PADA 18 Ogos, terbitlah artikel Tun Dr Mahathir melalui blog peribadinya dengan tajuk "Menegur" Dalam tulisan mantan Perdana Menteri itu, beliau menguraikan 34 sebab musabab mengapa beliau tidak menyokong Najib lagi.
Ironinya sejak artikel itu, tiada sebarang media arus perdana mengutipnya; malah Dato Seri Najib apabila ditanya berkaitan dengan isu itu, Perdana Menteri ke-6 itu lebih suka membalas dengan senyuman. Apa kah melalui senyuman itu beliau mempunyai kaedah untuk merungkainya? atau kah beliau akan melakukan pendekatan menang-menang, dalam erti kata menarik rambut daripada tepung, jangan tepung berselerak.
Pendekatan Najib ini, membuktikan beliau seorang pemimpin yang mempunyai pendekatan sendiri; pemimpin yang tenang berdepan dengan situasi genting. Apa kah ini juga diikuti oleh media arus perdana? mendiamkan sesuatu isu yang hangat agar tidak terus hangat dan lambat laun akan padam.
Berlainan dengan sikap para pemimpin tertentu, apabila Tun Dr Mahathir menerbitkan tulisan beliau itu, maka pemimpin tertentu mengambil sikap membidas tulisan mantan Perdana Menteri itu; sambil menuduh bahawa Perdana Menteri terlama itu kehilangan arah. Satu perkara yang gagal dicerna oleh pemimpin itu; apa kah Tun Dr Mahathir tiada langsung ekses kepada keadaan negara baik daripada segi ekonomi mahupun politik. Seorang negarawan apatah lagi menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, apa kah benar-benar beliau blank?
Tun Dr Mahathir mengeritik Tun Ahmad Abdullah Badawi hanya dua tahun bermula tahun 2006; buktinya pada PRU 2004; BN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat kehilangan 4 negeri tidak termasuk Kelantan. Bayangkan tempoh masa 4 tahun sehingga PRU 2018; tidak dapat diramal bagai mana "poll vote" implikasi kepada pendirian Mantan PM itu yang menolak kepimpinan Najib.
Najib kini, kekurangan askar-askar yang boleh membentengi beliau, atas sebab para pemimpin yang ada "tidak bersih" di mata rakyat. Kalau ada "yang bersihpun" namun tidak mempunyai oommhh dalam berhujah; tidak mahir mematah hujah, malah tiada kemampuan memberi idea alternatif; yang ada hanya membidas, dan cuba menyelongkar tong-tong yang berbau busuk.
AYT terbaca aktivis Umno melalui wall FB aktivis itu, dia mula mempersoalkan berbagai penswastaan pada era Tun Dr Mahathir. Melalui pendedahan ini, maka samalah Umno memberi senjata kepada lawan untuk membunuh Umno.
8 comments:
Kalau di siarkan dia tak sokong Najib banyak komen negetif mengeni Tun juga terpaksa di siarkan.Lebih baik biarkan saja sebagai menghurmati beliau.Saya sendiri banyak point yg boleh hujah utk menyanggah Tun.
Zaman Tun Mahathir Perdana Menteri tetiba hari kebangsaan rakyat gembira bersemangat pasang bendera amat ceria meriah tetapi zaman Pak lah dan Najib rakyat enggan pasang bendera. Jelas respon rakyat keciwa dan benci. PRU akan dtg rakyat akan kuburkan BN khususnya UMNO korup.
22 tahun Mahathir jadi PM bertong2 sumpah seranah dia dah kena.
Mahafiraun Mahazalim
semuanya tak terkesan.
Setiap PRU menang 2/3 majoriti
Saya berpendapat jika Najib salah handle teguran TUn Dr M, nescaya NAjib akan menerima nasib seperti Pak LAh
satu perkara positif Najib, adalah rasa terhutang budi dan hormat Tun terhadap Tun Razak.
Kehebatan Mahatir adalah kebolehan beliau sentiasa relevan.
Lihat sahaja di fb fb majoriti anak muda di sentias amengikut apa yg diturkan oleh beliau.
Blog beliau, FB beliau menerima kunjungan yg sangat hebat.
Najib dan segala bala tenteranya akan tewas ditangan Mahathir jika Najib memilih berkonfrontasi terhadap beliau.
Dr Muzi
Anon 17:40, kalau bukan kafir RBA, dah pasti macai penjilat lobang najis Aljuburi dan geng2 kafir DAP/PKR nya tu...
Dr Muzi atau nama samaran,
Apa salah teguran daripada orang yang lebih tua dan berpengalaman macam Tun M, jangan jadi macam orang UMNO buat Najib macam tokong kot.
Pada umur 21 Najib dah jadi MP, siapa yang mendidik dia Najib...setelah Tun Razak meninggal dunia? Kerjaya politik terserlah selepas Tun M menjadi PM pada 1981 - Tun M dah 40 tahun mendidik Najib.
Mungkin URL oleh menolong:
http://mobtv.my/talkshow-5751.html
Kalau Najib masih lagi memberi muka terhadap kaum cinabeng yang tak sedar diri menumpang di tanah melayu ini, 99% kebarangkalian PRU14 nanti aku tidak lagi mengundi UMNO BN (boikot undi).
Saya rasa tuan2 salah faham baca apa maksud sdr Dr Muzi tu.
Apa2 pun baca dengan teliti jangan gopoh mcm syaitan dan macai PR.
Saya fahami Dr Muzi ckp zaman Tun memerintah jauh lebih banyak dia dicaci maki dengan gelaran2 yang dahsyat.. PAS lah kepala munafik yang setiap keluaran Haramkah akan maki dan hina Tun melalui kartun Zunar.
Tapi apa yang Dr Muzi ckp, walaupun dihina Tun tetap perolehi sokongan rakyat. Kerana Tun memang berkaliber sebagai pemimpin hebat
Cercaan maki hamun tak jejaskan kredibilitinya sbb gerak kerja Tun tersusun dan propagandanya menyelamatkanm rakyat dari mempercayai hasutan dan permusuhan.
Zaman Tun M saya masih remaja kanak2 dan remaja..
TAPI SAYA AMAT MERINDUI ZAMAN itu.. ZAMAN TUN MEDIA SEPERTI TV SEPERTI MATA DAN TELINGA KERAJAAN.
PENERANGAN dan hubungan kerajaan dengan rakyat diperhebat melalui media TV dan radio. Walapun pencacai PAS benci tapi cara itu sangat berjaya mendidik hati rakyat.
ZAMAN TUN lagu2 PATRIOTIK dicipta dan dilagukan berterusan.. bermula dibangku sekolah rendah sehinggalah ke peringkat IPT. Kenegaraan dan cintakan tanah air dipupuk kemas.
Tun bertanggungjawab terhadap rakyat krn beliau takkan biarkan rakyat dirosakkan pemikiran.
Tp Najib?? dia makan gaji besar sebagai PM.. tapi kerjanya lebih banyak diberikan kepad apunasehat. dan dia tidak perlu fikir banyak2 melainkan soal2 tergempar seperti MH370, Mh17 Lahad Datu.
Kalau tak kerana tragedi2 ini rasanya Najib hanya tahu hayun kaki denagn Rosmah..
Berbeza dgn Tun. Tun Arkitek pembangunan Malaysia. dia sendiri yang akan pantau segala aspek terutapa projek2 mega seperti Putrajaya, KLCC, KLIA..
Tun dekat dengan rakyat secara hakikat sebenar, membina negara bersungguh. Najib dekat dengan rakyat melalui pekikan2 suara yang memualkan mengulang2 ayat yang membosankan. Kemudian tabur wang banyak2 ketika PR. BR1M dijadika senjata utama sokongan kpd Najib.. tp tiada apa2 keistimewaan dan kebijaksanaan..
Yg benci kerajaan tetap benci.. BR1M tetap disapu licin.. tiada kesan dihati rakyat krn Najib sendiri jauh hatinya memahami isu rakyat!
Saudara Saya Rakyat Biasa,
berbanyak terima kasih terangkan maksud saya...
Dr Muzi
Post a Comment