Showing posts with label Banjir Semenanjung. Show all posts
Showing posts with label Banjir Semenanjung. Show all posts

Sunday, December 26, 2021

ANTARA BENCANA & PUBLISITI


SEMENTARA ramainya mangsa, termasuk mereka yang kehilangan nyawa, selain kerosakan harta benda, ada pemimpin politik menjadikan bencana untuk mendapatkan publisiti.

Tidak kurang juga tindakan menuding jari pada kerajaan termasuk agensi yang dinaungi kerajaan, selain dakwaan lambatnya respon juga minimanya koordinasi dan pengurusan  samada kerajaan negeri mahpun Persekutuan.

Bencana banjir bukan lah baharu bagi negara, saban tahun, pada penghujung tahun, pasti berlaku musibah itu, impak angin monson dan hujan lebat.

Namun pada kali ini, apabila berlaku banjir pada skala besar yang berlaku di negeri Selangor, nampaknya semua pihak terperangkap dan terpingah-pingah, macam tidak percaya, skala air bah yang begitu besar boleh berlaku.

Dikatakan banjir yang melanda Selangor pada 17 Disember, berlaku sekali dalam tempoh 50 tahun, ertinya, mengulangi kejadian tahun 1971.

Apabila berlakunya banjir yang begitu besar, selain merosak harta benda, juga mengorbankan nyawa, banyak yang mempersoalkan, pengwujudan rumah-rumah kediaman di pinggir sungai dan kawasan rendah, seperti Taman Sri Muda, Shah Alam. Malah timbul persoalan pihak mana meluluskan pembinaan taman perumahan di kawasan tersebut. Seperti kata peribahasa, rumah siap pahat berbunyi, juga menyalahkan mengapa ibu mengandung.

Sebenarnya jika manusia berfikir sejenak, dan berkomunikasi dengan alam, maka sudah tentu tahu jawapannya. Setiap kawasan rendah, apa tah lagi keadaan topografinya di bawah paras laut, seperti banyak kawasan di Selangor, maka apabila berlaku pertembungan air laut pasang dan diserentakkan dengan hujan lebat, maka tumpuan air ada lah kawasan rendah, sesuai dengan hukum tarikkan graviti.

Namun, demi keperluan rakyat berkaitan perumahan, infrastruktur, para jurutera mengorbankan ilmu mereka, semata-mata untuk memenuhi kehendak pemaju dan kontraktor, sehinggakan tidak memikirkan implaksi kemudiannya.

Akibat keperluan rakyat dan pembangunan, kejadian bencana yang bakal membinasakan harta benda, tidak akan dapat dihalang, ertinya setiap daripada kita perlu bersedia menghadapinya, dan jangan lagi cuba menunding jari apa tah lagi menyalah pihak lain.

Apa yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan hanya untuk cuba membina berbagai tebatan banjir sebagai upaya mengurangkan kesan yang lebih besar. Kejadian banjir di Selangor sebenarnya dapat dikurangkan kesannya, jika tebatan-tebatan banjir yang telah diluluskan semasa Kerajaan Barisan Nasional diteruskan. Pembinaan-pembinaan tebatan-tebatan tersebut sebahagian besar dibatalkan apabila Selangor diambil alih Pakatan Harapan (PH) bermula pada tahun 2008.

Kini, akibat keputusan yang salah, kerana bermotifkan politik, maka rakyat Selangor menjadi mangsa.

Kerajaan Keluarga Malaysia yang diterjaui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub menerima kesannya, seolah-olah kejadian banjir mencerminkan ketidak upayaan kerajaan berhadapan bencana seumpama itu.

Apa yang malang, ada penyokong Pakatan Harapan, termasuk seleberiti ahli PKR menunding jari pada agensi kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kononnya lambat bertindak, sedangkan mereka yang munding jari itu, hanya terperok dalam bilik berhadapan dengan keyboard dan memanfaatkan kemudahan internet.

Selain itu juga, ada pemimpin yang datang melawat kawasan yang dilanda banjir, lengkap dengan perekeam, untuk dimuat naik di laman-laman sosial, yang diiringi berbagai ulasan untuk menunjukkan kepekaan mereka.

Bagi penulis, ada lah tidak adil menuding jari pada kerajaan Persekutuan, kerana kerosakan yang berlaku begitu besar sekali, kerana sebelumnya, telah pun menyediakan halangan seperti membina tebatan banjir, bertujuan meminimakan kesan bencana, malangnya strategi tersebut tidak diguna pakai kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan.

Menerusi bencana besar air bah melanda Selangor, diharapkan semua pihak mengambil iktibar, untuk tidak lagi membatalkan sebarang pembangunan yang telah dirancang, apabila berlaku perubahan kerajaan.

Saturday, December 25, 2021

BENCANA YANG MELULUHKAN KEEGOAN MANUSIA


TSUNAMI tahun 2004 berlaku pada Disember, banjir besar melanda pantai timur Semenanjung tahun 2014 berlaku pada bulan yang sama, dan kini tahun 2021, banjir besar yang dikatakan hanya berlaku 100 tahun sekali melanda Selangor.

Tsunami tahun 2004 berlaku di Aceh Indonesia, sebab itu tidak lah kecoh sangat di negara kita. Kurang saling munding jari, akan tetapi lain jadinya pada tahun 2014 dan tahun 2021, antara kita saling tuding jari.

Banjir itu adalah bencana. Tiada siapa yang mahukannya. Namanya juga bencana, sesuatu yang tidak diduga. Kerana tidak diduga lah maka memerangkap semua.

Di pihak mangsa bukan sahaja kelam kabut, takut, malah bercampur marah (kekurangan manusia).

Mangsa yang tidak mampu mengurus kesabaran, meluahkan rasa amarah pada sesiapa sahaja, termasuk pemimpin, kerajaan atau mana-mana pihak, seolah-olah bencana adalah ciptaan mereka yang dipersalahkan.

Apa pengajaran pada sesuatu bencana alam? Agar kita bersedia berhadapan dengannya, menggunakan ilmu yang kita pelajari, bahawa bencana seperti banjir, pasti berlaku pada kawasan rendah, berdekatan sungai (air melimpah kerana sungai sudah cetek selain dipenuhi sampah sarap).

Air bergerak lurus, dan menunju kawasan rendah sesuai dengan tarikan graviti. Air akan merempuh setiap halangan dihadapan, sebab itu lah, kerosakan berlaku yang melibatkan harta benda yang menghalang laluan.

Walaupun sifat air akan mengalir ke kawasan rendah, tetapi kerap juga berlaku air bertakung atau air termenung pada kawasan-kawasan tertentu. Kejadian ini lah yang menambah impak bencana.

Mengurus bencana bukan mudah. Tiada mana-mana negara di dunia ini, termasuk negara super maju seperti Amerika Syarikat dan China, boleh MEMBERI contoh bagai mana mengurus bencana tanpa mengorbankan harta benda atau nyawa.

Kepada neitzen atau mana-mana pemimpin politik yang menuding jari pada kerajaan sepatutnya menarik balik tudingan tersebut, kerana mengurus bencana, tidak terikat pada kerajaan sahaja, akan tetapi melibatkan semua.

Penulis bersimpati pada mangsa-mangsa, pada masa yang sama juga kagum dengan tindakan semua pihak yang terlibat dalam tugas menyelamat. Selain itu, penulis juga dapat melihat kebertanggungjawaban kerajaan, dengan menyalurkan bantuan samada tunai atau bantuan-bantuan lain kepada para mangsa, termasuk mereka yang terkorban.

Namun, penulis juga rasa sedih, ada pemimpin politik mengambil peluang mempolitikkan bencana, dan hanya tahu menuding jari dan mempersalahkan pihak lain, sedangkan mereka itu, hanya berbekalkan air liur tanpa daya usaha membantu. Bencana banjir yang tidak terduga, telah meluluhkan keegoan manusia, itu lah realitinya.

Tuesday, January 06, 2015

Apa Kah Kerana Banjir-Politik Kelantan Berubah?

RAMAI yang melihat, akibat bencana banjir yang melanda Kelantan, kemungkinan besar akan mempengaruhi lanskap politik negeri siti wan kembang itu.

Kelantan diperintah Pas sejak tahun 1990.

Perubahan lanskap politik negeri itu, sangat bergantung kepada tindakan atau kebijaksanaan Perdana Menteri berdepan dengan pasca banjir.

Telah 24 tahun rakyat Kelantan telah mengundi PAS, di bawah pimpinan Mantan Menteri Besar Dato Seri Nik Aziz Nik Mat. Malah pada PRU-13 lalu, Mursyidul Pas itu masih mengetuai Pas Kelantan, sebelum melepaskan jawatan Menteri Besar kepada Datuk Ahmad Yakob pada 3 April 2013. 

Ahmad Yakob, 64, seorang graduan Universiti Al Azhar, Mesir dalam pengajian islam.

Meskipun, Ahmad berlatar belakangkan agama, namun tidak mempunyai kharisma yang diperlukan untuk mempertahankan Kerajaan Kelantan. Keadaan Kelantan menyerupai Kedah dibawah pemerintahan Datuk Azizan, yang hanya bertahan sepenggal.

Kelantan yang dilanda banjir paling teruk dalam masa 40 tahun, terutama kawasan Kota Baru dilihat daripada jumlah mangsa yang dipindahkan, diikuti Pasir Mas, Kuala Krai, Tumpat dan Gua Musang, dilihat membuka ruang kepada persektif baru dalam politik.

Banjir mulai surut, para mangsa juga mula kembali ke kediaman masing-masing; mendapati rumah-rumah mereka dipenuhi lumpur, rosak, malah ada yang hanyut. 

Mangsa selain mengalami taruma, juga bantuan segera amat diperlukan. Setidak-tidaknya itulah harapan yang mereka harapkan daripada RM500 juta peruntukan khas yang diumumkan Perdana Menteri, beberapa jam selepas sampai ke Kelantan di waktu puncaknya serangan banjir.

Najib dalam kenyataannya pada 30 Disember selepas melawat Kuala Krai dan Gua Musang, beliau dengan nada sendih menggambarkan bahawa di mata beliau sendiri berlaku rumah hanyut dan rumah-rumah rosak teruk.,

Walaupun keadaan darurat tidak diistiharkan, namun aset yang dikerahkan membantu dan mengurus banjir sama banyak dengan keadaan darurat.

Najib memberitahu, bahawa darurat tidak diistiharkan untuk membolehkan mangsa menuntut insuran.

Saturday, January 03, 2015

Anwar-Pemimpin Yang Bertanggungjawab?

PADA PRU-13,Pembangkang mendapat 52peratus undi popular, kerana Anwar dikatakan bakal dilantik sebagai Perdana Menteri.

Rakyat yang memilih Pakatan Rakyat terutama di Kelantan menaruh harap kepada Anwar.

Malangnya, apabila Kelantan dilanda Banjir Terburuk, Anwar tidak membantupun, kerana memberi alasan, tidak dapat pulang disebabkan ketiadaan tikit untuk pulang ke tanah air.

Sebelum ini, semasa berkempen, Anwar boleh menyewa Jet, akan tetapi apabila rakyat terkena musibah, alasan bodoh pula yang rakyat terima.

Thursday, January 01, 2015

Banjir dan Najib

BANJIR luarbiasa melanda lima negeri di Semenanjung, negeri yang paling teruk Kelantan. Untuk pertama kali, ratusan ribu mangsa dipindah. Untuk pertama kali, banyaknya rumah hanyut. Untuk pertama kali, ramainya sukarelawan terlibat. Untuk pertama kali puluhan ribu anggota beruniform terlibat. Dan untuk pertama kali, seorang Menteri memandu helikopter meninjau banjir dan membantu.

Najib menjadi sorotan, atas sebab, semasa puncak banjir, NAJIB bersama Obama bermain golf di Hawaii.

Pembangkang terutama Lim Kit Siang mengambil kesempatan membidas Perdana Menteri itu. Selain Kit Siang ada juga pemimpin Kerajaan mengeritik Najib. Tidak kurang juga blogger "banggang" mengwar-warkan Najib terpaksa naik penerbangan Komersial dari Indiapolis, meninggalkan Jet Perdana Menteri untuk kegunaan Datin Rosmah Mansor.

Nampaknya, apa sahaja aktiviti Perdana Menteri yang bernama Dato Seri Najib Razak menjadi sorotan, ada yang memuji dan ada yang membidas.

Apa yang pasti, Najib bertindak demi kepentingan rakyat. Langsung tidak terpengaruh berbagai dakwaan terutama yang dilakukan oleh mereka yang mahu beliau turun segera.

Saturday, December 27, 2014

Darurat: Rupanya Lim Kit Siang Ada Muslihat

RUPANYA desakkan darurat Lim Kit Siang mempunyai muslihat. Kalau kerajaan umumkan darurat, maka mangsa tidak boleh menuntut insuran.

Keroskan akibat banjir yang melanda Pantai Timur Semenanjung, dan kini merebak ke Johor, Kedah dan Perlis bernilai ribuan juta. Hanya syarikat insuran yang boleh membantu kerajaan mengurangkan beban kerugian mangsa.

Bantuan khas RM500 juta untuk semua negeri, hanya meringankan beban para mangsa, bukannya sebagai pengganti akibat bencana alam itu.

Rupanya Kit Siang berniat jahat, apabila bertali arus mendesak Perdana Menteri mengistiharkan darurat.

Punca Lim Kit Siang Naik Angau- Najib Jumpa Obama

PUNCA Lim Kit Siang naik angau, Najib jumpa Obama, kerana cocokan Anwar Ibrahim. Anwar berkali-kali mengaku bahawa Amerika menyokongnya dalam semua perkara termasuk sodomi II.

Apabila Obama menjemput Najib bermain golf dengannya, maka Anwar naik angin, lalu mecocok Kit Siang menyalak.

Anwar tahu, selama 5 jam bermain golf untuk 18 lubang, terlalu banyak perkara yang boleh dirunding dan diputuskan.

Friday, December 26, 2014

Lim Kit Siang Standby Nak Sambut PM

PERDANA MENTERI menamatkan lawatan dan percutian, semata-mata memenuhi panggilan Lim Kit Siang. Kini, pemimpin DAP yang membebel setiap saat dan hampir angau mencari Najib itu, sedang menunggu di lapangan terbang. hehehe, berita ubat mengantuk.

Kalau Najib kembali dan turut sama melawat dan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, automatik air akan surut, itulah menurut tilikan MP Gelang Patah itu.

Atas sebab itu, semua penyokong DAP, sebulat suara mencari PM setiap masa, sehingga bibir Najib setiap masa tergigit, kerana namanya terus disebut dan dipanggil oleh bapa kepada Lim Guan Eng itu.

Sudahlah Bencana Melanda Negara- Tun M Tabur Garam Pada Luka

TUN DR Mahathir menulis lagi di blog beliau semalam. Antara isinya- beliau mengutarakan berkaitan kadar inflasi yang sedang menanjak naik, harga minyak yang turun, harga komoditi seperti kelapa sawit dan getah yang menjunam.

Akibat semua itu, maka pendapatan negara akan menurun. Penurunan pendapatan, memaksa kerajaan membatalkan beberapa projek yang diumumkan melalui Bajet 2015.

Akibatnya perkembangan ekonomi negara mengecut. Pada gilirannya rakyat yang terkena. Pengangguran bertambah. Kemudian kadar kemiskian bertambah.

Beliau tidak memberi jalan atau cadangan bagaimana membendung atau bagaimana mengatasi. Beliau hanya melepaskan kepada Kerajaan, bagaimana mengatasi semua masalah itu.

Sudahlah negara terkial-kial berdepan dengan bencana banjir yang merosakan ratus juta harta benda, juga menelan korban.

Banjir: Lim Kit Siang Hanya Tahu Membebel

Apa tindakan Lim Kit Siang membantu penduduk dilanda banjir? Sibuk dengan tweeter cari di mana PM. Itu sahaja yang dia tahu.

Kit Siang tidak membantu apa-apapun, kecuali melakukan provokasi dan pembohongan. Pikun sudah. Peliklah orang cina masih sokong.

Thursday, December 25, 2014

Banjir; Lim Kit Siang Cari Najib

BANJIR yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis merupakan terburuk yang pernah dialami negara.

Setakat ini, hampir 100,000 penduduk dipindahkan, merupakan satu rekod.

Kerajaan memperuntukan RM50juta bagi setiap negeri yang dilanda benca itu.

Dalam situasi negara berdepan dengan banjir, Lim Kit Siang pula mempolitikkan bencana alam itu. Pemimpin DAP itu melakukan tweet mencari Perdana Menteri, yang sedang dalam lawatan ke Hawaii bertemu Presiden Amerika- Barack Obama.

Blog Archive