Saturday, November 01, 2014

Sodomi II: Hujah Shafee Bangkitkan Ghairah: Anwar

SUNGGUH mengejutkan sekali apabila membaca komen Anwar Ibrahim yang menganggap penghujahan balas oleh Pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengenai kejadian liwat yang melibatkan Ketua Umum PKR itu dengan pembantunya, Saiful Bukhari sebagai sesuatu yang mengghairahkan.

“Apa yang dilakukannya (Shafee) adalah membangkitkan perkara mengghairahkan untuk (dimainkan oleh) Utusan dan TV3,” itu kenyataan Anwar apabila ditanya pemberita mengenai penghujahan Shafee di Mahkamah Persekutuan Putrajaya tengahari Jumaat, sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini.

Cukup tak disangka; Anwar bangkit ghairah apabila mendengar bagaimana kejadian liwat itu berlaku dianggapnya sebagai perkara yang mengghairahkan. Ghairahkah Anwar bila mendengar Shafee menceritakan perihal kemaluan seorang jantan menerobos ke ‘lubang kunyit’ seorang jantan lain?

Biar betul kisah seimbas lalu mengenai perlakuan liwat sesama jantan boleh membangkitkan keghairahan Anwar? Penulis baca berkali-kali, tepuk dahi dan menampar pipi sendiri. Adakah penulis sedang bermimpi?

Normalkah naluri seks Ketua Pembangkang merangkap suami kepada Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail? Adakah para pembaca sekalian ada yang merasakan cerita sedemikian mengghairahkan dan membangkitkan nafsu anda?

Penulis sebagai seorang lelaki normal sedikit pun tak terasa ghairah sebaliknya rasa geli dan jelik sampai nak termuntah. Tak sanggup nak dibayangkan bagaimana ‘lubang kunyit’ seorang lelaki tempat di mana jutaan bakteria berseronok sakan tiba-tiba mendatangkan keghairahan pula.

Tentunya perasaan geli geleman yang sama dirasai sebahagian besar kaum Adam di mana sahaja mereka berada apabila membaca satu persatu perihal kejadian liwat yang disebut oleh Shafee, kita tepuk kepala, geleng kepala dan tertanya kenapa mesti ada seorang jantan yang ghairah sehingga terlanjur menerobos lubang kunyit seorang jantan lain, bukan begitu?

Ini menunjukkan mental penulis dan ramai pembaca sekalian masih stabil, demikian naluri juga berada di landasan yang betul, nafsu kita tetap normal sebagaimana tabii sepatutnya sebagai seorang lelaki sejati.

Lumrah hakiki sejak azali takdir seorang lelaki patutnya hanya ghairah dengan pasangan yang berlawanan atau mudah disebut jantinanya perempuan. Umpama kita sebagai sebilah pedang maka perlu ada sarungnya, mana mungkin pedang sesama pedang berlaga tiba-tiba ada yang terasa ghairah pula.

Tapi bagi Anwar perihal pengkisahan seimbas lalu mengenai kejadian liwatnya dengan Saiful dikatakan sesuatu yang mengghairahkan. Ini sudah luar tabii.

Jika ada antara pembaca di MyKMU.Net ini yang ada perasaan sama sebagaimana disebut oleh Anwar, yakni datangnya rasa ghairah bila membaca atau mendengar penghujahan mengenai kes liwat itu, terus terang penulis nasihatkan segeralah membuat janji temu dengan doktor pakar sakit tuan, bimbang kalau dibiarkan perasaan luar tabii itu berkembang, malu mak ayah di kampung nanti. Tak sanggup mereka bermenantukan seorang lelaki untuk anak jantannya.

Kisah intim jantan sesama jantan dianggap oleh Anwar sebagai mengghairahkan… Dunia memang sudah terbalik, dunia makin hampir nak kiamat. Minta dijauhkan bumi Malaysia dan rakyatnya dari mengulangi sejarah kelam hitam Nabi Luth.http: Posting Asal//www.mykmu.net/2014/10/31/hujah-shafee-mengenai-kejadian-liwat-menghairahkan-anwar/

:

5 comments:

Anonymous said...

Ghairah!..makin ku baca makin ghairah rasanya. Makin ghairah nak tengok anwar masuk penjara !!

Anonymous said...

Kerana gharah lah sodomi ni terjadi,dan keghairahan lah terpaksa di buktikan.Ini kes seks bukan kes masak-masak.Sebenarnya Anwar terbayang apa yg berlaku dan merasa malu,kalau apa yg di bangkitkan oleh TS Shafiee adalah rekaan Anwar akan melompat mengatak TS Shafiee berbohong.

Anonymous said...

Kerana gharah lah sodomi ni terjadi,dan keghairahan lah terpaksa di buktikan.Ini kes seks bukan kes masak-masak.Sebenarnya Anwar terbayang apa yg berlaku dan merasa malu,kalau apa yg di bangkitkan oleh TS Shafiee adalah rekaan Anwar akan melompat mengatak TS Shafiee berbohong.

Anonymous said...

Biarlah masa yg menentukan...yg benar akan mendapat pembelaan & yg bersalah akan terima padahNya.

Anonymous said...

biasalah kita org muslim ni terutamanya kita melayu ni suka menuduh dan mengutuk orang je tak nampak ke kebanyakan pondan dan tomboy merayau kat pasar tu bangsa kita!!!melAYUUUUU

Blog Archive