Latest News

Isu 1MDB Bom Atom Yang Bakal Meledak

1. Isu 1MDB bagaikan bom atom yang bila-bila masa meledak. Kini, uap dan asap, permulaan kepada ledakan itu, bukan samar-samar lagi, akan tetapi nampak kelihatan.

2. Jika sebelum ini, hanya panas dalam sekam, namun kerana asap mulai keluar, maka bukan sahaja rakyat di bandar, malah di perkampungan juga mulai nampak asap itu.

3. Kepulan asap 1MDB semakin memuncak, apabila melibatkan Lembaga Tabung Haji (LTH), kerana LTH merupakan satu institusi yang terlalu dekat dengan semua lapisan rakyat, baik miskin mahupun yang kaya.

4. Akibat pengelibatan LTH, kerana bersandarkan kepada "pelaburan", kini rakyat mula mengerti kemelut yang dihadapi syarikat gergasi milik Kementerian Kewangan yang ditubuhkan sebaik sahaja Dato Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.

5. Syarikat gergasi yang menanggung hutang mencecah RM42 bilion itu, di mana diperkirakan sejumlah RM20 bilion dipegang oleh agensi-agensi seperti LTH, LTAT, KWAP, KWSP, jika ditakdirkan lingkup, maka badan-badan inilah yang mengalami kerugian, dan secara kebetulan, semua agensi itu merupakan harapan besar rakyat sebagai agensi yang menyimpan tabungan hari tua.

6. Ekoran kemelut yang dihadapi 1MDB dan terlibatnya LTH, maka para pemimpin yang sebelum ini telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, sudah mula bersuara. Ketua Pemuada Umno Khairy Jamaluddin, Naib Presiden Umno Dato Shafie Apdal, malah Timbalan Perdana Menteri sudah turun menyatakan kebimbangan mereka.

7. Bukan sahaja pemimpin utama Umno telah bersuara, malah ramai sudah pemimpin Umno lapisan kedua, seperti Ketua Pemuda Johor dan Perak sudah menyatakan kerisauan.

8. Juga yang merasa risau, bahawa isu 1MDB akan meledak, maka akan mengancur leburkan Umno, termasuklah Pengerusi PAC Datuk Jazlan Mohd Rahmat, mantan Timbalan Menteri Dato Saifuddin Abdullah, malah yang paling kritikal adalah Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

9. Apa yang paling kritikal kini, kenyataan Timbalan Perdana Menteri daripada jauh, iaitu di Milan, Itali. Kenyataan itu, semacam episod Singapura berulang semula, di mana pada masa itu Tan Sri Muhyiddin memilih Singapura untuk membuat kenyataan, bahawa Dato Seri Abdullah Badawi perlu berundur sebagai Perdana Menteri.

10. Dalam Umno, Petdana Menteri yang juga Presiden Umno, hanya boleh diturunkan oleh pemimpin parti. Kini, suara-suara sumbang terhadap DS Najib semakin kuat, seolah-olah menunjuk jalan keluar kepada beliau.

11. Hanya DS Najib yang boleh merungkai, penjelasan mantap berkaitan 1MDB, satu-satunya jalan sebagai penyelamat, selain pembatalan urusniaga LTH dengan syarikat ilham beliau itu.

16 Responses to "Isu 1MDB Bom Atom Yang Bakal Meledak"

kamal din said...

Lagi cepat meledaknya lagi bagus rasanya supaya rakyat (Melayu) tersedar dari tidur lena dengan mimpi-mimpi indah..............menyedari alam nyata..............sesungguhnya kehidupan ini adalah satu perjuangan dan ujuan dariNYA......

Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno.

"Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia,"

Anonymous said...

Kamal Din...boleh jalanlah PAS perjuangkan Islam...taik kucing.... Pas tak ada pendirian, ikut telunjuk kafir harbi dap....


Lu lagi munafik lagi faasik drp dap...

Luu nak madok neraka pie masok sana, jgn fok kacau umno...umno akan baiki pemimpin yg x betul akan letak jawatan...

Dlm pas ader ker? Semua takut, semua berselindung disebalik agama....janggut kambing sejemput...misai kontot...

Luu tengok lah luu punya parti dulu...

Anonymous said...

Cakap tok guru yg sampai dlm kubo buat u turn...PAS parti yg cakap tak serups bikin...dlm pas tu bersarang prmimpin aliran syiah....pluralis..libral...yg sokong lgbt....gay...dan yg paling teruk sgen plural dan syiah....suma jusl hukum allah untuk kuasa....hudud pun pemimpin pas tak setuju dan bsntah.....trpuk dada ko tengok ego sombong bodoh prmimpin pas ....parti srndiri tunggang langgang jadi badut pkr dan dap.....pada pas....kalau pas dominan dalam pakatan umno boleh dibubarkan.....ko ade....?

ramli nek said...

Jgn lah! Dok main islam selagi dok main pungkok.

Anonymous said...

Bila pula PAS berjuang utk islam? Jadi lelucon dalam sarkas PR bolehlah. Presidennya pun blur. Skandal selebriti PAS semua dinafikan. Sakit lutut, sakit pinggang plastik dan besi jadi kambing hitam.

Anonymous said...

Sudahlah.. Apa nak diharap dengan parti PAS..? Flip flop... isu nak perjuangkan Hududpun tak boleh settle.Dah terang lagi bersuluh parti Dapigs dan Pkr menentang..., ehhh... masih nak melutut lagi. Cuba kalau Umno tersalah cakap 'sikit' jer pasal hudud...nah gegak gempita satu dunia ni Pas meraban dan pukul canang kata Umno kafir....!!! Binawe punya parti Pas.

Anonymous said...

Salam kamal din.....dulu aku pernah tanya kenapa org pas tak sokong umno. Katanya sebab umno tak sokong hudud tapi sekarang apa dah jadi.presiden PKR terang2 tolak hudud apa kau org buat......tepuk dada tanya hati.....khan2bugis

Anonymous said...

Apa kata kita naikkan poster besar2- Jangan Undi Parti U-TURN. TOLAK LIBERALISME, PUNAH PARTI SOSIALIS SEK ULAR. (MEREKA ADALAH SEKUTU). APA SALAHNYA TABUNG HAJI BELI ASSET DARI PADA DISAPU OLEH Hartawan bukan islam, lebih baik Institusi spt TH/PNB kuasai. Ngapalah biol benar Melayu Islam d Malaysia ni. Jgn kata aset di Malaysia, kita sepatutnya kuasai aset diluar negara. Kalau beginilah otak kita lebih baik simpan duit bawah bantal.

orgJohor said...

Urusniaga LUTH teruskan... Pekdah dapat kat org melayu jugak..

Cuma masalah bailout/NAJIB/1MDB yang mesti kita bongkar ke lubang cacing... apakata kita pakat, dia PM pertama yang kena sumbat dalam penjara, tak merasa gelaran TUN (kecuali pengganti dia kawtim tutup cerita sebenar) dan bekas PM yang akan mati dalam keadaan dicaci nista orang melayu...

Anonymous said...

Kamal Din,

Eloklah bubarkan Pas dan selamatkan ahli-ahli dan penyokongnya dari terus menjadi babi ternakan china Dap dan Pkr

Anonymous said...

Sebenar benarnye rakyat tak faham betul2 1MDB. Bila org ckp dgr je tpi tk jelas sgt jdi bila isu jdi hot kata 1MDB itu ini semua terima je. Turun ke pdg dan jelaskan sajelasnye beri fakta bdasarkan situasi skrag. Dri jdi beban kpd BN baik la cari jlan sekarng utk selesaikan. Sumtimes d idea bagus tpi bila nk apply jdi sebaliknye seban yg tadbir or organise tu dh silap org. Jdi idea baik dh jdi hancur. So dont keep problem tht will spread to be a life treatenin ....diseases.....which have no hope to survive...

Anonymous said...

BILA BACA PENYOKONG UMNO NI yakinlah saya memang sukar untuk pulihkan cancer tahap 4

ntah lah...

Anonymous said...

kalau UMNO nak menang pilihanraya akan datang mudah sekali.
1. bersihkan semua amalan rasuah terutama high level rasuah.
2. Jangan pentingkan perut sendiri terutama dikalangan pemimpin
3. Takut pada Allah

Senang tapi susahkan.
Contoh penyelewengan dpd semua 3 diatas sudah diketahui umum. tak boleh lari

kalau tidak, terimalah hukum Allah. Kamu tak akan dapat lari dari keadilan.

Anonymous said...

Bila saya baca komen2 penyokong fanatik BN ni kita dapat agak tahap mentaliti dan kecekapan emosi merekamelalui bahasa 'beradab' yg digunakan.
Perkataan yg kotor itu sebenarnya adalah cermin hati dan minda. mencerminkan watak orang itu.
yg demikian, tak hairanlah bila mereka jadi pemimpin mereka jadi peminpin yg bobrok, menjadi pemusnah, perompak collar putih dan membawa negara ke kancah huru hara.

Bangsaku oh bangsaku..

KATIMAN SURABAYA said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO Di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=>>> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

Miss Vee said...

This Is What Women Really Want !!
>>> KLIK HERE !! <<<

Blog Archive