Latest News

Airasia QZ8501- Masih Hilang

SUDAH 12 jam terputusnya hubungan antara Airasia QZ8501 laluan Surabaya Singapura yang membawa 162 penumpang termasuk kru dengan ATC Jakarta, hingga kini, belum diketahui keadaan pesawat malang itu.

Airbus 320-200 yang berumur 6 tahun itu, diserahkan kepada Airasia pada tahun 2008.

Kapaten Iryinto mempunyai lebih 6,000 jam penerbangan, dan mahir laluan Surabaya Singapura.

Pesawat malang itu, dikatakan terputus dengan ATC Jakarta, 45 minit selepas terbang. Pilot dikatakan meminta mengubah laluan untuk mengelak awan tebal pada laluan asal. Malangnya, selepas mengubah laluan, terputus pula dengan menara kawalan.

Sehingga artikel ditulis, belum diperoleh sebarang maklumat keadaan pesawat malang itu bersama-sama penumpangnya.

0 Response to "Airasia QZ8501- Masih Hilang"

Blog Archive