Monday, September 01, 2014

Kemelut MB Selangor: Sultan Perlu Terima Nasihat Siapa?

KERAJAAN SELNGOR pada masa ini diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Berasaskan kedudukan Khalid, beliaulah yang memberi nasihat kepada Sultan.

Dalam soal kemelut MB Selangor, Sultan perlu mendapat nasihat daripada siapa? PKR mengatakan bahawa Sultan perlu ikut nasihat kerajaan negeri; kerajaan negeri diketuai oleh Khalid.

Khalid pada Selasa mengemukan peletakan jawatan sebagai MB, namun Sultan menangguhkannya sementara menunggu perlantikan MB yang baru.

PKR mahu memaksa Sultan agar melantik Wan Azizah isteri kepada Anwar, tindakan itu disokong oleh DAP, manakala Pas yang pada awalnya menolak, namun kemudian terpaksa akur, kerana pembelotan dua ADUN parti itu.

Untuk merungkai kemelut siapa yang bakal dilantik MB baru, Sultan meminta 3 nama daripada PKR, DAP dan PAS; hanya PAS yang bersetuju dengan permintaan itu.

PKR dan DAP ada 28 ADUN termasuk Azizah, manakala PAS ada 15, namun disebabkan dua ADUN PAS membelot, maka Wan Azizah mendapat sokongan 29 ADUN daripada 56 ADUN Selangor.

Tindakan dua ADUN Pas yang membelot Saari Sungip ADUN Hulu Kelang dan Hasnul Baharuddin ADUN Morib dikecam oleh Pas Selangor; malah PAS pusat sedang meniliti kedudukan dua ADUN itu.

Kemelut MB Selangor dicipta oleh Anwar sendiri, sebagai cara untuk menyelesaikan isu pribadi beliau yang kini berdepan dengan hukuman penjara kerana meliwat. Mahkamah rayuan pada Mac  telah menjatuhkan pejara 5 tahun kerana meliwat pembantu khasnya Mohd Saiful. Pada 28-29 Oktober, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan Anwar terhadap hukuman itu.

No comments:

Blog Archive