Latest News

Banjir dan Najib

BANJIR luarbiasa melanda lima negeri di Semenanjung, negeri yang paling teruk Kelantan. Untuk pertama kali, ratusan ribu mangsa dipindah. Untuk pertama kali, banyaknya rumah hanyut. Untuk pertama kali, ramainya sukarelawan terlibat. Untuk pertama kali puluhan ribu anggota beruniform terlibat. Dan untuk pertama kali, seorang Menteri memandu helikopter meninjau banjir dan membantu.

Najib menjadi sorotan, atas sebab, semasa puncak banjir, NAJIB bersama Obama bermain golf di Hawaii.

Pembangkang terutama Lim Kit Siang mengambil kesempatan membidas Perdana Menteri itu. Selain Kit Siang ada juga pemimpin Kerajaan mengeritik Najib. Tidak kurang juga blogger "banggang" mengwar-warkan Najib terpaksa naik penerbangan Komersial dari Indiapolis, meninggalkan Jet Perdana Menteri untuk kegunaan Datin Rosmah Mansor.

Nampaknya, apa sahaja aktiviti Perdana Menteri yang bernama Dato Seri Najib Razak menjadi sorotan, ada yang memuji dan ada yang membidas.

Apa yang pasti, Najib bertindak demi kepentingan rakyat. Langsung tidak terpengaruh berbagai dakwaan terutama yang dilakukan oleh mereka yang mahu beliau turun segera.

1 Response to "Banjir dan Najib"

Anonymous said...

Sebagai Perdana Menteri,tindak tanduknya diperhatikan dan ditafsir. Untuk PM sendirilh beri penjelasan dan pencerahan bukan melalu saman dan pendakwaan. Tindak tanduknya bukan lagi hal peribadi tapi hal awam/ orang ramai dan kritikan dan kutukan orang ramai itu lumrah. Yang disebelahnya dan mndapat habuan dari PM tentunya menyokongnya dan yg tidak ada kepentingan iaitu tak dapat apa-apa akan sentiasa menikamnya dan jatuhkannya. Ibarat penyokong bola - mahukan pasukan sokongannya menang apa pun.
Persoalannya skrg, PM ni ok tak?? Ada taring tak? Bole memimpin tak? Bole kawal rakyat tak? Dan byk lagi bole tak?

Blog Archive