Latest News

Mengapa Pas Hilang Maruah?

PARTI Pas kini hilang maruah. Kenyataan Lim Kit Siang semasa kemelut MB Selangor, bahawa empat exco Kerajaan Selangor yang menyokong Khalid Ibarhim sebagai pengkhianat, tidakpun merisaukan Pas, hanya dua pemimpin parti itu bersuara Hassan Tantawi yang juga MP Temerloh dan juga Nik Abduh anak kepada Dato Seri Nik Aziz Nik Mat. Pemimpin lain, semuanya mandul, malah Khalid Samad MP Shah Alam, seolah-olah minat sangat dengan kenyataan Kit Siang itu.

Terbaru pemecatan ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang Iszuree Ibrahim daripada Pas, juga tidak mendapat pembelaan daripada Pas.

Pas hanya berani bercakap soal Umno, sedangkan parti tunjang Bn itu tidakpun mencampuri urusan Pas, Umno dan Pas adalah parti yang berlawan dalam memikat rakyat. Umno tidak membuli Pas, juga Umno tidak menghilangkan maruah parti itu.

Dalam perlantikan exco negeri Selangor, Pas dikurangkan jumlah exconya, malah sebelum perlantikan itu, Zuraida Kamaruddin Pemimpin wanita PKR, dengan lantang meminta agar jumlah exco Pas dikurangkan sebagai hukuman kerana tidak menyokong Wan Azizah.

Apa kah hilangnya maruah Pas, menyebabkan penyokongnya berpatah arang? jika keadaan demikian berlaku, apa kah menguntungkan Umno? kerana penyokong Pas adalah kaum melayu dan islam, sama dengan penyokong Umno.

Jika kaum melayu dan islam penyokong Pas mengambil iktibar bagaimana DAP membuli Pas yang membawa erti membuli kaum melayu dan islam, maka sudah tiba masanya, mereka perlu bermuhasabah diri.

3 Responses to "Mengapa Pas Hilang Maruah?"

Anonymous said...

Pas - Parti Ajaran Songsang.., TIDAK akan dapat berfikir seperti orang siuman. Percayalah.., komen laa apa2 ke atas muka mereka.., mereka TIDAK akan dapat berfikir secara rasional.

They will never change. Mereka sudah tenggelam dalam khayalan kosong yang mereka sendiri bina...

Anonymous said...

Dah lama PAS maruah nya...sejak Nik Ajis dan Hadi awang yang perintah...kedua mereka ini gila kuasa tamak, ego, riak, takbur...
Dah sepatutnya mereka dihina sebegitu oleh rakan tahalul siyasi mereka....
PADAN MUKA KAMU wahai pemimpin dan penyokong PAS...

Anonymous said...

Sejak bila PAS ada maruah???

Blog Archive