Friday, November 07, 2014

Sodomi II: Gopal Sri Ram Terus Serang Saiful

TAN SRI Gopal Sri Ram mantan Hakim Persekutuan yang tiba-tiba mengetuai barisan 14 peguam yang membela Anwar bermula pada 28 oktober, dalam hujahnya hari ini terus mempertikai serta menyerang saksi utama yang juga mangsa liwat II.

Peguam itu berhujah, bahawa Saiful bukan saksi yang bernilai dan menganggapnya sebagai kayu mati yang tidak boleh dipercayai langsung. Sebaliknya peguam itu mengaungkan Dr Osman doktor Hospital Puswari sebagai indivdu yang berintegriti dan boleh dipercaya.

Hujah Gopal itu bertentangan dengan hujah DPP utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengatakan bahawa Saiful seorang saksi yang berwibawa dan Dr Osman seorang saksi yang tidak boleh dipercaya. Malah Shafee berhujah, jika Dr Osman dipanggil sebagai saksi, maka DPP akan kehilangan jawatan, kerana kesilapan memanggil saksi.

Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menangguhkan penghakiman pada satu tarikh lain dan meneruskan ikat jamin tertuduh.

No comments:

Blog Archive