DUA pemimpin utama Pakatan Rakyat tumbang, seorang masuk penjara untuk lima tahun, seorang lagi kembali menemui penciptaNya.
Yang masuk penjara adalah seseorang yang memenuhi cita-citanya yang membara menjadi Perdana Menteri, manakala seorang lagi, asas kepada perpecahan kaum melayu dan islam.
Dalam rangka mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri, maka asas perjuangan asal dikorbankan, dan menukar kepada asas perjuangan sama rata. Pertukaran perjuangan itu sudah tentu disoraki oleh mereka yang mahu mendapat kuasa setanding dengan penduduk asal, yang mana sejak merdeka, dalam urusan politik dan kerajaan ditunjangi oleh kaum melayu dan bumiputera. Sementara yang seorang lagi, menjadikan ikatan kaum melayu/islam menjadi longgar, sehingga mudah disusupi dan mudah diperkotak katik.
Sejak merdeka, hanya selepas PRU-12, kedudukan bumiputera/melayu sangat rentan, malah diperkuat selepas PRU-13. Ekoran keadaan itu, pemimpin utama kerajaan terpaksa ikut kemahuan pihak-pihak pendesak, antara lain terpaksa bersetuju pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dan kemudian bersetuju memansuhkan juga Akta Hasutan 1948.
Kalaulah akta itu dimansuhkan serentak, sudah tentu, kerajaan yang ada akan melopong, kerana tiada daya lagi untuk mengekang berbagai dakyah untuk menghancurkan negara.
Kerajaan yang dibentuk terlalu berakomodasi permintaan pihak-pihak tertentu, sehingga ada menggelar, bahawa pimpinan kerajaan, lebih suka menyusukan kera dihutan berbanding anak dipangkuan. Pun demikian, pada PRU-13, kalau bukan sistem demokrasi negara yang berasaskan kepada jumlah kerusi, kerajaan yang telah memerintah sejak merdeka sudah kecundang, jika diambilkira undi popular.
Kini, Pakatan Rakyat sudah kehilangan dua pemimpin utama mereka. Hanya Lim Kit Siang masih bertengek. Kit Siang mempunyai cengkaman kepada kaum cina. Manakala pada kaum melayu, cengakaman Anwar dan Nik Aziz sudah melonggar. Apa yang menjadi pertanyaan adalah, kerana ketiadan Anwar dan Allahyarham Dato Nik Aziz Nik Mat, apa kah ni menjadikan Pakatan Rakyat lemah?
Apa kah dengan ketiadaan dua pemimpin melayu itu, akan menguntungkan Bn? Secara sepintas nampaknya ia, namun bukan secara praktikal. Mungkin pengundi yang bersifat nasionalis, akan melihat kepada kepimpinan, namun mereka yang berada di atas pagar, bukan mahu melihat perkara itu, apa yang mereka mahu lihat adalah perubahan kerajaan. Bagi kaum cina pula inilah masanya membulatkan tekad menyokong DAP, bagi menyokong gelombang yang mahukan perubahan. Sebabnya, bagi kaum itu, samada gagal atau berjaya seperti mana berlaku pada PRU-12 dan 13, bukan satu persoalan, kerana semakin berkurangnya sokongan kaum itu kepada Bn, sebenarnya lebih berimpak postif kepada kaum mereka.
Gesaan pihak-pihak tertentu terutama kaum melayu yang dulunya penyokong Umno, kononnya Umno akan boleh terus memerintah negara dengan syarat- Menukar kepimpinan atau menukar dasar. Satu pertanyaan, dengan menukar kepimpinan seperti mana berlaku pada tahun 2009, apa kah Umno dan Bn akan mendapat sokongan? Kalau itu bukan pilihan, akan tetapi menukar dasar parti, iaitu menarik ramai pendatang baru atau ahli baru yang belum teruji, apa kah akan memperkuat Umno? Timbul satu cerita, antara telur dan ayam, yang mana satu lebih dahulu perlu ada.
Bagi AYT, pertukaran kepimpinan untuk masa kini, belum perlu, atau pertukaran dasar parti juga tidak perlu, yang perlu adalah satu kebijaksanaan kerajaan dalam pengurusan ekonomi dan berkaitan dengan kepentingan rakyat jelata.
Para pemimpin lebih bercorak rakyat, lebih berterus terang, lebih adil, dan membuka peluang seluas-luasnya kepada setiap peluang.
Sifat egois dan sombong bagi mereka yang berjawatan perlu dibuang jauh-jauh. Tiada istilah anak tiri, akan tetapi menganggap setiap ahli atau penyokong adalah anak sejati. Fikir-fikirkan lah
No comments:
Post a Comment