Latest News

Apakah Isu 1MDB Boleh Mengugat Kedudukan Najib?

SERANGAN bertali arus berkaitan 1MDB, bukan sahaja dilakukan pembangkang, akan tetapi juga orang Umno sendiri.

Kini, ada sudah berani bertindak daripada Umno apabila seorang Timbalan Ketua Bahagian membuat laporan polis berkenaan dengan syarikat ilham Perdana Menteri itu.

Jika Tun Dr Mahathir hanya memberi komen berkaitan syarikat itu, kini blogger seperti A Kadir Jasin, mungkin termasuk blogger "bangang" memperhangat isu syarikat itu dengan mengwar-warkan berbagai kelemahan, termasuk kegagalan membayar hutang mengikut jadual.

Dato Sharizat Jalil terpaksa digugurkan sebagai Menteri, terpalit isu NFC yang diurus oleh suami beliau.

Tun Abdullah terpaksa akur apabila serangan bertali arus yang diarahkan kepada budak-budak tingkat 4 Putrajaya yang diketuai menantunya menyebabkan Bn hampir kehilangan kuasa.

Najib yang mengambil kedudukan Pak Lah, bukan sahaja gagal mencapai kemenangan 2/3 dewan rakyat sepertimana tradisi Bn, namun pencapaian beliau lebih teruk daripada pencapaian Pak Lah.

Walaupun tidak adil membandingkan dua keadaan PRU yang berbeza, di mana pada PRU-13, Anwar mengetuai jentera Pembangkang, sedangkan pada PRU-12, Anwar tidak bertanding.

Isu 1MDB menghangat, atas sebab beban hutang syarikat itu yang cukup besar, menambah beban hutang negara secara keseluruhan.

Berbagai isu yang timbul, sejak kebelakangan ini khususnya berkaitan 1MDB, para pemimpin bukannya bertaut, malah semakin renggang. Percakaran dalaman atas sebab satu polisi yang silap, boleh menjadi katalis kepada berakhirnya kuasa Bn. Sama-sama kita fikirkan.

5 Responses to "Apakah Isu 1MDB Boleh Mengugat Kedudukan Najib?"

Anonymous said...

Ramai nak jadi hero...berjuang untuk bantai ...bukan berjuang untuk bantu. Mudah je jadi hero nak bantai ni... nampakkan diri mereka hebat . Sumbangan xde. Sumbangan membantai saje

Anonymous said...

Yang buat kacau sekarang ini adalah golongan di kalangan penyokong2 Mahathir. Di zaman Mahathir banyak lagi skandal kewangan berlaku, tapi dgn mengunakan polis, AG, dan badan kehakiman Mahathir Berjaya melepaskan diri. 1 MDB hanyalah satu kesalahan kerajaan sekarang, dan harap DS Najib akan menyumbat semua kuman2 di kalangan penyokong2 Mahathir ini ke dlm penjara. Buat sementara harap harga minyak dinaikkan ke paras RM3 seliter bagi kereta2 mewah sampai hutang ini dibereskan. Jangan layan telunjuk Mahathir ini yang ada agenda di sebalik tindakan2nya......... Juga kadar bunga bagi simpanan tetap dan pinjaman haruslah dinaikkan untuk mengalakan simpanan dan untuk kestabilan bank. Langkah2 ini boleh dilakukan buat sementara.....Jangan jadi cam Pak Lah yang undur apabila di tekan...

Anonymous said...

Pergi jahanam dengan Najib. PRU14 akan menyaksikan tiada lagi undian daripada akar umbi UMNO untuk kasihankan BN. Kami sudah muak dan jelak dengan retorik Najib! Jilatlah lagi punggong cina untuk mengundi BN!

Anonymous said...

12:17 baik duduk kat kandang babi, nak menangguk di air keruh, itu je yang dia tahu.

Anonymous said...

Kami orang muda dah pasti tolak BN pada pru akan datang kalau ada lagi muka najib, ahmad maslan n nazri aziz

Blog Archive