Tuesday, September 02, 2014

Kemelut MB Selangor: Kalau Tuanku Tidak Berkenaan?

PKR dan DAP tiada kuasa untuk memaksa Sultan Selangor menerima cadangan tunggal mereka untuk dilantik sebagai MB Selangor.

Wan Azizah isteri Anwar adalah calon tunggal yang bakal dikemukakan kepada Sultan selewat-lewatnya esok. Sementara itu PAS tetap menghantar dua nama, Azmin Ali sebagai alternatif kepada Azizah.

Tuanku punya pilihan, boleh sahaja mempertahankan Khalid sebagai MB sementara mencari penggantinya yang sesuai, di mana pengganti itu boleh berkhidmat dengan rakyat Selangor dan bukannya seseorang boneka atau dikawal oleh pihak lain atau seseorang yang ingin mencari peluang untuk membelanjakan kewanagan negeri.

Wan Azizah pernah berkata, beliau tidak kisah sebagai MB Boneka asalkan dapat menduduki jawatan MB, kerana kedudukan itu akan dipergunakan untuk memperkuat Pakatan Rakyat, dalam rangka merampas Putrajaya.

Sesebuah parti akan kuat kalau sumber kewangannya kuat; untuk itu Pakatan Rakyat perlu kuat dalam segi kewangan, khususnya pada PRU-14.

No comments:

Blog Archive