Latest News

1MDB Kenapa Dibenci? (Bahagian 4)

1. Mengapa 1MDB dibenci? antara sebabnya, persoalan bagaimana syarikat milik MOF tersebut boleh mendapatkan pinjaman sehingga RM42bilion.

2. Sebab 1MDB dibenci, atas sebab kenapa boleh membeli tanah kerajaan dikatakan murah,bagi tanah TRX dan Tanah bekas lapangan terbang Sungai Besi.

3. Sebab 1MDB dibenci kerana membeli tiga IPP (Powertek, KLPP dan Jimah) serta mengambil alih pinjaman RM6bilion dengan harga RM18bilion.

4. Kenapa 1MDB dibenci, kerana dikatakan mempunyai aset RM52bilion, namun mempersoalkan, bagaimana aset itu boleh mencapai nilai tersebut.

Para 1. 1MDB boleh mendapat loan sejumlah itu, sedangkan modal hanya RM1juta. Dipersoalkan siapa yang meluluskan pinjaman seumpama itu? Biasanya, yang dikategorikan meluluskan adalah si peminjam, sementara yang meminjam hanya melakukan permohonan. Apa kah pemohon perlu juga kelulusan? Peminjamn tahu benar, bahawa 1MDB tiada bisnes yang sudah berjalan, yang ada hanya perancangan bisnes. Pihak peminjam bersedia meminjamkan duit pada satu syarikat yang hanya mempunyai wang RM1juta, ertinya, pihak peminjam yakin dengan plan bisnes syarikat tersebut, atas sebab itu sanggup beri pinjaman. Setidak-tidaknya itulah lojiknya. Mungkin ada kebenaran, bahawa pinjman 1MDB mendapat jaminan daripada kerajaan, namun meluluskan pinjaman, langsung tiada kena mengena dengan siapa dibelakang 1MDB, melainkan yang meluluskan pinjaman adalah siempunya duit. Terlalu bodohlah sipemilik duit memberikan pinjaman kepada satu entiti yang tidak boleh membayar balik pinjaman.

Para2. 1MDB milik sepenuhnya Kementerian Kewangan, ertinya milik kerajaan juga. Tanah TRX dan Sungai besi milik kerajaan. Samada memberikan percuma atau menjualnya dengan harga token, bukan masalah, kerana kuncinya, kemanapun duit hasil jualan tersebut masuk, tetap masuk dalam akaun kerajaan. Jika 1MDB menjual dengan harga mahal, kemana duit itu pergi, tentu ke dalam akaun 1MDB. Siapa pemilik 1MDB? Kementerian Kewangan. Kementerian Kewangan milik siapa- Kerajaan Malaysia. Persoalan, jika 1MDB menjual tanah sama dengan harga yang dibelinya kepada Lembaga Tabung Haji misalnya, LTH bukan milik kerajaan, kerajaan hanya mentabir urus lembaga itu, LTH kepunyaan para penyimpan. Siapa para penyimpan, mereka adalah terdiri daripada para indvidu. Adilkah, menjual tanah kerajaan kepada syarikat milik pengguna? mungkin bagi pelanggan LTH dapat untung, bagaimana pula rakyat yang bukan pelanggan LTH? adil kah pada mereka? Inilah satu persoalan yang tidak diurai oleh pengeritik 1MDB yang menjual tanah kepada TH Property sejumlah RM188.5 juta bagi keluasan 1.6 hektar tanah TRX. Tun Dr Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri, seharusnya tidak menyembunyikan faktor ini, hanya semata-mata mengaburi mata rakyat untuk menimbulkan kebencian kepada 1MDB dan sekaligus kepada Perdana Menteri.

Para 3. 1MDB beli tiga IPP dengan harga RM18bilion. Konon, kalau ditunggu, konsensi itu tamat, maka harga akan murah, kerana infra yang dimiliki IPP tersebut akan jadi besi buruk. Benar kah demikian? Sesuatu keputusan bodoh bagi pemilik IPP tersebut membiarkan hartanya yang bernilai menjadi besi buruk. Demikian juga kerajaan akan bertindak bodoh jika membiarkan IPP itu lupus begitu sahaja. Ramai menyembunyikan bahawa tindakan 1MDB mengambil alih 3 IPP tersebut, telah memungkinkan penurunan tarif litrik pada tahun 2015, sedangkan menurut konsensi tarif litrik perlu naik pada Tahun 2014. Ramai menyembunyikan bahawa melalui pembelian IPP tersebut telah terselamat RM19bilion subsdi setahun. Dimana subsidi tersebut masuk poket pemilik IPP.

Para 4. Para pengeritik 1MDB mempersoalkan, bagaimana aset 1MDB boleh sampai RM52 bilion? Aset bernilai RM52 bilion tersebut terlihat pada harta yang dimiliki syarikat tersebut. Ertinya nilai itu telah menjadi milik 1MDB sekaligus milik MOF dan kemudian milik Kerajaan dan rakyat. Untuk mendapatkan harta sejumlah itu, tentu perlu kos, dan kos yang terlibat berjumlah RM5.8bilion, jika kos sebesar itu tidak diguna, sudah tentu 1MDB tidak akan dapat mengumpul harta sejumlah RM52 bilion, atau dalam istilah ekonomi akibat kos melepas RM42 bilion, maka dapat harta RM52bilion, tanpa kos melepas itu, 1MDB hanya bernilai RM1juta, modal awal yang disalurkan kerajaan.

BERSAMBUNG

12 Responses to "1MDB Kenapa Dibenci? (Bahagian 4)"

Anonymous said...

Pembelian ipp sepatutnya lebih murah kerana kontrak asal dengan pemilik asal ipp menghampiri tarikh lupus maksudnya dah sampai penghujung 25 tahun kontrak antara pemilik ipp dengan kerajaan

Persoalan nya;

Kenapa beli ipp ini begitu mahal sedangkan kontrak jual tenaga ni hampir tamat? Kenapa tidak biarkan sahaja kontrak tamat dan sudah tentulah boleh dibeli murah termasuklah hak cipta milik ipp ini.

Siapakah yg mendapat laba dan komisyen hasil penjualan ipp yg mahal ini? Adakah mereka yg mendapat komisyen ini sah? Halal? Diperakui mengikut undang2?

Anonymous said...

Aku lebih percaya cakap Tun M dari Najib.

Anonymous said...

HOI BODOH KALAU KAU TAU SAPE DAPAT KOMISEN DEDAHKAN LA BODOH PUNYA PENCACAI PKR PENJILAT BURIT DAP. CUBA KAU BONGKAR PENYELEWENGAN DI P PINANG DAN SELANGOR PULAK.

Anonymous said...

1.Kalau 1MDB bagus kenapa perlu bubarkan?
2. Asset apa yg 52B ? Tanah kerajaan yg diperolehi dengan harga yg rendah?
3. Kenapa perlu meminta standby credit 950m kalau 1MDB bagus sangat?

Anonymous said...

Ingatlah chai Allah amat benci mereka yg memakan riba itu haram, di suapkan pula pada anak isteri ahli keluarga perhhhghh berringkat tingkat lah bala yg menimpa

Anonymous said...

Malas nak komen panjang jadi petik satu je lah. Blog ini menulis:

"Terlalu bodohlah sipemilik duit memberikan pinjaman kepada satu entiti yang tidak boleh membayar balik pinjaman."

Malah memang sudah terbukti memang IMDB tak mampu membayar pinjaman! Bukan sekali. Bukan dua kali. Tapi TIGA kali. Pertama terpaksa pinjam 2 bilion + dapat standby credit kerajaan hampir 1 bilion pulak lagi. Kedua terpaksa rembat duit Tabung Haji. Ketiga terpaksa Kementerian Kewangan jual sesuatu kepada Abu Dhabi yang kia tak diberitahu apakah bendanya.

Soalan tokey blog tanya. Dah terjawab. Yang lain pun, begitu juga, cuma malas saya nak perincikan. Baca dan siasat sendiri sajalah.

Anonymous said...

Nak kata Tun M bagus sangat tak la. Kalau dia pikir pasal rakyat kena dia benarkan anak didik dia Proton bayar RM60juta untuk sebuah kereta prototype. Buat sebuah kereta sampai RM60juta. Bukan kereta baru tapi kereta yang dimodifikasi dari model Honda.
Boleh pulak anugerah project design kepada DreamEdge kepunyaan anak angkatnya. Company yang tak ada apa apa pengetahuan boleh dapat anugerah project berjuta juta. Akhirnya engineer engineer diProton yang terpaksa buat. Satu pembaziran disitu.
Proton dari dulu sampai sekarang penuh dengan rasuah dan pengambilan komisen antara kroni kroni. Itu yang buat Proton and terus merundum selagi taik taik yang ada dalam Proton ini tidak dicuci. Nak harapkan DRM Hicom sebagai ownership memang tak boleh pakai langsung. DRM Hicom hanya tahu makan duit tapi tak tahu bagaimana nak kembangkan business Proton. Lihatlah Proton yang mana setiap tahun pengeluarannya merundum. Tak lama lagi boleh buat jual jadik besi buruk.
Sekiranya Tun M hendak memperbetulkan keadaan, sila betulkan masalah dalaman Proton tu dulu. Ramai yang berkerja secara jujur diProton dipaksa meninggalkan syarikat supaya kroni kroni ini tidak diganggu.

Anonymous said...

"Ramai yang berkerja secara jujur diProton dipaksa meninggalkan syarikat supaya kroni kroni ini tidak diganggu."

Ayat ni kalau tak silap dpetik dari komentar bloger sukarelawan (tiada bayaran , demi alif ba ta) anti Najib kemudian di ubah ikut selera bloger upahan (dibayar) pro ahjibgor (dan sekutunya)

Maka boleh lah kita ambil kesimpulan diumpama meniru ketika peperiksaan mendapat soalan bocor, jawapan pun bocor!

Chai ahjibgor ni, dah lah tak boleh jawab, meniru plak dan senjata terakhir adalah cacian dan maki hamun!

Jadilah manusia chai ooooi.

Zahar Ahad said...

Saya syorkan buat vedio clip 1MDB supaya lebih senang di faham rakyat..

Anonymous said...

sy tetap sokong Tun.ckp lh apa kmu nk ckp encik blogger.kenyataan smua org thu Tun lbih bgus dri Najib.klau Najib bgus knp x nak dtg Nothing To Hide?ada something to hide ek?
SAYA SOKONG TUN M.

Anonymous said...


Sorry bro.. wa yang pernah kerja dalam proton and pernah kena buang pasal kroni kroni terganggu pocket mereka.. so jangan nak tuduh wa nie machai kepada ajibgor.. wa bukan machai najib or tun.. both have thier own kroni which i totally disagree.. what done was for company and not for individual.. sorry to said la.. all malaysia paid more money for the scrap car like proton due to this kroni.. if we cut this kroni all malaysian can get more cheaper car and more quality car from proton.. please request external audit to audit this proton.. many of the staff know about it but many of them won't talk about it cause don't want miss sorru same like me.. hahaha.. alang alang dah miss sorru baik aku bocor segala info pasal proton & kroni...

Anonymous said...

Anon 1038, Najib x dtang atas nasihat PDRM kerana faktor keselamatan. Baru ni saya terbaca fasal kabinet nak adakan jamuan buka puasa dan jemput semua mantan PM termasuk Tum. Rasanya inilah peluang utk beramah mesera dengan ahli2 kabinet dan juga PM kan. Tapi difahamkan Tun x datang. So apa komen anon fasal ni? Adakah kerana nothing to ask sebab semua soalan dah dijawab?

Blog Archive