Wednesday, February 18, 2015

Sodomi II: Sudah Selesai- Tapi Puak2 Anwar Tuduh Ianya Satu Konspirasi

MEMANG benar, sodomi II sudah selesai. Sepatutnya tidak timbul lagi. Tetapi juak-juak Anwar melancarkan MARCH TO FREEDOM, dengan mengguna pakai, kononnya sodomi II merupakan satu konspirasi.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya yang mempunyai dokumen itu kerana terlibat semasa perbicaraan rayuan di Mahkamah rayuan dan Mahkamah Persekutuan perlu memberikan fakta-fakta, agar supaya rakyat jangan terkeliru dengan dakwaan juak-juak Anwar. Shafee mempunyai tugas moral untuk memberitahu, agar supaya, ianya adil kepada semua pihak.

Bayangkan selama 6 tahun, juak-juak Anwar menjajah, bahawa sodomi II merupakan satu konspirasi, sedangkan Umno dan Kerajaan ataupun pihak pendakwaraya, tiada kesempatan untuk memperjelaskan duduk perkara, kerana kes masih di peringkat mahkamah. Jika pihak pendakwa raya atau kerajaan membuat apa-apa penjelasan berkaitan perkara itu, sudah pasti dituduh oleh juak-juak Anwar sebagai mempengaruhi mahkamah ataupun menghina mahkamah.

Kini, sodomi II sudah selesai, namun percakapan mengenainya tidak selesai, kerana juak-juak Anwar masih berpegang teguh kepada anggapan, bahawa sodomi II merupakan satu konspirasi.

Di mahkamah, tiada seorangpun peguam Anwar atau Anwar sendiri membantah berkaitan fakta kes, melainkan mereka hanya berhujah, semua itu merupakan satu konspirasi. Mahkamah Persekutuan, sebulat suara mendapati, bahawa tiada unsur konspirasi, akan tetapi dapatan itu, dibuang jauh-jauh oleh para juak Anwar.

Pihak Kerajaan selama ini yang terpaksa memendam rasa untuk menjawab, kini perlu memperjelaskan kepada rakyat, apa sebenarnya yang berlaku. Berdiam diri, boleh membuat rakyat terutama yang di atas pagar akan percaya, bahawa sodomi II merupakan konsiprasi.

Terserah kepada rakyat, untuk menilai, penjelasan kerajaan atau dakwaan pembangkang yang mereka percaya. Tetapi yang jelas, Anwar kini meringuk dalam penjara Sungai Buloh.

3 comments:

Anonymous said...

Bila TS Shafiee buat road show mereka marah pulak .Apa punya makhluk penyokong Anwar ni.Agaknya kalau Anwar mati nanti,mereka akan marah pada tuhan pula,mereka akan kata tuhan pun berkonspirasi dgn Umno.Ketaksuban yg melampau.

HassanNik said...

Setuju Sangat Kerajaan Atau Puak-Puak UMNO Buat Road Show Balas Sebagai Memperjelaskan Kedudukan Sebenar Kes Liwat Anwar Ibrahim, Dan Sekaligus Mengekang Ketaksuban Yang Keterlaluan Penyokong Anwar Khususnya Dan Pakatan Rakyat Amnya. Hidup Malay-Muslim-Malaysian. Allahu Akbar! Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd!

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

Blog Archive