Monday, November 03, 2014

Sodomi II: Barang Bukti Daripada Lokap Memang Digunakan Anwar:Shafee

TIDAK timbul keraguan bahawa barang bukti yang diberikan kepada Anwar Ibrahim semasa ditahan pada 7 Julai 2008, memang digunakan oleh beliau; atas sebab barangan tersebut diletakkan di atas lantai oleh tertuduh sebaik sahaja beliau dibebaskan. Keadaan barangan yang diambil daripada lokap (berus gigi, tuala selamat pagi dan botol air) berserta sehelai rambut; selepas dianalisis didapati DNA pada barangan itu adalah sama dengan DNA airmani yang diperolehi daripada dubor mangsa. Sebenarnya keterangan ini tidak dicabar pada peringkat Mahkamah Rayuan; walaupun dicabar pada peringkat bicara dalam bicara semasa di peringkat Mahkamah Tinggi. Intipati hujah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semasa memulakan hujahnya sebentar tadi.

No comments:

Blog Archive