Blog Archive