Thursday, April 02, 2015

PRK Pematang Pauh- Kali Ini Lah BN Berpeluang?

AKHIRNYA PRK Permatang Pauh, Pulau Pinang menjadi juga. Penyandang kawasan itu Dato Seri Anwar Ibrahim kehilangan kelayakan pada 16 Mac 2015, kerana rayuan yang dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan yang dikemukakan keluarganya pada 24 Februari telah ditolak.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia melalui kenyataan media semalam, Ketua Pembangkang itu telah kehilangan kelayakan sebagai Ahli Dewan Rakyat, dijatuhi hukuman penjara 5 tahun Penjara pada 10 Februari lalu, kerana kesalahan meliwat.

INILAH kali kedua Pilihanraya Kecil (PRK) P044 Permatang Pauh. Kali pertama berlangsung pada ogos 2008, sebaik sahaja tamatnya PRU-12. 

Pada PRK tahun 2008, dilangsungkan kerana penyandang yang juga isteri kepada Anwar Ibrahim mengosongkan kerusi itu untuk membolehkan suaminya bertanding.

Pada PRK itu Anwar menang dengan majoriti 15,671 apabila Ketua Pembangkang itu mendapat undi 31,195 mengalahkan calon Bn Datuk Arif Shah Omar Shah yang memperolehi undi 15,524.

Pada PRU-13, sekali lagi Anwar menang dengan majoriti yang menurun 11,721 apabila mendapat undi 37,090 mengalahkan caon Bn Dr Mazlan Ismail yang mendapat undi 25,369.

Pada PRK kali ini, jika Dr Mazlan dicalonkan semula, besar kemungkian beliau akan menang, dengan syarat mendapat undi 55 peratus kaum melayu (PRU-13 46 peratus), 45 peratus undi cina (PRU-13 29 peratus), pengundi india 45 peratus (PRU-13 40 peratus) dan kaum-kaum lain 2 peratus (PRU-13 1.6 peratus).

Jika daftar undi pada PRU-13 digunapakai, di mana kawasan itu mempunyai 71,699 pengundi berdaftar, dan jika diandaikan 88.47 peratus pengundi keluar mengundi, calon Bn akan mendapat 32,832 undi dengan pecahan 23,900 pengundi melayu, 7080 pengundi cina, 1800 pengundi india dan 52 orang kaum-kaum lain.

Berasaskan keadaan semasa, kemungkinan P044 Permatang Pauh bakal dirampas Bn, seperti mana berlaku di PRK Telok Intan Perak.

Jikapun Bn menang, berkisar pada majoriti 2,000-3,000 undi, jikapun kalah berbezaan undi dalam lingkaran jumlah itu.

Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri kepada Anwar, membayangkan akan bertanding semula bagi kawasan itu.

Pada PRK kalilah, UBN mempunyai peluang merampas kawasan itu, kerana faktor kecelaruan dalam Pakatan Rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

Dengan kebabian dan biadapan adun tronoh dan adun perak baru-baru ini, boleh menaikkan kemarahan orang melayu. Next, kalau Pas bersedia bantu dan kerjsama dengan UMNO, kemungkinan besar boleh tawan PP walaupun di letak Wan Azizah. Kalau lah Wan Azizah fikirkan kali ini dia boleh bodohkan orang melayu dan mendapat sokongan ahli Pas, u're going to be disappointed. Kes liwat anwar dan kebiadapan adun perak menghina sultan perak yang amat disanjung rakyat dah cukup untuk kuburkan azizah dan pkr di pp. Seperti dikuburkan dap di teluk intan.

Blog Archive